Sunday 24 April 2016

Random Rants #1

I always wanted to do some kind of highlights of the the week and compiled it into one long blog post. Dulu-dulu masa dekat blog lama selalu buat benda ni in case kalau dah kekeringan idea sangat tak tahu nak cerita apa. I would like to do it again but not for the sake as a blog 'filler' but as personal random kind of thing. Boleh lah kepochi pasal benda-benda yang random tanpa perlu rasa redundant nak buat beberapa entry yang berbeza-beza. More like a mini diary perhaps?


#1 Constant Update

Perasan tak bulan ni banyak betul entry aku dah publish. Bila tengok bilangan entry untuk bulan ni saja dah menyamai bilangan post untuk tahun lepas. lol. Dia punya meluap-luap rasa nak taip entry lately ni ada saja benda nak tulis. Tapi takut juga jadi 'hangat-hangat tahi ayam'. Nanti mulalah suam-suam kuku balik nak update balik. Sama macam benda-benda lain. *mengeluh panjang*

Bila dah somehow 'partially active' balik berblogging ni setelah sekian tahun berehat, dia rasa macam janggal sikit boleh rasa perbezaan dia dengan era 2010-2011 dulu. Sebabnya dah ramai kawan blogger dah either move on with blogging life and completely abandon their blog dan yang palin extreme sekali dengan blogger-blogger profile sekali hilang (ini macam Bourne Identity sangat). Makanya reading list aku jadi macam aik tinggal 2-3 kerat je. Haha. Betul lah orang kata petanda bila dah tua tu kan bila ko asyik nak mengimbau balik zaman silam. Asyik mengimbau tak habis.

And since I rarely do some blogwalking nowadays (Tak kejar traffic dah sekarang. Dah tua. Eceh.). Dah tak tau blog apa yang best nak follow. Tapi takpe lah sekarang nak fokus untuk create fan base yang loyal je. MUAHAHAHA GO DIE PLEASE!!

#2 JPN Series

Sekarang tengah kumpul bahan untuk episode dua 'JPN Series'. Dah consider beberapa tajuk dalam list cuma nak pilih mana satu je untuk start buat drafting. Korang boleh mula start follow siri ini dengan baca episode 1 dimana aku bercerita mostly about.... Kit-Kat. Cuma aku tak tahu kenapa aku macam anggap siri ni macam penting sangat. Macam beriya betul nak buat research bagai sebelum nak publish.

One fact when making the first episode is to be honest aku tak puas hati dengan mutu entry tu lagi. Macam rasa tak sampai piawai yang nak. Tapi disebabkan aku rasa sampai bila ko nak puas hati dengan standard tinggi melangit ko tu, you know what? F*** it! Aku terus publish. Lantaklah.

Aku ada tetapkan nak olah siri ni more like an informational-ish type of post but in fun and informal kind of way. Tak nak rasa rigid dan bosan. Lepas tu nak buat topik yang light-light sikit tapi bukan isu yang selalu orang tulis at least dekat Malaysia. Pernah juga terfikir nak buat isu berat macam 'Yakuza' ataupun 'Prostitution and Sex Perception in Japan' tapi macam waaaay too heavy.

Please give me your support by liking and commenting to this new series. Kalau berjaya 'JPN Series' ni aku siap dah fikir nak buat siri lain macam "KRO Series" ataupun "AUS Series". Ko jangan main-main! Haha. Planning baik punya. Episode kedua mungkin akan keluar lewat April ataupun awal Mei.

#3 Pencuri Hati - Ayda Jebat

Kah kah kah. Boleh gelak kejap tak? Sebab random sangat nak cerita. Lagu ni sebenarnya first time aku dengar masa beli barang dekat kedai. Mula-mula dengar rasa fulamak macam mengundang cercaan pulak dalam hati. Muzik dia sebijik macam lagu dangdut perform dekat fun fair. So cheap and trashy in kind a way tapi catchy pula. Ingatkan lagu datang dari Indonesia rupanya penyanyi Malaysia sebenarnya yang nyanyi. Aku rasa tertipu. Loghat dia sebijik-bijik dia buat kut. And who is this Ayda Jebat? Please someone enlightened me about this. 

Tapi macam biasalah cerca punya cerca last-last a-ku-ku-ah-ku repeat dah beberapa kali dah woi. WTF? I hate myself.

#4 Blog Renovation

Pernah juga terfikir nak buat blog renovation secara besar-besaran, buat design, letak menu bar, widgets bagai semua baru nampak proper blog kan? Tapi semua tu memakan masa lagi-lagi part nak mengodek coding HTML macam fussy gila malas lah nak buat. Rasanya layout sekarang pun aku rasa memadai kan? Simple black classy macam tu. 

Bersyukurlah kan at least header blog tu sekarang aku buat proper sikit compare dulu aku letak kosong plain word tajuk blog saja. In positive way, blog ni tak lah jadi berat sangat nak loading dan yang paling penting isi blog bukan? Itu yang akan tarik pembaca sebenarnya. Hashtag sedapkan hati. Rasanya kalau nak ubah apa-apa pun in future, I don't think I will make any major changes.

1 comment:

  1. 1) Ramai dah blooger yg meninggalkan blog mereka. Aku pon turut sedih bila klik link diorg tak berupdate, malah ada yg dah kena amik dgn admin luar negara mana entah aku pon tak faham kenapa jadi camtu...

    2) I demand MOAR JPN SERIES. Lagi laa. Seminggu sekali ke okay jugak. Buat banyak2 pastu schedule setiap minggu satu, baru berterusan dan tak menunggu lama. Hahahah

    3) Hahahaha. Adik aku cakap muzik dia ala-ala Kpop sikit. But since aku tak layan radio sangat aku jarang dgr lagu tu. Tapi pernah laa dengar. Ayda Jebat ni org kata hangat tang nama je, suruh nyanyi live, hancusss.

    4) Kalau nak reno blog, guna template yg simple2 dan ringan je. Jangan jd macam bbnu plak nanti semua widget nak letak sampai loading pon 4 jam. Hahahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...