Wednesday 13 April 2016

Top 3 National Geographic Covers For 2015

Walaupun sudah masuk April tapi tak mengapalah 'better late than never' bukan? Bulan Januari patutnya lagi afdal kalau nak post pasal benda ni tapi masa tu kan semangat nak menulis pun suam-suam kuku lagi. Tapi sekarang ni haaa tak berenti menaip macam banyak betul perkara terbuku yang nak diluahkan.

One fact about me, National Geographic (NG) is my favourite magazine. Like the only one. Aku pernah try baca mags yang lain, ko sebut genre apa fashion? travel? science? tapi semuanya tak melekat kecuali majalah NG ni. Mungkin antara sebabnya ialah bagaimana penyampaian artikel dia yang bersifat ilmiah tapi bukan disalurkan dalam bentuk yang rigid dan bosan. Bukan semata-mata teks panjang tetapi diselitkan dengan gambar yang cantik yaa ampun kadang-kadang lama juga aku tenung satu-satu gambar tu. 

Team NG ni aku rasa dari dulu lagi memang dah tahu dalam menyampaikan maklumat dalam satu-satu artikel dua-dua faktor iaitu penulisan dengan gambar adalah sama penting. Selalunya akan ada diorang tepek gambar yang saiz dekat dua muka surat! Tambahan lagi bila nak bentangkan pasal data ke, statistik ke, timeline etc. mesti bersungguh gila buat kadang-kadang rasa ralat kalau tengok sambil lalu. Rasa tak fair lah dengan usaha yang dicurahkan buat macam tu. (Dia sama perasaan ralat bila ko baca manga dengan lajunya padahal mangaka tu lukis satu frame gamaknya makan sehari!) No wonder perkataan 'graphic' dalam Geografic tu sendiri bukan sekadar perhiasan saja. They mean it by delivering it.

Since entry kali ni kita fokus secara visual sahaja makanya korang ingat tak cover NG yang paling iconic yang aku rasa sampai laa ni aku masih lagi ingat.

Afghan Girl, edisi Jun 1985.


Amazing. Aku tak lahir lagi tahun edisi ni keluar tapi cover ni sampai sekarang duk menjadi perbualan. Sebab tu kali ni aku nak kongsi tiga cover pilihan aku untuk tahun lepas. So here are my personal favourite.



  • Edisi April 2015

Gambar cakerawala yang brilliantly colourful and beautiful ni diambil dengan menggunakan telescope hubble space. Rasa macam kerdil bila tengok gambar sebegini. I would hang this picture on my wall.

Satu perkara lagi, aku baru tahu sebenarnya untuk bulan April 2015 ni ada alternate cover yang lain. US edition guna cover President Lincoln bersempena dengan ulang tahun 150 tahun pembunuhan dia. While the rest of other countries will get the Hubble version.


Aku juga baru tahu rupanya NG memang kerap buat alternate cover. Selalunya bergantung kepada satu-satu negara. Cover berbeza tetapi isinya maintain sama.
  • Edisi Jun 2015

Nampak tak macam mana daun marijuana tu menjalar keluar daripada perkataan National Geographic tu? Details at the best.
  • Edisi November 2015


Aku suka isu cover ni macam ko tepek gambar. Bubuh dua perkataan. Dah siap. Simple tapi efektif. Sekali lagi dekat Indonesi cover dia lain. Rasanya ni masa negara kita dengan negara Indonesia menghadapi jerebu teruk yang sampai berbulan-bulan tak hilang tu. Hence, this cover I guess.


Konklusinya aku berpendapat cover NG untuk tahun 2015 ni aku tak berapa impress sangat. Ada beberapa isu yang cover dia yang guna 3D punya illustration which was a bummer sebab aku selalu prefer over a real picture. Let's hope 2016 can be more impressive sampaikan ke tahap aku akan menggelupur dilema tak tahu nak pilih yang mana. So, see you again next year.

Ah! One more thing. April 2016 tahun ni NG sekali lagi akan buat alternate cover. Bukan 2, bukan 3 tapi 10! Puaka. Kalau collectors gamaknya resah gelisah akan berbelanja lebih semata-mata nak dapatkan semuanya. Aku tak tau dekat Malaysia akan dapat yang mana tapi rasanya macam possibility tu akan dapat cover our own Malayan Tiger tu.


Tapi cover gambar Snowy Owl, Koala dengan Coquerel's Sifaka comel juga!

2 comments:

  1. Nice.
    Kalau tak silap aku bulan April 2016 punya edisi dapat free maps ape ntah, kan?
    hari tu macam nak beli dah tapi bila belek dompet duit tak cukup, so batalkan niat....sampailah sekarang ni tak beli 2. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Free maps? Tak sure pulak. Aku tak check lagi dekat newsstand untuk edisi April ni lagi. Gamaknya dapat cover binatang apa lah! *berdebar*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...