Saturday, 19 December 2015

Hello, It's Me

Helllloooo from the other siiiiide~~!

Hi! It's been a while. Aku tahu. Sejujurnya perasan nak menulis di blog memang payah sangat nak dapat sekarang ni. Kalau datang mood menaip pun selalunya akan berakhir separuh jalan ataupun kalau sudah berjaya siapkan pun hati ni rasa tak rasa nak publish. Kononnya tak sampai piawaian yang dikehendaki. Tapi piawaian yang jenis macam mana pun pun aku tak pasti. Maybe, just maybe I'm being hard to myself hence the refusal of me publishing any of the drafts. Kadang-kadang aku wonder macam dulu boleh rasa highly spirited menulis ni. I would love to have it back.

Dan itu kembali semula kepada kenapa entry ini boleh wujud. Sebab hari ini macam mana entah aku boleh terbuka blog lama. Bila baca balik entry-entry lama walaupun rasa macam childish dan kadang-kadang agak kasar cara penulisan, aku rasa terhibur betul. Walaupun statement lepas ni kedengaran agak syok sendiri tapi aku suka cara penyampaian aku yang dulu begitu bersahaja dan 'lively'. Raw yet personal? Tak payah sibuk dengan pendapat orang lain terus tulis apa yang nak walaupun isu dia kadang-kadang remeh temeh saja. Tak wujud piawaian-piawaian bagai ni. 

I'm no longer 22 years old. My style of writing will not be the same again. I guess as you grow older you tend to be hard on yourself. Thinking more about others opinions, their validation and less thinking about ourself. Agree?

Ok enough contemplating, sebagai tanda penghargaan kerana masih lagi setia mengikuti blog ni walaupun dah berzaman tak update (Padahal korang tak tahu macam mana nak unfollow kan?), aku hadiahkan sebuah entry lama untuk bacaan korang. Mungkin pembaca lama pernah baca tapi baca je lah sebab aku suka entry ini sampaikan post dua kali dekat blog lama. Yang ni masuk kali ketiga. 
Cuma abaikan penggunaan tanda seruan yang melampaui batas. Almaklumlah darah muda masa tu. Nak membentak saja. 

**************************
Aku Sebagai Wartawan Amatur
22 November 2010

Tadi masa aku tengok Buletin Utama. Teringat pulak aku pasal satu peristiwa ni. Tergelak sorang2 bila  terkenangkan balik. Benda nie jadi masa tahun lepas. Masa nie kat Uni aku nie diwajibkan amik satu subjek Ko-Q (Kokurikulum). Aku rasa semua U ada subjek nie kan? kan? Nak tak nak kena amik. Kalau tak, tak grad le jawabnya. Dah nama pun wajib.

So masa pendaftaran subjek ni, aku nak lah cari kod subjek yang orang kata agak mudah nak score. So check punya check dekat board tu tengok2, SEMUA subjek yang tersenarai dalam kepala otak aku nie dah penuh. What!!!! Yang tinggal subjek yang tak pernah aku dengar dan terpikir nak masuk. Macam Etika Pemakaian (Elooo apa benda nie??), Scuba (Kena bayar 100 dulu. So bye2), Teater T__T. Dilemma2!! 

Lepas dalam sejam jugak lah aku berdiri macam badut dekat board tu. Last2 aku submit borang tu. Korang tau tak subjek apa yang aku daftar?? Aku sendiri tak percaya apa yang aku tulis. 

Kod Subjek: UHB 1***6
Nama Subjek : Asas Kewartawan/ Basic Journalism
Kredit : 1


Tak de lah beriya macam dalam gambar ni. Reporter amatur sahaja.

Amik kau!! Tak pasal2 aku jadi reporter dah. Akibat dah desperate sangat, subjek nie yang aku pilih. Ish2. Buat karangan pun tak lepas berangan nak jadi wartawan. Hahaha. So nak dipendekkan cerita korang nak tau tak apa assignment pertama aku? Ingat lagi apa lecturer aku cakap

"Korang kena cover satu news pasal apa2 event yang berlaku dalam U nie. Saya mahu ada gambar. Gambar tu wajib original. Saya tak nak copy paste dari internet. Kalau saya tau saya bagi kosong!"

*Pitam!*.

Kejutan budaya terus. Dah lah bapak susah assignment!! Apa nie!! Jangan panik jangan panik. Last2 aku discovered satu event nie. Nama event nie aku tak ingat lah pulak.(Tak popular!!). Tapi yang pastinya ada gerai2 dibuka untuk majlis nie. This is perfect for the assignment!. So bila petang menjelma aku pun gerak lah ke event tu. Konon2nya nak tangkap gambar kemeriahan event tu lah. 

Dalam hati punya lah excited nak buat assignment pertama nie. Ye lah nk bagi first impression yang baik kan. Bila aku dah sampai dekat tapak event...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bunyi Cengkerik ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pang!! Event yang paling bosan dalam abad ini. Loser giler!! Korang bayangkan lah. Kalau dah nama pesta  mesti lah havoc, riuh rendah orang ramai datang. Yang ni aku rasa macam dalam morgue! Alahai!!! Rosak berita aku!! Muka makcik2 yang berniaga tu pun dah nampak kebosanan yang amat sangat. Sebab customer tak ramai. Korang tengok gambar nie kalau tak percaya

Sekarang perhatikan betul2 kedudukan makcik di kerusi merah tersebut. Hafal ye! 

Makcik tu siap baca majalah lagi sebab tak de orang datang!! Punya lah hambar. (Majalah apakah itu? Mangga perhaps?? =P). Misi aku nak buat report yang bertajukkan " Pesta Dot Dot Dot Meriah" terkubur. Apa la aku nak tulis dalam report tu. Kalau ayat2 boleh lah aku goreng2. Nie gambar nie. Mana nak cari??? 

Lepas tu tiba2 aku rasa macam ada satu miracle berlaku. Triingg!!! (bunyi serbuk magic). Tiba2 datang satu angin puting beliung datang. Ok2 angin kencang datang. Bukan angin kentut makcik tu. Tapi angin yang real punya. Korang bayangkan lah tengah kau dok tangkap gambar makcik tu tiba2 datang angin dari mana ntah. Serius kuat. Sampai terangkat2 khemah tu. Semua orang macam panik time tu takut khemah runtuh. Berlari2 semua orang keluar dari gerai masing2 pergi ke kawasan lapang. Ye lah korang nak kena hempap!! Tak pasal2 mati sia2.

Lain pulak dengan aku. Dalam pikiran aku dah tak pikir apa2 dah. Fikir nie je "This is it!! Hot News! Hot News!!" Yang penting dapat gambar yang mantap. Gila pscho. Hahaha. Dan ini hasilnya..



Haaaaaa!! Tengok!! Tak ke berbaloi aku mengadai kan nyawa semata2 nak dapatkan gambar yang priceless ini. Hahaha. Abis semua segala baju bagai dengan tudung makcik tu bertaburan. This is what I called breaking news!! Confirm dapat A subjek ni. Muahaha *Gelak kejam*

This is the funny part. Kan masa gambar kat atas aku suruh korang hafal kedudukan makcik tu kan. Sekarang tengok balik gambar nie. Dekat kerusi merah tu. Mana mak cik tu?? Dah diterbangkan angin kah?? Hahaha. Tak lah makcik tu dah cabut dulu dah. Berlari bagai nak rak aku tengok. KELAKAR!! Makcik tu lari keluar aku pulak lari ke dalam. Haha. Punya lah semangat!!. Siap pikir lagi aku akan popular lepas dapat publish story ribut taufan nie. =P

Last2 aku tak submit pun gambar kat atas. Aku guna gambar lain. Macam hampeh je kan aku nie. Penat je bertarung nyawa nak dapatkan gambar tu. Last2 tak guna. Daripada tajuk "Kemusnahan Tragik Pesta Dot Dot Dot" kepada "Pesta Dot Dot Dot Meriah". Bapak menipu!! Wakakaka. Janji assignment aku siap.

*****************************

Saturday, 25 July 2015

Perfume Special!: New Documentary Movie Release

HA! I bet you didn't see this one coming. Ingat aku nak tinggalkan pasal Perfume sejak ada blog baru ni? Hell no. 

Well basically for this year, it's going to be their 10th Anniversary and it is somewhat going to be special. Katanya. To be frank, aku tak rasa special apanya. After releasing single with two A-Side lepas tu senyap aje. Kemudian baru ada announcement tentang tour yang dipanggil "Perfume Anniversary 10 Days PPPPPPPPPP" (Yup, tak payah kira ada 10x P). Tetapi disebabkan tour ni dibuat dekat Jepun, I don't really give a damn. Dalam 10 hari tu ada lah some dancing contest (zzzz) lepas tu some concert collaborating with some artist that they called it as FES (zzzz) dan hari yang selebihnya adalah siri jelajah konsert di seluruh Jepun.

Kalau ingin tahu lebih lanjut silalah ke website yang nicely done ini; Perfume Anniversary 10 Days
(If you can read Japanese. Ah! just go there for the sake of art!)

One thing that caught my attention despite all these PPPPP-messiness ini ialah mengenai announcement tentang dokumentary filem daripada Perfume semasa mereka membuat World Tour 3rd hari tu. Teringat masa ni nak book tiket dekat salah satu venue dia dekat Singapura tetapi tak ada duit duk melopong lah tengak carta arrangement seat. Esok pergi website tu semula tiket habis! *meroyan*

Ah! Did I mentioned about theeesee...
A photo posted by @imlih05 on

Ok, back to the documentary thingy which is somewhat exciting news for me since I love watching this kinda show. Filem dokumentari. Sebab dia selalunya akan memaparkan 'behind the scene' kinda stuff which somehow can be quite personal and fun. By the way, here is the 35 seconds kedekut teaser.


We can clearly see A-Chan berpura-pura bersopan sambil beramah mesra dengan peminat overseas (despite her reluctance to go abroad), keterujaan Nocchi melancong dan Lady Peace Kashiyuka. There is also some hint of footage of their amazing life-changing cutting edge performance dekat Texas! Which is making me begging to know the details about it. 

Dokumentari yang bertajuk "WE ARE PERFUME: World Tour 3rd Document" akan ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih di Jepun (zzzz) pada 31 October ini. 


Friday, 24 July 2015

Learning New Languages And The Struggle Behind It

Hi.
Let's talk something more serious and personal.

Sebagaimana yang korang tahu lagi-lagi yang mengikuti aku secara dekat di laman-laman sosial, aku sedang mempelajari bahasa baru dan dalam waktu yang sama memperbaiki Bahasa Inggeris. For those who don't know,  I'm learning Japanese by the way. Hendak dipermudahkan cerita lebih kurang 2 tahun (plus minus) aku belajar secara serius. Yup, 2 tahun. Tapi kalau nak diikutkan sebenarnya walaupun dah mencecah 2 tahun, peringkat aku sekarang ialah di bahagian beginner. Beginner macam budak tadika. 

Frustrated? Yes I am. Kalau difikirkan tempoh 2 tahun boleh masuk peringkat Intermediate which is basically aku boleh sudah boleh pergi Shibuya dan tayar menawar dengan tauke kedai musik untuk beli CD PERFUME. But I guess, the learning process is different for one person to another. Let's use myself as the subject here for the reason why I'm still unable to be in the stage I wanted to be right now.

Kanji in Pictures


1. Masa
Bila bukan status bukan lagi student, jadual waktu tidak lagi fleksibel. Juggling time here and there especially for work, personal time, resting, kadang-kadang rasa macam mustahil betul. Tapi kalau nak menyelit 5-10 minit tu boleh cuma nak tak nak sahaja. Tetapi selalunya memang tak nak.

2. Brain Capacity
I'm a no-brainer myself, really. Nak memahami konsep 'transitive verb' dengan 'intransitive verb' pun rasanya bukan main lama lagi otak nak serap. 

3. The Infamous 'M'
Malas. 

Ini hanya sebilangan faktor-faktor utama yang aku rasa betul-betul terkesan dengan proses pembelajaran. Nak listkan semua rasanya tak perlu. You get the idea. Tetapi kalau belajar bahasa baru ni kena ada betul-betul ada semangat dedikasi. Istiqamah juga sangat penting. Sebagai contoh, ini yang aku selalu nampak. 


-KES 1-

Melati ialah seorang kpoppers. Baginya dunia kpop ialah dunia yang sungguh mengkagumkan. Sebagai seorang VIP, dia seolah-olah merasa seperti datang tanggungjawabnya untuk memahami bahasa Kimchi ini. Bagaimana jikalau Big Bang membuat konsert di Malaysia? Bagaimana dia mahu berinteraksi dengan mereka secara berkesan apabila mereka tiba di airport kelak? Lantas Melati membeli kamus Korea-English di Kinokuniya. Hari demi hari, kamus entah kemana, Melati pun ntah kemana.


Ini kes tipikal sangat. Hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula macam beriya betul. Tambahan pula dengan cara pembelajaran yang tak berapa betul dan material yang kurang berkesan dicampur pulak dengan motivasi yang datang pergi. Memang sah lepas ke laut lah jadinya. Thank God I've been through this. Aku selalu gelar stage ni sebagai 'Test Period' dimana kalau dah lepas 5-6 bulan dan ko masih lagi gigih belajar, well done you are good to go. 

Tetapi, jeng jeng aku dah masuk dalam fasa baru dimana bila tengok anything related to Japanese rasa meluuuuat sangat. Macam fed up. Sebab hari-hari duk mengadap benda yang sama lepas tu progress rasa slow sangat. Tambahan pulak rasa macam banyak sangat nak kena cover; grammar, vocab, reading, writing, kanji stuff(!!!), listening, pronunciation. Lepas tu terbaca pulak artikel ni. Mak aih! Demotivated langsung. Disebabkan tu kadang-kadang aku buat keputusan rehat lah dalam seminggu dua macam tu. Sebab macam dah burnout.




Tapi jangan salah faham pula, entry ni bukan macam nak hilangkan semangat untuk belajar bahasa baru. Cuma saja nak bagi sedikit paparan realiti apa nak di expect kalau nak belajar bahasa baru. So you can get prepared dan tidak dikaburi dengan harapan-harapan palsu. Tapi biasalah apa-apa pun mula-mula memang struggle habis tapi manisnya bila ko dapat capai level fluency yang ko nak nanti. 


If you're also currently learning new language even English, please don't hesitate to share you struggle and pain in comment section below. It will help ease the suffering. Trust me. Until next time.

Monday, 20 July 2015

Senarai Album Kegemaran Untuk Pertengahan Tahun 2015

SSudah separuh tahun rupanya tahun 2015 dan sudah tiba masanya untuk aku ada senaraikan album-album kegemaran untuk tatapan semua.

*Senarai tidak mengikut turutan dan akan diupdate dari semasa ke semasa sehinggalah hujung tahun 2015.


"How Big, How Blue, How Beautiful" 
Florence + The Machine

"Lucid Dreaming" 
Say Lou Lou

"FROOT "
Marina and The Diamonds

Yup. 2015 is not that soo promising year for good albums but I guess we still have time.

Sunday, 5 July 2015

Blog Is Dead

"Sekarang ni mana ada orang tulis blog dah. Zaman menulis blog ni dah berlalu dah"

Statement di atas kadang-kadang aku baca macam rimas betul. 'Renyang' orang kata. Bila sesetengah blogger yang masih lagi setia semangat update blog mereka bila kadang-kadang ada yang cakap macam tu secara bersahaja macam ko dah kenapa sebenarnya? Nak lunturkan semangat orang ke? Kalau diri sendiri rasa tak nak update blog sendiri mungkin sebab kekurangan pembaca, hilang motivasi ataupun ada kekangan masa tak perlu lah rasanya nak tarik orang lain sekali dengan kau dengan mengatakan "having a blog is not a current trend right now".

To be honest,

1. Disebabkan mostly ramai kawan blogger ko berhenti menulis tak bermaksd blog dah mati. It's just within in your surrounding. Not for the others. I do believe tons of new blog created everyday.

2. Saying micro social networking is the thing to be blame here. Updating blog is merely a useless thing to do right now. Well, ada sedikit kebenarannya disini. Tapi the correct word to be use in this context is actually malas. Malas nak mengarang. Malas nak upload berdozen gambar. Malas nak proof read. (lol. This is like describing myself).

Kalau nak bandingkan upload satu gambar dan dapat banyak likes mahupun tweet satu ayat yang kurang daripada 140 abjad tetapi mendapat ramai respon dengan mengarang 10 perenggan yang cukup dengan pendahuluan dan penutup tetapi tak ada 1-2 komen dan perlu blogwalking pula macam esok tiada lagi untuk mendapat lebihan views, yang mana satu yang akan jadi pilihan? 

I admit it that the main reason I'm rarely blogging right now is clearly stated in point number 2. Ketepi kan alasan writer's blok lah, banyak komitmen lah, tiada masa lah which is basically is bullsh*t sebab you will even crawl with a limped leg like suster ngesot (God forbid) kalau ko bersungguh nak buat sesuatu.

This entry is not a comeback konon-konon penutup ni nak bagi declare akan aktif berblogging selepas kebangkitan entry seperti ini macam heh! Dah banyak kali buat macam tu rasa macam menipu diri sendiri betul. It's seems like I want to do some sort of clarification or confession. #KeepItClean
Isu ni sebenarnya boleh diperhalusi dan didebatkan lagi tapi disebabkan MALAS kita akhirkan saja isu itu disini. *sambung baring atas tilam* 

Friday, 8 May 2015

1:45 AM

Well, maybe what I need to do right now is first, to publish at least one complete entry rather than making dozens of unfinished entries that end up as drafts. Then we will start from there.

As for a blog that has only 3 entries but still managed to get 7 followers. Not bad huh? 

Friday, 30 January 2015

#JusticeForElyana

Bila sudah lama tak ada, baru sekarang terhegeh-hegeh nak hargai dan itu sekarang terjadi pada diri sendiri sejak dua menjak ni. Selepas countless listening to new songs, out of sudden I realized that "What the hell happened to Elyana? I used to like her like where is she now?". Ini barangkali datangnya daripada rangkaian sesi persoalan diri bermula dari minggu-minggu lepas dimulai dengan "Where the hell is JoJo?" dan kemudian "Where the hell is Stacie Orrico?". Sekarang berjangkit ke industri muzik tempatan.

Siapa yang tak kenal Elyana ataupun Erneelya Elyana Emrizal (EEEception), sudah pastinya belum lahir mahupun anda membesar tanpa sebarang pendedahan terhadap radio mahupun tv. She was quite a thing at that time. Watak utama dalam drama yang berkonsepkan "Jom Masuk U" mahupun antara penyanyi pertama Malaysia yang memulakan revolusi ikonik "berkaki ayam" semasa membuat persembahan akhir disebuah rancangan TV swasta sehinggalah dia berkahwin. Selepas itu semuanya senyap.

Lupakan semuanya, since her music legacy still remain here to be listen by us mortal.


Salah satu kegemaran diri sendiri ialah debut single daripada album "Bicara Mata Ini";"Tak Tercapai Akalnya" aka Kau Lembap. This song is still good walaupun sudah mencecah 10 tahun tapi ia masih tidak outdated. The music arrangement is like this whole orchestra thingy that mixed together with band stuff. The electric guitar, which is one of the main instrument in her old music catalogue plays a distinctive role in this song. You can feel this early Avril Lavigne sounds from it but in more melodramatic voice coming from Elyana.
 
Sama juga dengan lagu-lagu lain dimana setiap satu pasti ada satu rentak unik yang membuatkan lagu tersebut berbeza daripada yang lain tetapi masih lagi mengikut landasan tema muzik yang sama. Satu lagi kredit adalah lirik-lirik didalam lagu-lagu Elyana. Kebanyakkan lirik adalah berpuisi dan tidak straightforward and I really like it. You don't find it quite often nowadays in Malaysian songs.
Jikalau, jikalau in case Elyana ingin kembali ke arena muzik setelah penat berehat dirumah. Please do some of these tips:
1. Work back with Aidit Alfian. This is like match in heaven and it was working greatly on you. On how Britney with Max Martin and Lady Gaga with RedOne you are meant with Aidit. 
2. Compose lagu debut comeback (with Aidit Alfian!) ala-ala seperti "Tak Tercapai Akalmu" ataupun "Kau dan Aku" tetapi polish and twist it a little it in more current music style.
3. DO NOT stray and hop into lagu mendayu-dayu stuff. Remain with guitar and bass. You can do slow stuff but include these two.
4. DO NOT ATTEMPT to put rap section in your song yet. Not yet. Unnecessary rap will ruins a song. For example Hanie Soraya "Rasa Sayang". Inserting rap in a song does not mean your song going to be cool and amazing.
5. DO NOT rerecording back Niat and put it as Niat 2015, Niat 2016 whatsoever. You have done it twice. Move on already.
So basically do all these things and you might be fine and maybe managed to berkaki ayam again while performing it live. I am done here and now let me jump back to my bed and become a 'Tapak Sulaiman'.