Friday 24 July 2015

Learning New Languages And The Struggle Behind It

Hi.
Let's talk something more serious and personal.

Sebagaimana yang korang tahu lagi-lagi yang mengikuti aku secara dekat di laman-laman sosial, aku sedang mempelajari bahasa baru dan dalam waktu yang sama memperbaiki Bahasa Inggeris. For those who don't know,  I'm learning Japanese by the way. Hendak dipermudahkan cerita lebih kurang 2 tahun (plus minus) aku belajar secara serius. Yup, 2 tahun. Tapi kalau nak diikutkan sebenarnya walaupun dah mencecah 2 tahun, peringkat aku sekarang ialah di bahagian beginner. Beginner macam budak tadika. 

Frustrated? Yes I am. Kalau difikirkan tempoh 2 tahun boleh masuk peringkat Intermediate which is basically aku boleh sudah boleh pergi Shibuya dan tayar menawar dengan tauke kedai musik untuk beli CD PERFUME. But I guess, the learning process is different for one person to another. Let's use myself as the subject here for the reason why I'm still unable to be in the stage I wanted to be right now.

Kanji in Pictures


1. Masa
Bila bukan status bukan lagi student, jadual waktu tidak lagi fleksibel. Juggling time here and there especially for work, personal time, resting, kadang-kadang rasa macam mustahil betul. Tapi kalau nak menyelit 5-10 minit tu boleh cuma nak tak nak sahaja. Tetapi selalunya memang tak nak.

2. Brain Capacity
I'm a no-brainer myself, really. Nak memahami konsep 'transitive verb' dengan 'intransitive verb' pun rasanya bukan main lama lagi otak nak serap. 

3. The Infamous 'M'
Malas. 

Ini hanya sebilangan faktor-faktor utama yang aku rasa betul-betul terkesan dengan proses pembelajaran. Nak listkan semua rasanya tak perlu. You get the idea. Tetapi kalau belajar bahasa baru ni kena ada betul-betul ada semangat dedikasi. Istiqamah juga sangat penting. Sebagai contoh, ini yang aku selalu nampak. 


-KES 1-

Melati ialah seorang kpoppers. Baginya dunia kpop ialah dunia yang sungguh mengkagumkan. Sebagai seorang VIP, dia seolah-olah merasa seperti datang tanggungjawabnya untuk memahami bahasa Kimchi ini. Bagaimana jikalau Big Bang membuat konsert di Malaysia? Bagaimana dia mahu berinteraksi dengan mereka secara berkesan apabila mereka tiba di airport kelak? Lantas Melati membeli kamus Korea-English di Kinokuniya. Hari demi hari, kamus entah kemana, Melati pun ntah kemana.


Ini kes tipikal sangat. Hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula macam beriya betul. Tambahan pula dengan cara pembelajaran yang tak berapa betul dan material yang kurang berkesan dicampur pulak dengan motivasi yang datang pergi. Memang sah lepas ke laut lah jadinya. Thank God I've been through this. Aku selalu gelar stage ni sebagai 'Test Period' dimana kalau dah lepas 5-6 bulan dan ko masih lagi gigih belajar, well done you are good to go. 

Tetapi, jeng jeng aku dah masuk dalam fasa baru dimana bila tengok anything related to Japanese rasa meluuuuat sangat. Macam fed up. Sebab hari-hari duk mengadap benda yang sama lepas tu progress rasa slow sangat. Tambahan pulak rasa macam banyak sangat nak kena cover; grammar, vocab, reading, writing, kanji stuff(!!!), listening, pronunciation. Lepas tu terbaca pulak artikel ni. Mak aih! Demotivated langsung. Disebabkan tu kadang-kadang aku buat keputusan rehat lah dalam seminggu dua macam tu. Sebab macam dah burnout.




Tapi jangan salah faham pula, entry ni bukan macam nak hilangkan semangat untuk belajar bahasa baru. Cuma saja nak bagi sedikit paparan realiti apa nak di expect kalau nak belajar bahasa baru. So you can get prepared dan tidak dikaburi dengan harapan-harapan palsu. Tapi biasalah apa-apa pun mula-mula memang struggle habis tapi manisnya bila ko dapat capai level fluency yang ko nak nanti. 


If you're also currently learning new language even English, please don't hesitate to share you struggle and pain in comment section below. It will help ease the suffering. Trust me. Until next time.

2 comments:

  1. AKu punya nak belajar Japanese macam on-off sikit.
    Nasib baik dah belajar sikit masa sekolah dulu, so laa ni okey laa walaupun beginner jugak.

    Tapi beberapa tahun lepas aku ada belajar sign language (Malaysian).
    Dari situ aku dapat rumuskan, kalau nak belajar bahasa, adalah lagi mudah kalau kau ada guru, as in cikgu yang real, sensei, manusia, yang berdiri depan mata dan bercakap, bernafas.
    Guru yg elektronik ni tak berapa nak bagus sangat. hehe
    Kalau belajar sendiri guna buku, CD or video pun kadang2 aku rasa macam syok sendiri plak. Hahaha.

    Kalau ada duit lebih, aku cadangkan kau amik kursus pendek bahasa asing dkat mana2 U yg dekat. Kalau Shah Alam ada UiTM, kalau KL, UM n UIA ada banyak.
    Rasanya bab yuran dlm 4-5 ratus utk satu semester dgn 10-20 kelas sekali dgn alatan bantuan pembelajaran. Details aku pun tak pasti.
    Bukan sahaja dapat belajar dgn sensei, malah ada sijil yang diiktiraf lagi.
    Untung2 boleh jadi part time translator or tourist guide. Hehehe

    Aku pun berniat nak amik kelas, tapi apakan daya...
    ...fulusnya kontang.

    ReplyDelete
  2. @cEro

    Thank you for your advice. ^-^
    I do agree on getting a real cikgu or mentor's help when learning a new language. Lagi-lagi bila di fasa asas. Supaya orang kata, kita tak belajar ilmu yang salah. As for me I've done a semester of Japanese way back during my Uni life so basically I'm ok with the basic.

    While as for the 'cikgu electronic' I do think they can be the ideal option for people who don't have money or time. IF! if they can find the reliable and accurate source for this.

    Untuk experience personal aku setakat ni 'cikgu electronik' lebih banyak membantu kerana faktor masa. Dia ada banyak medium sebenarnya belajar secara elektronik dan lebih seronok since kita tak terikat dengan jadual waktu dan bukan hanya belajar dalam suasana kelas. Forum, website, apps, video chat, audio learning, Youtube, Skype, games dan banyak option kita boleh pilih sendiri. Even boleh terus berinteraksi dengan native speaker itu sendiri kalau kita tahu channel yang betul.

    But again if have both time and money better pergi attend class and get some grasp on how you preferred language works and then from there you are good on your own.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...