Saturday, August 12, 2017

Game of Serkap: Ep 4 'The Spoils of War'

Hello there you wildlings and lowborn people! Pejam celik pejam celik sudah hampir separuh Season 7 Game of Thrones (GoT) sudah berlalu dan kita ada hanya lagi 3 episod untuk season ini berakhir. Kemudian kita akan ke season terakhir GoT; Season 8 dimana ia cuma ada total 6 episod sahaja. lol. Makin lama makin sikit episode dia tapi nak tunggu season baru macam nak tunggu White Walkers sampai The Wall. Punya lah lamaaaa.

Berdasarkan tajuk episod kali ini aku dapat rasakan peperangan berskala besar pasti akan terjadi. I mean sampai bila nak simpan budget tu? And thankfully we've got one! But we will talk about the war later.

Shall we begin?





1. Start-start episod saja kita dapat lihat bala tentera Lannister duk berkawad kaki punya lah ramai aku macam terkaget sebentar sebab ni semua pelakon extra tahu. Ramai gila. Nak siapkan kostum semua. Makan belanja banyak ni. Tapi memandangkan mereka sudah berjimat cermat selama 3 episode SEWAJARNYA gunakan budget yang ada. Ni macam random sikit tapi aku perasan masa Jaime bersembang kencang dengan Bronn tu muka dia dah nampak tua dah. 

Dari kiri Jaime dalam Season 1 dan Jaime dalam Season 7. Rambut pun
dah tak perang berkilat dah. lol

2. Semasa perbualan diantara Cersei dan wakil Iron Bank, Cersei ada mention pasal Qyburn tengah buat proposal dengan Golden Company dekat Essos. Dimana aku pun blur sebab tak pernah dengar. Kalau pernah dengar pun mungkin brief sangat sampai aku pun tak perasan. Namun jangan risau semua, selepas membuat penyelidikan secara intensif aku dah tahu siapa mereka. 'Golden Company adalah lebih kurang satu organisasi yang terdiri daripada 10 ribu bala tentera yang terror belaka dimana ko boleh upah mereka untuk bekerja dengan kau. Macam Unsullied tapi ada penis. Macam tu lah. lol! 

Plus dulu masa Stannis Baratheon masih lagi hidup nak takhluk King's Landing, Ser Davos ada bagi suggestion untuk upah mereka ni namun ditolak mentah-mentah oleh dia. Katanya diorang ni sellswords maknanya tak boleh dipercayai walhal tak de duit lah tu. Dan Golden Company ni lepas ko dah bind kontrak dengan mereka, insyaallah diorang tak akan belot. Berdasarkan moto diorang lah 'Our word is as good as gold'. Maknanya bertambah lah kekuatan tentera Cersei selepas ni. Dany is SHOOK!

Lagi satu Cersei ada sebut pasal nak retrieve barang miliknya dengan menggunakan bantuan Golden Company ni dan aku macam barang apa lagi sis?! Merata harta ko eh? Kena tengoklah episod seterusnya sebab aku pun tak pasti apa benda tu.

3. Beralih ke Winterfell, Littlefinger pula sedang sedang cuba menanam tebu dibibir dengan Bran katanya akan memberi sokongan padu kepadanya. Namun bila Bran sebut 'Chaos is a ladder' terus diam ko! Haha. For those who didn't know, ungkapan ni Littlefinger ada sebut masa sembang dengan Varys masa season lama dulu. Diorang duk berdebat apa yang negara akan dapat kalau berlaku peperangan. Varys kata 'Chaos is a pit' maknanya ia akan bagi impak negatif pada rakyat semua manakala Littlefinger kata 'Chaos is a ladder'. Maknanya bila berlaku kacau-bilau ini adalah peluang emas untuk dia naik dan maju kehadapan. Which is kena sangat lah bila Bran quote ni balik dekat dia dan menunjukkan Bran tahu yang Littlefinger ni sneaky gila dan palsu semata-mata. 

Ntahlah Littlefinger ni kan dari Season 1 sampai sekarang macam tak pernah ada benda malang berlaku pada dia. Kena seksa ke? Kena sabotaj ke? Asyik terlepas saja. Lepas tu sekarang duk macam belangkas dekat tepi Sansa. Mende ntah.

Dan macam biasa Bran jadi asshole dengan riak muka takde emosi masa Meera nak berambus balik ke kampung dia. Kalau aku jadi Meera lah aku tolak wheelchair Bran tu ke tangga. Poor Meera. Poor Summer. Poor Hodor. Poor Adik Meera (tak ingat nama). Stress aku. "I'm not Bran", "I'm not Lord Stark", "I'm a Three-Eyed Raven". ZZZZzzzzZZZZZ.

4. Arya, Arya, Arya, Arya. Finally your story is not a mess anymore. Her reunion with Sansa was sweet. Tapi aku tak berapa sokong lah dengan tindakan dia berlawan dengan Brienne tu. Fan service sangat. I mean she is an assassin now. Sekarang ni semua dah tahu dia hebat belaka. Nevertheless it was a nice fight tho I admit it.

Aku part ni macam terkejut betul ingat dia nak start berkungfu style mentadak ke apa.
Kemudian lepas habis fight tu tetiba Sansa pulak buat muka tak puas hati. Aku macam ko dah kenapa weh? Dengki ke adik ko dah pandai lawan?

IYE. AKU MEMANG TAK SENANG TENGOK ORANG
LAIN LEBIH SIKIT - Lady Sansa the Mess, 2017
Ye, ye. Aku macam berpura-pura tak ingat scene reunion Arya dengan Bran. Zzzzz. Sebab reaksi dia sama saja macam dia sahaja yang acah knowledgeable bagai tak ada masa untuk menjaga isu perasaan. Mr. I-Know-Everything. Jerk! Kalau aku jadi Arya lepas dapat dagger daripada Bran tu aku tinggal sahaja dia dekat situ. Biar dia sorong sendiri wheelchair dia. Tak pun suruh lah raven-raven dia tu sorongkan. #emotional 

5. Manakala di Dragonstone pula Jon Snow sedang sibuk menunjukkan mural dan gambar dalam gua kepada Dany bukti bahawa terdapat musuh yang lebih bahaya yang perlu dilawan aka White Walkers. Is it me or masa dalam gua tu the sexual tension between these two sangat tinggi. John siap pegang-pegang tangan Dany lagi nak tunjuk lukisan gambar tu semua aku macam INCEST ALERT! INCEST ALERT!! Please don't it you guys. Astaga.

That stare! Demmit Jon. Taulah dengan Ygritte pun ko 'beramas' mesra dalam
gua jua kan. She is your aunt! lol.
Manakala si Dany pulak tak habis-habis dengan 'Bend The Knee' dia. Macam gurlll~! Nampak saja ada peluang sempat ko nak jugak selit kan? Tapi aku suka bila Dany sebut

".... They chose you to lead them. They chose you to protect them. Isn't their survival more important than your pride?"

The same thing Jon sebut masa jumpa Mance Ryder (ketua wildlings) untuk suruh dia tunduk kepada tentera Stannis Baratheon. 'Bend the knee'. On the side note, korang tak rasa ke ntah-ntah Jon dengan Davos yang duk lukis gambar-gambar tu. lol! Manalah tahu. Tengah terdesak kan.

6. Finally selepas asyik saja dikalahkan Dany naik berang dan terus menyerang tentera Lannister somewhere dekat Highgarden.

PESTA BBQ BERMULA!!!


Kita dapat melihat dari pelbagai sudut Drogon menghembuskan apinya secara berleluasa.

Dari sudut tepi
Dari sudut depan

Dari sudut atas

Lagi satu scene yang aku impress betul ialah dimana Dothraki menunjukkan taring mereka dengan melompat dari kuda like it was nothing. Like a master.



This scene was really good and necessary sebab Dothraki adalah satu puak yang hidup mati adalah dengan kuda even their god is horse. With them handling horses like it was nothing and bravely attack the enemies like a brutal maniac is a correct depiction of them. Good job director!

The war was good but there are some things (yes, I'm being picky again) that I found weird:

i. Celah bedah mana Dany boleh bawak bala tentera dengan kuda-kuda dia daripada Dragonstone yang agak jauh itu ke Highgarden dengan masa yang singkat? Naik MRT ke? Damn. Dany should lend her MRTs to White Walkers I guess. Kalau difikirkan at least mesti ada orang hantar tips in advance ke bagitau there is a freaking huge of armies headed to their way. Ni macam serangan mengejut weh.

ii. It is not a war if no one is dying at least for the main characters. GoT terkenal dengan stunt mereka membunuh watak-watak secara berleluasa. Even Bronn tu pun gila terror mengelak api left and right tanpa sebarang kecederaan. Aku yakin betul dia akan mati rentung at least. But nope. It was a bummer really. Dickon pun gamaknya hidup lagi.

iii.This is small issue. Tapi Dany at least wear some armor ni pakai baju sama saja dari awal episod sampai sekarang? Takde tajaan ke? At least call some high branded houses to sponsor your attire.

Kalau berminat boleh tengok behind the scene peperangan ini pada video dibawah. Macam mana diorang set up semua api bagai. It's interesting.

    

Soalan Trivia: Mampukah Jaime hidup setelah tenggelam di dalam sungai dengan full plate armor di badan dan hanya mempunyai sebelah tangan yang berfungsi secara normal? 

*************
Aku tak tengok sedutan untuk episod akan datang, kalau boleh memang nak elak. But I do know the title of it. 'Eastwatch'. Damn! Is this the time? Eastwatch ialah salah satu castle dekat The Wall. Dalam 19 castles cuma ada 3 saja yang masih lagi aktif iaitu Eastwatch, Castle Black dan Shadow Tower. 


Adakah finally White Walkers akan sampai di Eastwatch dan sesi peperangan seterusnya akan bermula di situ? Are we going to get another epic war scene?! Let's us wait and see the next episode.

Wednesday, August 2, 2017

Game of Serkap: Ep 3 'The Queen's Justice'

Hello there you lowborn people! Bertemu kita kembali dalam minggu ketiga Game of Thrones (GOT). Bagi yang macam pertama kali membaca post blog ini lepas tu blur kenapa terus episod nombor 3, well sis and bro semua anda telah terlewat! Namun jangan risau, boleh rujuk bebelan aku untuk episod-episod yang lepas dengan klik pautan dibawah ini.



Now are you ready? Let's us begin.



THANK GOD episode kali ini pace dia agak konsisten dan transition for each scene tak nampak aneh. Even scene Theon yang pendek tu pun tak nampak weird. Props to the director; Mark Mylod for this. Apa yang aku nampak sekarang ni ialah perubahan telah berlaku secara mendadak pada dominasi kuasa yang sebelum ini kita nampak Dany macam akan menang dengan membawa bala tenteranya ke Westeros dan Cersei mungkin akan kalah sambil meneguk 'Milk of Poppy' di atas Iron Throne. Namun bak kata Cersei "When you play the game of thrones, you either win or die". Sekarang ni Cersei pula mendominasi kuasa dalam permainan ini.

Aku dah agak dah sejurus diorang bersetuju dengan plan 'Divide and Conquer' method itu instead of terus all out serang King's Landing seperti dicadangkan oleh Yara, semuanya pasti akan musnah sedikit demi sedikit. Zzzzz. Sekarang mari kita semak apakah status untuk kedua-dua team Dany dan Cersei.

Dany's Team

1. Dragons (Drogon, Viserion, Raegal) - Terperuk buat pekasam dekat Dragonstone
2. Dothraki - Terperuk dekat Dragonstone jua bertindak sebagai pengawal-pengawal istana.
3. Greyjoy Fleet (Yara & Theon) - Kena bakar. RIP
4. Unsullied - Terkial-kial sangkut dekat Casterly Rock.
5. House of Tyrell - RIP
6. Dhorne - RIP

Cersei's Team

1. Greyjoy Fleet (Euron)
2. Emas dan harta pusaka House of Tyrell
3. Iron Bank
4. House of Lannister
5. House of Tarly
6. Modified weird gigantic Crossbow aka Ballistic. (zzzzzzz)

Well, at least Jon Snow mungkin akan berpihak kepada Dany nanti. We'll see about this.

1. Terkejut gila aku sebab Missandei sekali lagi ada lines dalam episode kali ni instead of jadi tunggul kayu dengan menyambut kedatangan Jon dan Ser Davos ke Dragonstone. Plus boleh tak aku kata Dragonstone ni walaupun gloomy dan dark tapi cantik.


Teringin nak tengok Citadel punya environment macam mana pula tapi apa yang kita dapat ialah benda-benda jijik pula. Takde ke buat shot-shot macam ni? Save duit ke?

2.

LOL at Varys' face when Malisandre casually gave out some prophecy about his death.

3. Masa Missandei duk bebel-bebel pasal status Dany yang panjang lebar tu korang tahu tak aku punya mata duk rolling sampai ke belakang.

"You stand in in the presence of Daenerys Stomborn of House Targaryen, rightful heir to Iron Throne, rightful Queen of the Andals and the First Men, Protector of the Seven Kingdoms, The Mother of Dragons, The Khaleesi of the Great Grass Sea, The Unburnt, the Breaker of the Chains."

ZZZZZZZZZZzzzzzZZZZZZZZ*tak habis lagi?*zzzzZZZZZZZZzzzzzz

But to be honest Missandei, mana title 'Queen of Meereen'? 'The First of Her Name'? Kalau nak brag bagi semua title terus habis-habisan. Plus, for each episod aku macam sikit demi sikit hilang rasa suka dengan Dany. She is now all about titles and want people to acknowledge her. Calm down girl!

4. And of course Jon Snow is getting hard time to convince Dany to fight together along with him instead of focusing towards war at the South. I wish somehow diaorang ada simpan satu kepala White Walker ke apa tunjuk bukti. Kalau aku pun mesti tak percaya juga.

Tapi masa Dany duk pot-pet pasal sejarah lama konon dia sorang saja menderita paling teruk sekali orang lain tak dia ada berkata,

"The world hadn't seen a dragon in centuries until my children were born. The Dothraki hadn't crosss the sea, any sea. They did for me..... blah blah blah" 

Tapi ko tak boleh pulak nak menimbang possibility yang White Walkers boleh wujud? KE-LA-KAR. But thanks to Ser Davos dia tolong pertahankan kredibiliti Jon Snow. Cuma part mati hidup kembali tu tak sempat kena cakap sebab kena jeling. lol. But at least they got the Dragonglass now. 

5. Rupanya hantaran lamaran Euron kepada Cersei ialah pembunuh anak perempuannya, Myrcella. Well, apa yang suka ialah jawapan Cersei kepada Euron 'You'll get what you want after we won the war' atau dengan kata lain 'Ko tunggu nanti aku bunuh kau pula'.

Kemudian kita dapat menyaksikan bagaiman Cersei bertukar menjadi Psychopath dengan menyeksa wanita Dornish itu dengan membuatnya melihat Obara mereput mati perlahan-lahan di depan mata. Begitu poetic cara penyeksaan ini. lol. You can give Cersei prop lah cipta cara kematian secara kreatif ni. Tapi yang paling creepy lepas menyeksa terus 'turn on' lantas bergegas jumpa Jaime untuk membuat hubungan kelamin. Beeeeetch!!

6. Well, this time around Sansa get to show some of her management skill. This is the Sansa that I like. Daripada duk bebel-bebel dekat tepi tak puas hati. Btw Littefinger ni bila nak move on? Aku rasa berdozen kali dah Sansa duk cerca dia. Every opportunity. Tapi dia gigih cuba memenangi hati Sansa. He really like Sansa doesn't he?

7. Bran is baaaack! With flawless skin and trimmed haircut manakala Meera looks like a mess. Nampak tak sapa yang buat kerja berat selama ni?! lol.



The reunion with Bran dengan Sansa was heart warming, tapi tapi.... Bran macam gila distant dan emotionless. Taulah ko Three-Eyed Raven kan tapi berlagak creepy pula macam tahu semua benda about the past and the future but won't say anything about it. Instead ko creep out your own sister dengan throwback kisah silamnya yang tragis???

Bran: I'm a Three-Eyed Raven (I know everything you insignificant mortal!)
Sansa: I don't know what that means (You are creeping me out!)
Bran: It's difficult to explain (I know everything you insignificant mortal!)
Sansa: Try, please for me (Ookaaaaayyy)
Bran: Blah, blah blah *Mengelak untuk jawab*

Bran: .....And you were so beautiful in your white wedding dress
Sansa: I have to go back inside, Bran. (Weirdo!!!)

8. Aku suka exposition daripada Tryion untuk describe penakhlukan Casterly Rock oleh Unsullied. Tapi it felt too short and sudden. Tetiba Lannister terus dapat conquer Tyrell punya istana dimana rupanya ada plot twist yang Cersei and team rupanya nak emas dan harta pusaka House of Tyrell. Tak kisah pun sebenarnya Casterly Rock tu. Aku rasa diorang duk save budget lah simpan untuk something huge untuk episod mendatang. Yang ni biar acah-acah light dulu.

Ah1 lagi satu nampak tak masa Unsullied dah berjaya conquer Casterly Rock tetiba Euron punya fleet tetiba datang nak musnahkan kapal-kapal yand ada. Macam magic nya! Semua tempat ko ada. Dapat sekat Yara ke Dorne at the same time sempat pula pergi ke Casterly Rock. Aku macam tak boleh terima jap. 

9. GUYS!! One of my favourite character is officially arwah. Ini adalah tribute untuk Lady Olenna, The Queen of Shade aka Mother of Mulut Puaka.

 

Sebelum sempat mati pun sempat mencela kan. And I love the way she tries to plant the seeds of doubt into Jaime so that one day he can start seeing Cersei in a bad light. Korang tunggulah! Plus, betul ke Lady Olenna mati? Ingat tak rule drama kita, jangan assume satu-satu watak itu mati selagi tak nampak dia mati depan mata kita. Remember The Hound? Maybe Lady Olenna sempat minum antidote selepas Jaime berlalu pergi. We never know..


Wednesday, July 26, 2017

Game of Serkap: Ep 2 'Stomborn'

Hi there you wildlings! Pejam celik, pejam celik dah masuk episode 2 and that left us with 5 more episodes. 5 minggu lagi dan season 7 akan berakhir. lol. Tunggu punyalah lama kan?  Bu the Good news is disebabkan kali ni aku dah start tulis Game of Serkap lebih awal (bukan macam episode 1 lepas yang hura-hara nak siapkan sebab start last minute) now you can expect pictures and more contents. So, shall we begin?




Last time aku ada complain sikit, sikit lah yang episode 1 punya pace was quite seloww and oh boy! oh boy! this time around it felt patchy. Kadang ada scene terasa cepat kadang rasa perlahan pula. Aku tahu, aku tahu, kebanyakkan ramai memuji episode kali ini. Pujian diberi dari kiri kanan atas bawah but let me be that one jerk this time around. I don't think this episode was that good or that bad either. Ada moments yang aku suka ada juga yang membuatkan aku jadi ????.  

1. I like the scene when Dany started to doubt Varys' loyalty by asking him juicy and straight to the face kind of questions. Dan seperti biasa Varys menjawab setiap soalan dengan begitu mantap sekali. But I don't trust him tho. Bagi aku Varys ni bukan jenis loyal orangnya tetapi lebih kepada orang yang akan memberikan khidmat kepada sesiapa sahaja yang dia rasakan akan berpotensi menang dalam satu-satu situasi. Selagi dia berasa selamat, he is here to stay. He is all about survival.

Dany: "If you ever think that I'm failing to people, you won't conspire behind my back. You'll look in the eye as you have done today and you'll tell me how I'm failing them"

Varys: "I swear it my queen"

Dany: "And I swear this. If you ever betray me, I'll burn you alive".

This is how you rule your people you guys! Bagi kepercayaan kepada mereka kemudian diiringi dengan peras ugutan.

2.  Melisandre (The night is dark and full of terrors) muncul tetiba dan kemudian offer dirinya untuk berkhidmat kepada Dany. lol. Selepas kena pulau dengan Jon dan gagal menjadikan Stannis sebagai 'Putera yang Dijanjikan'. She just won't stop does she? Plus, ada part bila dia kata orang yang tak worship Lord of Light pun boleh berbakti jua. Really beetch? What a snake. Dulu bukan main bakar orang yang tak follow ajaran ko? Sekarang boleh pula bertolak ansur kan. 

Plus, is that Missandei over there? I've heard a voice. Ingatkan tunggul kayu tadi. Finally she got some lines in this episode and moore than that~~ which we will talk about that later. Kalau tak duduk berdiri ajelah kat belakang takde function. 

3. Manakala Cersei di King's Landing pula sibuk menabur segala tohmahan dan fitnah kepada bannermen nya untuk taat setia dan tidak berpaling tadah kepada Dany. And we've got to meet Sam's father; Randyll Tarly. Ok, ini adalah interesting. Randyll Tarly ialah the Head of House Tarly which is one of the bannermen untuk House of Tyrell. Since Olenna Tyrell aka nenek bermulut puaka sedang berpihak kepada Dany, makanya berlaku konflik disini. Jaime reminded him that he is also have sworn the oath to the king. So which side yang dia akan pergi? Maintain being a loyal clan or running the idea of being the warden of the South if Cersei won? 

4. Qyburn our new Hand of The King membawa Cersei ke bawah tanah untuk menunjukkan sesuatu yang akan menolong mereka menyelesaikan masalah naga-naga Dany. Aku sebenarnya excited nak tengok until the reveal was..

a giant modified crossbow.......

Untuk seorang saintis gila dan genius yang mampu menukar The Mountain sebagai zombie dan memeberi idea untuk meletupkan the whole Sept of Baelor dengan menggunakan Wildfire, ini je yang ko mampu buat? lol. Crossbow tu besar kut untuk handle, jadi pergerakan dia akan jadi slow dan limited and those dragons are not going to be static all the time. At one point aku ingat dia nak bagitau yang dia berjaya hidupkan rangka semua naga-naga itu. Boleh bayangkan tak dia punya awesome kalau naga Dany lawan dengan naga tulang Cersei? 

5. Semasa mesyuarat peperangan Dany dan sekutunya, Yara mencadangkan bahawa lebih baik kalau terus serang King's Landing. Senang habis cerita. But of course kalau buat begitu nanti tak payah 7 episode tapi 4 episode pun dah cukup untuk habis season ni. Untuk menggelakkan daripada perkara ini terjadi they are going for divide and conquer method. Zzzzzzz. 

Tapi part kegemaran aku ialah semasa Lady Olenna membuat keputusan untuk menyekolahkan Dany dengan beberapa perkara:

"They won't obey you unless they fear you"

"Then how do you mean to take the iron throne? By asking nicely?"

"Peace never lasts, my dear"

"I've known a great many clever men. I've outlived them all. You know why? I ignored them"
   
"The lords of Westeros are sheep. Are you a sheep? No. You're a dragon. BE a dragon"

OH. I LOVE THIS WOMAN. Bagi jelah Iron Throne dekat dia.

6. Disaat aku mengingatkan Missandei akan kembali menjadi tunggul kayu dan mereput di tepi. She is back. Now with some skin showing scene. Scene dia dengan Greyworm agak meleret to be honest (lol!) tapi aku suka how it shows that love is not driven based on what you've got in your pants. Accepting the flaws and try to understand each other is the key in a long lasting relationship. But in this case entahlah. Macam akan mati je Greyworm tu.

7. Citadel ni tak boleh jijik lagi ke? Lepas scene tahi dengan sup sekarang scene nanah dengan pai pula. Lepas ni apa lagi? Sedih lah. Citadel is a great city. Full of knowledge and inventions. Show us this side more! 

8. Arya decided to meet Hot Pie. Our great bakery boy. Dan selepas bagi tau yang sekarang Jon Snow berjaya mengambil alih Winterfell, Arya dengan pantasnya berpatah balik ke utara instead of headed to King's Landing. GURLLL, macam lalang tau ko ni. Dari dulu lagi macam ni. Kejap itu kejap ini. Kejap A kejap B. Lepas tu tak ke kelakar kalau masa dia sampai dekat Winterfell nanti bukan yang akan dia jumpa since dia dah bertolak ke Dragonstone. LOL! Arya, arya. 

But the reunion between Arya and Nymeria.... this is personally my favourite scene in this episode. Arya mengajak Nymeria untuk kembali ke pangkuannya but nope Nymeria is done for it. She's got this new family to be taken care off. And Arya seems to understand this. Every action has its own consequences. Nymeria clearly has moved on without her. So did Arya. Kedua-dua dah ada kehidupan sendiri. It will be a bummer kalau Nymeria kembali ke sisi Arya.

Nymeria is huuuge!

9. Sekali lagi didalam mesyuarat PIBG Winterfell, semua orang tak menyokong dengan keputusan Jon untuk pergi berjumpa Dany di Dragonstone termasuk lah si Sansa. Perasan tak muka Sansa sebelum tu pot pet pot pet tak puas hati sekali bila Jon kata dia akan jadi Queen of the North sewaktu dia tiada terus muka macam lega. GURRRLL!! I see you. And you too Littlefinger. Dua ekor ni asyik menjeling saja antara satu sama lain masa mesyuarat PIBG semua orang tak sedar ke?

Shout out to Craven delivery postage system. Bila Dany suruh hantar surat kepada Jon esoknya terus dapat! Kalah pos laju.

10. And lastly our first mini fight in this season. Euron Greyjoy tetiba tahu mana kapal yang ada Yara dan konco-konconya lantas membuat serangan hendap. Me the whole scene was like ???????? So many questions. Haha. Tapi scene semasa Euron berjaya menangkap Yara dan cabar Theon untuk selamatkan kakaknya tetapi Theon tiba-tiba terus terjun dari kapal (This where his trauma/PTSD started to kick in and I understand his decision to jump). And you can see that disappointment face coming from Yara's face. Good acting there.


Dan 2 daripada 3 Snake Sisters telah kembali kepadaNya. Nampak tak kewujudan mereka ni macam useless sampaikan diorang mati pun aku macam. "Oh!" Lepas tu dah move on. Tapi aku tak risau pun sebab salah seorang daripada mereka  (Yang guna cemeti dekat kapal. Like seriously sis, cemeti? atas kapal?) still ada job dalam Marvel's The Iron Fist/The Defender. And Loras Tyrell our Flower Knight is in it as well. lol.

Dan guys jangan risau, Yara tak mati lagi. Rule pertama dalam drama ialah jangan assume satu-satu watak tu mati selagi ko tak nampak dia mati betul-betul depan mata ko. Dan perasan tak dalam GoT akan ada satu villain yang super annoying dan kejam. Mula-mula kita ada Joffrey lepas tu Ramsay sekarang Euron. Did you see the pattern.

As conclusion I'm worried. Let's hope episode 3 will be good. Plus, Bran Stark kirim salam tanya kenapa dia tak ada dalam episode kali ini.

Saturday, July 22, 2017

Game of Serkap: Ep 1 'Dragonstone'

The drama that we all have been waiting for since last year, Game of Thrones (GoT) was back on HBO with its first episode of season 7 titled 'Dragonstone'. Aku buat keputusan untuk buat discussion post dekat blog ini untuk setiap episode untuk musim kali ini disebabkan ada banyak benda yang boleh dibincang, dikomen, dicerca dan aku rasa Twitter bukanlah medium sesuai untuk luahkan semua ini. Lepas tu aku macam baru perasan yang disaat post ini ditulis hari sudah Sabtu, episode 2 akan disiarkan esok dan aku kena pantaaas menaip benda alah ini sebelum terlambat. lol.

For a start, aku akan cuba highlightkan certain important moments in this episode but not too details macam frame to frame, hanya yang penting sahaja. So, shall we begin.



Episode 1 - Dragonstone

1. Nampaknya Arya masih ada lagi unfinish business dekat Riverrun. Pada episode akhir season lepas kelihatan Arya menyamar sebagai seorang pelayan yang menghidangkan lauk jari ala kanibal kepada Lord Walder Frey lantas mengelar leher beliau tanpa belas kasihan. Tak sempat nak makan dah arwah.

This time around Arya decided untuk menyamar sebagai Lord Walder Frey dan membuat parti kemenangan dengan memanggil kesemua sanak saudara House of Frey untuk menghadirinya. Tatkala kesemua para hadirin selesai menenguk wine rupa-rupanya terdapat racun didalamnya maka kesemuanya mati seperti lalat (kecuali kaum wanita). Revenge is sweet katanya walaupun aku tak tau wine tu rasanya macam mana sebenarnya.

Anyhow aku suka bait ucapan Arya sebelum pembunuhan secara beramai-ramai bermula "Leave a wolf alive and the sheep are never safe" YASS! Slay that quote girl. Pasti Catelyn di alam barzakh pasti berkata 'That's my girl'. 

Dengan scene ini aku rasa bersyukur sangat sebab finally Arya is doing something dan bukan masih lagi terkial-kial sekejap nak jadi itu sekejap nak jadi ini. Her story arc is such a mess just like her sister, Sansa I felt like they should do something about her before it's too late.

And this lead to another scene dimana Arya berjumpa secara tak sengaja penyanyi lagu 'Shape of You'. Sejurus sahaja kamera tunjuk muka Ed Sheeran or should I say Ed Lannister aku macam wut.. To be honest aku dah dengar-dengar dia akan muncul dalam GoT tapi aku tak sangkalah dengan kehadirannya dalam ni aku punya immersion dalam dunia ni jadi terngangu. Unexpected macam tu. As for the scene I do think it's necessary. Sebab dia menunjukkan bukan semua Lannister jahat. Some of them are good people. Dan sebab atas inilah Arya decided untuk tidak membunuh mereka semua. But putting Ed in it was not doing anything for me.

2. Scene Sam di Citadel was too dragging. Boleh pendekkan lagi. Dan scene membersihkan bekas tahi dan menuang sup itu adalah disgusting tak aku sanggup tengok. Aku macam kecewa sebab instead of tunjukkan betapa awesomenya Citadel macam last season diorang hanya tunjuk only a part of it. And it is not even that cool pun. Restricted area pun adalah secoet macam tu. Diorang lagi beriya tunjuk transisi tahi dan sup tu. MENDEE. Kemudian selepas menelah bagai baru dapat tahu dekat Draganstone ada kaya dengan sumber Dragonglass which is redundant gila sebab Stannis pernah bagitau info ini pada Sam. Zzzzzzzzz. Labtas bergegas hantar surat dekat Jon mengenai isu ini. Sekarang kita dah tahu macam mana Jon akan berinteraksi dengan Dany pada kemudian hari.

Dan ada scene Encik Friendzone kita aka Jorah Mormont berada didalam salah satu lokap di Citadel. Nampak gayanya penyakit Grey Scale dia tu macam lagi teruk. But guess what? Selain mampu membunuh White Walkers, Dragonglass juga mampu menyembuhkan penyakit. Jeng jeng jeng! Tapi macam laju betul dia sampai ke situ. There are some issues with the characters teleport from one place to another. 

3. Sansa acah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan beliau apabila meragui keputusan Jon pada satu mesyuarat PIBG. Gurl.. calm down. Her action really scares me sebab dia macam berperangai seperti Cersei dan aku tak akan terkejut jikalau pada masa hadapan dia akan create problem. She might end up making ally with Littlefinger and then betray Jon. But I hope not. Selepas menjadi tunggul dan bahan makian setelah sekian lama aku tak nak dia bertukar jadi asshole nak tunjuk pandai. She deserves more than this. Be like your mother Sansa! 

4. Sexual tension Tormund terhadap Brienne adalah sangat kuat aku rasa kelakar. lol. I still hope Brienne akan ke jinjang pelamin dengan Jaime tho.

5. Euron Greyjoy tetiba sampai ke King's Landing lebih cepat daripada Dany dan terus claim memiliki banyak kapal macam pantasnya ko bina lepas half of your best ships dah kena curi dengan Yara dan Theon. Dan Euron berjanji akan memberi Cersei hadiah pinangan yang istimewa. Dan please janganlah jadi hadiah berupa sedulang hati nyamuk ataupun sedulang air mata anak dara.

6. The Hound telah menerima hidayah daripada The Lord of the Light setelah melihat sesuatu didalam unggun api. Aku berharap gila lepas dia terangkan apa yang dia nampak dalam api tu dia carutkan kepada semua orang sambil berkata "Just kidding". But nope he really seen it. Plus, the scene dia korekkan kubur tu really humanize him as a character. Dulu bukan main bunuh aje orang lagi. Langsung tak ada empati.

7. Dany akhirnya sampai jua ke Dragonstone tempat keturunannya tinggal dahulu sebelum Robert's Rebellion bermula. Setelah sekian laaamaaaaaaaaa (6 seasons) duk pot pet macam nak pergi Westeros lah apa lah. With her new menutup aurah outfit (minus tudung) she 'easily' entered the castle. Pintu gate pun senang betul buka. lol. Can I say that the table at the strategy room is awesome gila. Pattern map Westeros yang macam wooo. We didn't see this table clearly masa Stannis memerintah tempat ni. 

8. Oh tak dilupa juga scene Meera dan Bran sudah sampai dekat The Wall. Perasan tak muka Meera macam 'I'm done dragging this boy. FINALLY!!'

Overall aku rasa episode ini agak underwhelming and a bit tad slow but I guess it's normal because they are setting things up. Kalau tetiba rancak kang macam nampak rush pula. Tapi kena ingat season kali ada 7 episode sahaja. Tak banyak. There is no time for filler stuff. I'm hoping that something interestingwill happen in episode 2.

Friday, May 19, 2017

Press Release Sendu

Hai! Last entry aku mengharapkan adalah orang tinggalkan komen. HARAMMM!!! Langsung tak ada. So basically I'm all alone in this world. This proved my hipotesis yang selama ni memang aku je yang baca blog ni sorang-sorang. HAHA LOSER! *meratap*

Never mind lah. Macam tak biasa pula. By the way, entry ni aku tulis acah-acah macam aku hantar mesej audio lah ke angkasa konon-konon ada makhluk asing respons ke? Sebab blog ni tak ada orang baca. lol.

So yeah, I've created a new blog. Another specific blog. Kalau berminat boleh singgah dan subscribe through email. Aku dah jelaskan semuanya dekat sana. Tak nak ulang banyak kali.


But don't worry I will not abandon this blog entirely. It's a two different kind a blogs, so it can co-exist together. So see you here and the other side.