Saturday 25 July 2015

Perfume Special!: New Documentary Movie Release

HA! I bet you didn't see this one coming. Ingat aku nak tinggalkan pasal Perfume sejak ada blog baru ni? Hell no. 

Well basically for this year, it's going to be their 10th Anniversary and it is somewhat going to be special. Katanya. To be frank, aku tak rasa special apanya. After releasing single with two A-Side lepas tu senyap aje. Kemudian baru ada announcement tentang tour yang dipanggil "Perfume Anniversary 10 Days PPPPPPPPPP" (Yup, tak payah kira ada 10x P). Tetapi disebabkan tour ni dibuat dekat Jepun, I don't really give a damn. Dalam 10 hari tu ada lah some dancing contest (zzzz) lepas tu some concert collaborating with some artist that they called it as FES (zzzz) dan hari yang selebihnya adalah siri jelajah konsert di seluruh Jepun.

Kalau ingin tahu lebih lanjut silalah ke website yang nicely done ini; Perfume Anniversary 10 Days
(If you can read Japanese. Ah! just go there for the sake of art!)

One thing that caught my attention despite all these PPPPP-messiness ini ialah mengenai announcement tentang dokumentary filem daripada Perfume semasa mereka membuat World Tour 3rd hari tu. Teringat masa ni nak book tiket dekat salah satu venue dia dekat Singapura tetapi tak ada duit duk melopong lah tengak carta arrangement seat. Esok pergi website tu semula tiket habis! *meroyan*

Ah! Did I mentioned about theeesee...
A photo posted by @imlih05 on

Ok, back to the documentary thingy which is somewhat exciting news for me since I love watching this kinda show. Filem dokumentari. Sebab dia selalunya akan memaparkan 'behind the scene' kinda stuff which somehow can be quite personal and fun. By the way, here is the 35 seconds kedekut teaser.


We can clearly see A-Chan berpura-pura bersopan sambil beramah mesra dengan peminat overseas (despite her reluctance to go abroad), keterujaan Nocchi melancong dan Lady Peace Kashiyuka. There is also some hint of footage of their amazing life-changing cutting edge performance dekat Texas! Which is making me begging to know the details about it. 

Dokumentari yang bertajuk "WE ARE PERFUME: World Tour 3rd Document" akan ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih di Jepun (zzzz) pada 31 October ini. 


Friday 24 July 2015

Learning New Languages And The Struggle Behind It

Hi.
Let's talk something more serious and personal.

Sebagaimana yang korang tahu lagi-lagi yang mengikuti aku secara dekat di laman-laman sosial, aku sedang mempelajari bahasa baru dan dalam waktu yang sama memperbaiki Bahasa Inggeris. For those who don't know,  I'm learning Japanese by the way. Hendak dipermudahkan cerita lebih kurang 2 tahun (plus minus) aku belajar secara serius. Yup, 2 tahun. Tapi kalau nak diikutkan sebenarnya walaupun dah mencecah 2 tahun, peringkat aku sekarang ialah di bahagian beginner. Beginner macam budak tadika. 

Frustrated? Yes I am. Kalau difikirkan tempoh 2 tahun boleh masuk peringkat Intermediate which is basically aku boleh sudah boleh pergi Shibuya dan tayar menawar dengan tauke kedai musik untuk beli CD PERFUME. But I guess, the learning process is different for one person to another. Let's use myself as the subject here for the reason why I'm still unable to be in the stage I wanted to be right now.

Kanji in Pictures


1. Masa
Bila bukan status bukan lagi student, jadual waktu tidak lagi fleksibel. Juggling time here and there especially for work, personal time, resting, kadang-kadang rasa macam mustahil betul. Tapi kalau nak menyelit 5-10 minit tu boleh cuma nak tak nak sahaja. Tetapi selalunya memang tak nak.

2. Brain Capacity
I'm a no-brainer myself, really. Nak memahami konsep 'transitive verb' dengan 'intransitive verb' pun rasanya bukan main lama lagi otak nak serap. 

3. The Infamous 'M'
Malas. 

Ini hanya sebilangan faktor-faktor utama yang aku rasa betul-betul terkesan dengan proses pembelajaran. Nak listkan semua rasanya tak perlu. You get the idea. Tetapi kalau belajar bahasa baru ni kena ada betul-betul ada semangat dedikasi. Istiqamah juga sangat penting. Sebagai contoh, ini yang aku selalu nampak. 


-KES 1-

Melati ialah seorang kpoppers. Baginya dunia kpop ialah dunia yang sungguh mengkagumkan. Sebagai seorang VIP, dia seolah-olah merasa seperti datang tanggungjawabnya untuk memahami bahasa Kimchi ini. Bagaimana jikalau Big Bang membuat konsert di Malaysia? Bagaimana dia mahu berinteraksi dengan mereka secara berkesan apabila mereka tiba di airport kelak? Lantas Melati membeli kamus Korea-English di Kinokuniya. Hari demi hari, kamus entah kemana, Melati pun ntah kemana.


Ini kes tipikal sangat. Hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula macam beriya betul. Tambahan pula dengan cara pembelajaran yang tak berapa betul dan material yang kurang berkesan dicampur pulak dengan motivasi yang datang pergi. Memang sah lepas ke laut lah jadinya. Thank God I've been through this. Aku selalu gelar stage ni sebagai 'Test Period' dimana kalau dah lepas 5-6 bulan dan ko masih lagi gigih belajar, well done you are good to go. 

Tetapi, jeng jeng aku dah masuk dalam fasa baru dimana bila tengok anything related to Japanese rasa meluuuuat sangat. Macam fed up. Sebab hari-hari duk mengadap benda yang sama lepas tu progress rasa slow sangat. Tambahan pulak rasa macam banyak sangat nak kena cover; grammar, vocab, reading, writing, kanji stuff(!!!), listening, pronunciation. Lepas tu terbaca pulak artikel ni. Mak aih! Demotivated langsung. Disebabkan tu kadang-kadang aku buat keputusan rehat lah dalam seminggu dua macam tu. Sebab macam dah burnout.




Tapi jangan salah faham pula, entry ni bukan macam nak hilangkan semangat untuk belajar bahasa baru. Cuma saja nak bagi sedikit paparan realiti apa nak di expect kalau nak belajar bahasa baru. So you can get prepared dan tidak dikaburi dengan harapan-harapan palsu. Tapi biasalah apa-apa pun mula-mula memang struggle habis tapi manisnya bila ko dapat capai level fluency yang ko nak nanti. 


If you're also currently learning new language even English, please don't hesitate to share you struggle and pain in comment section below. It will help ease the suffering. Trust me. Until next time.

Monday 20 July 2015

Senarai Album Kegemaran Untuk Pertengahan Tahun 2015

SSudah separuh tahun rupanya tahun 2015 dan sudah tiba masanya untuk aku ada senaraikan album-album kegemaran untuk tatapan semua.

*Senarai tidak mengikut turutan dan akan diupdate dari semasa ke semasa sehinggalah hujung tahun 2015.


"How Big, How Blue, How Beautiful" 
Florence + The Machine

"Lucid Dreaming" 
Say Lou Lou

"FROOT "
Marina and The Diamonds

Yup. 2015 is not that soo promising year for good albums but I guess we still have time.

Sunday 5 July 2015

Blog Is Dead

"Sekarang ni mana ada orang tulis blog dah. Zaman menulis blog ni dah berlalu dah"

Statement di atas kadang-kadang aku baca macam rimas betul. 'Renyang' orang kata. Bila sesetengah blogger yang masih lagi setia semangat update blog mereka bila kadang-kadang ada yang cakap macam tu secara bersahaja macam ko dah kenapa sebenarnya? Nak lunturkan semangat orang ke? Kalau diri sendiri rasa tak nak update blog sendiri mungkin sebab kekurangan pembaca, hilang motivasi ataupun ada kekangan masa tak perlu lah rasanya nak tarik orang lain sekali dengan kau dengan mengatakan "having a blog is not a current trend right now".

To be honest,

1. Disebabkan mostly ramai kawan blogger ko berhenti menulis tak bermaksd blog dah mati. It's just within in your surrounding. Not for the others. I do believe tons of new blog created everyday.

2. Saying micro social networking is the thing to be blame here. Updating blog is merely a useless thing to do right now. Well, ada sedikit kebenarannya disini. Tapi the correct word to be use in this context is actually malas. Malas nak mengarang. Malas nak upload berdozen gambar. Malas nak proof read. (lol. This is like describing myself).

Kalau nak bandingkan upload satu gambar dan dapat banyak likes mahupun tweet satu ayat yang kurang daripada 140 abjad tetapi mendapat ramai respon dengan mengarang 10 perenggan yang cukup dengan pendahuluan dan penutup tetapi tak ada 1-2 komen dan perlu blogwalking pula macam esok tiada lagi untuk mendapat lebihan views, yang mana satu yang akan jadi pilihan? 

I admit it that the main reason I'm rarely blogging right now is clearly stated in point number 2. Ketepi kan alasan writer's blok lah, banyak komitmen lah, tiada masa lah which is basically is bullsh*t sebab you will even crawl with a limped leg like suster ngesot (God forbid) kalau ko bersungguh nak buat sesuatu.

This entry is not a comeback konon-konon penutup ni nak bagi declare akan aktif berblogging selepas kebangkitan entry seperti ini macam heh! Dah banyak kali buat macam tu rasa macam menipu diri sendiri betul. It's seems like I want to do some sort of clarification or confession. #KeepItClean
Isu ni sebenarnya boleh diperhalusi dan didebatkan lagi tapi disebabkan MALAS kita akhirkan saja isu itu disini. *sambung baring atas tilam* 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...