Saturday 30 December 2017

Kunjungan Pertama: Cafe Setinggan, Laksa Telur Goreng Bersarang

Sebelum mula apa-apa aku nak buat confession dulu, bukan confess pasal dosa ke apa tapi laksa is not my favourite thing in the world. Jikalau ada pilihan di antara mi goreng dengan laksa, aku akan pilih mi goreng tanpa berfikir panjang. Walaupun sebenarnya mi goreng pun aku tak gemar sangat makan. Amboi, banyaknya tak gemar dia. Tapi nampak tak perbandingan yang aku cuba sampaikan ni?  Cuma frasa tak gemar di sini bukan bermakna tak suka makan langsung namun kalau ada pilihan lain, aku akan elak makan.

Tapi ada satu eleman dalam laksa ni yang aku personally suka yang tak akan jumpa dalam menu lain. Bila dok kunyah-kunyah lepas tu tergigit bawang kecil/besar rasa macam heaven sangat. Rasa manis bawang tu jadi ketara sangat dengan masam kuah memang bagai pinang dibelah dua. They are made for each other. Sama macam makan sushi lah duk cicah kicap manis/masin semata tapi tak ada wasabi rasa macam kosong. Tak lengkap. Something is missing. Hambar. Muram. Rasa kehilangan. Biasa-biasa. Plain.

Makanya nak dijadikan cerita lately aku memang ada dengar cerita  pasal kewujudan satu kedai yang hanya jual laksa lepas tu menjadi buah mulut di kalangan warga tempatan. But that laksa factor alone didn't gain enough my attention to taste it until there is some twist to it. Dia hidang sekali dengan telur dadar hence the name Laksa Telur Goreng Bersarang. Selalunya telur rebus kan. Namun kali ni tekstur telur dadar tu dikatakan dibuat mirip macam sarang burung dibuat mengguna rumput kering tu tapi ni versi lebih lebar, rata dan boleh dimakan. Elemen hipster, checked. Terus curious nak rasa. Hipster fans would be like "MARILAH AMBIL GAMBAR LEPAS TU UPLOAD DEKAT INSTAGRAM SUPAYA DAPAT BANYAK LIKES SAMBIL MEMAPARKAN LIFESTYLE YANG BEGITU BAHAGIA!!!"


Cumanya aku perasan kedai ni agak celah bedah sikit lah. Lokasi dia macam ke dalam sikit masuk dalam area perumahan. Masa nak belok salah satu simpang dia pun macam ada semak-semak sikit tak tau petanda begitu kebetulannya elemen setinggannya tema cafe dia tu. Tapi tak adalah dalam hutan ke apa sampai kena jungle trekking bawa parang. Cuma mungkin ni kawasan baru. Kawasan yang tengah rancak dengan pembinaan rumah semua. Still lagi bare dan agak legang.

Walaupun lokasi dia celah-celah bedah namun di saat tiba dekat kedai dia tak jadi bedah langsung  dah sebab ramaaaai orang. Semua duk tengah beratur nak ambil giliran laksa memasing. And this is at 4p.m. Kalau lunch hour? Berlaga bontot lah korang time nak ambil laksa. So elakkan waktu lunch hour dan public holidays, mungkin pengalaman anda untuk merasai menu ini akan menjadi lebih selesa dan tenteram. Ada orang depan aku order dalam 8 mangkuk sekaligus aku macam wow! bawak sedara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga ke? Don't tell me that I didn't warn you guys. Restoran dekat sebelah dia punyalah hambar in comparison acik tu hayun jelah anak dia dalam buaian sebab customer tak ramai sangat. Beza gila.


The Taste:


It was good! It turned me from Laksa Telur Goreng Bersarang to Laksa Telur Goreng Bersarang-hae! *wink, wink* The portion is big enough for one people, for me at least. Telur dadar dia, surprisingly, walaupun dah kena curah dengan kuah laksa still maintain kenyal. Aku mula-mula ingatkan dia akan lerai dan rapuh sekali. Tapi tak rupanya. Walaupun laksa (bukan laksa beras) dan telur (telur kosong) pada pendapat aku sebenarnya rasa common sahaja aku lebih tertarik dengan kuah dia. Agak pekat dan sedikit pedas. Tak ceroi lah boleh rasa isi ikan dia. Dan rasa masam dia pun cukup tak payah letak limau nipis ke apa dah. Memang habis kuah dia aku hirup. This is rare ok. Aku macam ni aku ke apa ni tetiba boleh habiskan kuah laksa?



Cumanya rencah dia macam sikit. Tak meriah. Timun dengan bawang dia sikit saja and I wish they put more bawang because I love bawang in laksa! Selain itu rencah tipikal lain seperti cili merah dan daun salad tidak pulak kelihatan. Mana yang tak suka sayur tu boleh lah macam menarik sedikit nafas lega tak payah nak pilih-pilih bagai. ZZzzzzZZZzzz.


But other than that, it was worth my time and money. Harga pun dalam range ok-ish. RM4.50. Plus masa nak order tu yang mana ada perut 8 dan nafsu makan yang sangat besar boleh lah siap-siap pesan nak extra laksa ke, tambah fishcake atau fishball ke ataupun nak laksa saja pun boleh. Aku juga ada perasan dekat area luar ada satu lagi kaunter jual menu lain iaitu Nasi Ayam Berempah. Aku rasa ni menu baru before ni tak ada pun. Yang ni pun tengok cepat juga habisnya. RM5 sepinggan. Aku tak sempat nak rasa menu ni sebab 1) perut dah kenyang 2) bila pergi usha ada satu ketul ayam je yang tinggal pun saiz tak semenggah aku nak beli. Kalau nak lain kena tunggu dia goreng which is excuse me, I'm busy liddat. Mana ada masa nak tunggu dia goreng ayam batch baru! *diikuti oleh rolling eyes oleh para pembaca* 

Oh, kalau nampak macam penuh line korang boleh je nak tapau sebenarnya. Cumanya kaunter dia asing-asing ye. Tapau = Kaunter luar, Dine in = Kaunter dalam. Harap maklum.

Address:

Cafe Setinggan: Laksa Telur Goreng Bersarang
1, Jalan Margosa B/15
31350, Ipoh
Perak. 

*Open every day except on Friday
12pm-7pm

Cawangan Baru Kedua 
Kompleks Silveritage Galleria,
Medan Gopeng.

Facebook Fan Page: Link 1

Sunday 24 December 2017

Kunjungan Pertama: IPOH Hainan Chicken Rice

Kalau sebut 'Ipoh', menu yang paling famous sekali orang akan kaitkan ialah Hainanese Chicken Rice tapi orang tempatan selalunya akan sebut Hainan Chicken Rice sahaja (HCR). Secara asasnya HCR  ialah sejenis menu yang terdiri daripada nasi beraroma wangi yang dimasak dengan stok ayam berserta lauk ayam stim empuk tanpa tulang yang disiram bersama kicap soya disamping sayur-mayur (timun, tomato etc.) dan kuah sup.

Tapi dekat Ipoh ia lebih dikenali dengan nama Bean Sprouts Chicken atau dalam Cantonese nya dipanggil sebagai 'Ngah Choi Kai'. Kalau dalam BM lagi senang cerita panggil 'Ayam Taugeh' saja. Lagi senang. This menu is so famous ada yang sanggup turun ke Ipoh pada waktu weekend semata-mata untuk makan menu ini ataupun kalau setiap kali singgah dekat Ipoh tak sah kalau tak makan. And there is a lot of restaurants selling only this type of menu here. Like a lot.

Namun apa yang tak bestnya ialah mostly restaurant Ayam Taugeh dekat sini dikategorikan sebagai tidak halal. Kebanyakan owner adalah chinese and mostly sangat susaaaaaah (nampak tak  dia punya susah) nak cari outlet yang halal. This is the main reason yang aku rasa most people especially muslim that are from other places outside Ipoh macam tak tahu Ipoh ni famous gila dengan Ayam Taugeh. Oh, heck even for me as a Perakian pun tak tahu menu ni begitu sinonim dengan bandaraya Ipoh until I have been asked by tons of people with the same question 'Dekat Ipoh mana Bean Sprouts Chicken paling sedap?'. Dan usually aku macam blur nak jawab apa. Atau mungkin aku je yang duduk bawah tempurung semua orang actually dah tahu. If that the case.... =(

Of course lah after all that burning questions I need to do some of my own research about this dish but ended up zero result. Zilch! Sebab mostly semuanya non-halal. Until I found 'Ipoh Hainan Chicken Rice' *mata bersinar*
Source | Kamalmo
Tetapi berdasarkan pada review-review yang aku lihat orang kata this is not even that close kalau nak dibandingkan rasa dia dengan the original, I mean the non-halal one. And I was like jadilah. At least dapatlah rasa macam mana rasa dia kan? But before that guys. Some clarification.

Tipikal menu HCR adalah macam dekat apa yang aku gambarkan dekat bahagian intro tetapi menu ini akan berubah-ubah, kalau tak banyak sikit, bila berada di negara-negara lain. Dekat Malaysia or specifically dekat Ipoh selalu digandingkan dengan taugeh. Manakala franchise 'The Chicken Rice Shop' (bukan sekadar nasi ayam~♫ kwok! kwok! kwok!) pun dikategorikan sebagai HCR tapi dia dah fusion dengan pelbagai bahan. Dan bagi bangsa Melayu HCR lebih dikenali sebagai 'Nasi Ayam'. Yes, that nasi ayam but minus lauk taugeh. There are coming from the same thing but different in taste. Jadi apa yang aku nak rasa disini ialah HCR versi Ipoh yang ada lauk taugeh tu. 

Welcome! You will be seated at this table
Ipoh Hainan Chicken Rice ada dua cawangan buat masa ini dan aku decide untuk pergi yang dekat cawangan area Anderson Road. I will link both addresses at the end of this blog post. Nanti kalau nak pergi Waze saja alamat tu nak pergi yang mana. Ok, bila pergi branch ni expect heavy traffic especially during peak hours sebab dia terletak dekat tepi main road. Kalau nak lagi senang pergi branch Greentown sebab kedai dia dalam area gated parking lots.

Bila masuk saja macam gelap juga restoran dia. Macam teduh tak cukup lighting macam tu. Dan aku risau juga nanti nak tangkap gambar nak kena on flash ke? Nevertheless kalau panas-panas terik dekat luar environment macam ni ok juga sebenarnya (untuk tidur).

The Taste:


I ordered 'Roasted Hainan Chicken Rice' (RM6.15). Harga dia quite reasonable juga. Dia ada lagi satu dish signature iaitu 'Steam Hainan Chicken Rice' and I should pick this one instead. Tapi dah terorder makan jelah apa ada. Maybe next time. And guess what lauk taugeh dijual berasingan dan aku kena order ia sebagai side dish dan harga dia agak mahal juga (RM5.85). Tambah lagi seringgit lagi dah boleh dapat satu lagi set Roasted Chicken Rice. Okayyy. Since yang versi tauge tu lah yang aku nak rasa mestilah kena order side dish ni. Tapi kalau nak jimat tak payah order pun boleh tapi takde lah unsur Bean Sprouts Chicken nya. Tak ke sia-sia datang. Baik pergi medan selera order nasi ayam bukan?


Nasi dia macam tawar. Rasa agak bland. Aku da suspek awal-awal sebab warna dia pun macam agak putih macam nasi biasa. Aroma stok ayam macam kurang dan tak menusuk kalbu pun. And the chicken texture was ok-ish. Walaupun pada mulanya tengok kulit roasted ayam dia bersinar-sinar kelazatan. But the problem is kuah dia agak masin untuk selera aku. Terkejut kejap. But I bet orang yang suka makan masin-masin ni will love this one. Mujur ada sambal cili dia. So for the whole time aku depends makan nasi dengan sos ni lepas tu letak lak sos kicap tu sikit. Kalau makan kuah kicap tu semata tak ke terkebil-kebil nak habiskan.


Bila 'Steam Bean Sprouts' ni tiba di meja aku macam kejutan budaya sekejap sebab portion dia baaanyaak. Adalah dalam 300gram. WELL THAT EXPLAINED THE HEFTY PRICE. Kalau sorang memang terlebih-lebih tak habis. Siap terfikir macam nak sedekah sikit lauk ni dekat meja sebelah tapi since nanti orang  ingat aku buang tebiat ke apa baik aku tapau bungkus bawa balik saja. Aku rekomen 2-3 orang untuk satu serving ni.

To be honest walaupun taugeh di crunchy sos kicap dia sebijik rasa macam kuah kicap dekat Roasted Chicken Rice tu tapi versi sedikit cair. Sebab rasa dia pun masin juga. Hahaha. Ya ampuun. Tapi since kuah dia tak meresap dalam taugeh (sebab steam sekejap) rasa dia tak masin pun. You can ignore the kuah kicap.
Ada kacang dalam sup.
Overall aku macam dissapointed sikit. I mean I wish the taste was a bit better despite me having some low expectation. But mungkin aku je kut. Since aku tengok ada saja orang keluar masuk restoran ni walaupun tak ada lah sampai penuh meja. Senang cerita datanglah sendiri and judge it by yourself. Mungkin hari yang aku pergi tu tertumpah garam ke apa manalah tau.  

Oh, ada lagi 2 side dishes yang orang ramai duk rekomen untuk dirasa tapi aku tak berkesempatan nak order. Kalau order juga memang confirm tak habis. I might order it if I come with friends. Boleh cuba 'Deep Fried Beancurd in Oyster Sauce' dan 'Kerabu Manga'. I heard waay more positive reviews regarding these two. So you might want to try them also.

Address:

Branch Anderson Road
107, Jalan Raja Musa Aziz,
Kampung Jawa,
30300 Ipoh, Perak 

Branch Greentown
B-G-13, Greentown Suria,
Jalan Dato Seri Ahmad Said,
30450 Ipoh, Perak

Business Hour: 10am-10pm

Thursday 21 December 2017

Gigitan Pertama: Matcha Azuki & Salted Egg Hokkaido Baked Cheese Tart

Waktu terakhir aku menjamah Hokkaido Baked Cheese Tart (HBCT) ni rasanya dalam akhir tahun 2016 lepas. Lepas tu memang tak berkesempatan langsung nak sentuh apatah lagi nak makan bila dah berpindah ke kawasan lain. Waktu ni HBCT ni masih lagi berstatus setahun jagung maka kebanyakan branch dia hanya terletak di sekitar area Klang Valley saja. Kalau duduk area luar memang tak la nak dapat jumpa benda ni. Lagi-lagi kalau yang duduk celah bedah ntah mana-mana berangan lah ko nak beli satu.

Luckily starting from this year HBCT ni dah mula menular ke negeri-negeri lain. Bila akhirnya terjumpa satu branch dia, aku perasan kenapa meriah sangat tart-tart dia susun dekat kaunter tu? Banyak pulak dulang-dulang dia. Kemudian macam terperasan ada tart yang filling dia berwarna hijau. Terus iris mata bertukar kepada mode burung helang dan dalam hati terus bermonolog dalaman secara menyeloroh ''PERISA MATCHA KE APA NI?!!" *berdengus kencang* Tapi disebabkan tengah kejar masa tak sempat nak singgah. Bila check dekat FB fan page dia rupanya memang diorang dah muncul at least 2 perisa baru tahun ni. And I was like..


Setahu aku franchise ini bermula dengan perisa Original kemudian diikuti dengan perisa Coklat. Dua-dua perisa ni dah aku cuba dan bebelkan dalam blog post lepas. Boleh klik link dibawah jikalau rasa nak baca. 

⇒ Gigitan Pertama: Original & Chocolate Hokkaido Baked Cheese Tart

Cuma yang beza sekarang perisa Coklat dah upgrade wajahnya dengan kehadiran kacang-kacang sebagai topping dia.

Ok, kembali dengan perisa-perisa baru dia, 2 perisa baru tersebut ialah Matcha Azuki Cheese Tart (since August 2017 kalau tak silap) dan yang paling latest sekali ialah Salted Egg Baked Cheese Tart.

Dari kiri Matcha Azuki dan Salted Egg
Since I'm a big, big, big fan of Matcha (please kalau tulis perisa ni ejaan kena betul. Jangan lupa letak huruf 't' nanti jadi maksud lain) ko rasa lawak ke tak lawak kalau tak cuba beli satu dan rasa? Dan alang-alang sekali baik rasa Salted Egg juga.

  • Matcha Azuki Hokkaido Cheese Tart



Satu benda yang aku notice ialah kenapa nama dia tak ada perkataan 'Baked'? Musykil betul sebab kalau perisa lain mesti ada perkataan ni. Kemudian aku check lah post lain dalam FB Page dia kut-kut lah terlupa nak letak ke tapi bila mention saja perisa ni memang tak ada perkataan 'Baked' tu. Weird. I have my own theory about this but I'll tell you guys later. 

Disebabkan warna hijau dia pekat lain macam aku dapat rasakan ni mesti guna serbuk Matcha yang selalu orang guna dalam pelbagai produk 'Green Tea' di pasaran. Sebabnya warna asal green tea bukanlah sekuat hijau macam ni. Yang ni usually letak colouring hijau saja. Nak bagi lebih vibrant untuk tampak lebih menarik dimata pelanggan. Oh! Dan bukan itu sahaja, selain Matcha dekat tengah-tengah dia ada macam bintat gelap dan ia bukanlah penanda kulat ke apa, itulah Azuki nya. Azuki「小豆、あずき」bermaksud Red Bean.


Matcha dan Azuki ni memang selalu dihidangkan bersama umpama seperti Romeo and Juliet, Bonnie and Clyde, Laila dan Majnun etc. sebab dikatakan kombinasi kedua-dua ni serasi. Rasa pahit Matcha ni dapat diseimbangkan dengan rasa manis Azuki.

And the taste was so-so. The bitterness was nowhere to be found.  Kehadiran rasa Matcha tu ada tapi dia lebih ke arah manis saja. Manakala portion untuk azuki dia pula memang banyak. Tak kedekut. But it was still weird for me in a sense kalau Matcha macam tak pahit motip letak azuki? Natijahnya rasa azuki macam overpowered perisa Matcha pula. Mungkin disebabkan Malaysian loooove sweet stuff kalau dia versi pahit pula tak ramai rasa nak beli. But since Matca is a niche flavour rasa pelik pula kalau tak rasa pahit walaupun sikit. Bagi aku lah. 

Tekstur filling Matcha dia pula tak lembik kalau nak compare dengan perisa-perisa lain. Way moore solid than the rest. Mungkin sebab nak hold kedudukan azuki dekat tengah-tengah tu since texture for both Matcha and Azuki more or less are the same. Kecewa sekejap sebab elemen isi lembik tu lah antara penyebab utama aku duk mengulang makan benda ni.

Maybe ni lah sebab mengapa perkataan 'Baked' tak ada dalam nama dia! #teorikonspirasi. Cuba perati kalau ada perkataan Baked mesti illustrasi gambar tart yang telah dipotong dua tengah-tengah dia lembik sampai tertumpah keluar. Manakala gambar untuk perisa Matcha tak pula. Ataupun memang diaorang malas nak letak perkataan tu aku je fikir melebih-lebih.

Price: RM5.80 per piece

  • Salted Egg Hokkaido Baked Cheese Tart

Aku mula-mula ingatkan ni Salted Caramel. Namun bila baca nama dia balik dalam keadaan waras dan tenang rupanya Salted Egg, aka telur masin. Which is unique dan aku rasa sangat worthy untuk dirasa. Mana ada jumpa perisa macam ni dekat pasaran mainstream diluar sana.

Senang cerita filling utama dia ialah original baked cheese tapi dekat tengah-tengah dia letak telur masin. Bila dah start gigit dekat bahagian tengah rasa macam wow! Rasa apa ni? Kejutan budaya kejap sebab kombinasi cheese dengan telur masin ni memang first time tunas lidah aku rasa. Tapi tula dah nama pun 'kejutan budaya kejap' jadi kejap je lah rasanya sebab telur masin dia keciiiikkk mengalahkan saiz telur kuning gred C. Ngap 2 kali dah habis. Tak sama pun saiz dalam gambar. =(

By the way telur dia takda la masin macam telur itik masin yang kita selalu makan dengan kuah pajeri tu. Senang cerita rasa tak masin pun. It's just there. 


Mungkin kalau dia bagi portion saiz telur masin tu macam portion azuki dalam Matcha dekat tart atas tu maybe impak dia akan lebih terasa? Or mungkin aku saja yang bernasib malang dapat tart yang telur masin dia kecik. 

Tapi aku tak boleh nak menidakkan lah lepas makan ni, aku lebih curios nak cuba macam mana rasanya Mooncake tu. Iye, aku tak pernah rasa mooncake lagi walaupun berabad dah hidup dimuka bumi ini. Sebab harga dia mahal woi seketul. Plus, aku tak jumpa lagi mana-mana brand yang aku berani nak beli nanti kalau tersalah beli rasa tak sedap kemudian hidup dalam persepsi yang salah rupanya aku beli brand yang memang tak sedap. 

Price: RM6.60 per piece

Overall both flavours were ok-ish. Aku lebih prefer lagi perisa original dia lagi. 

Nota kaki: Sebelum start kena bash, jangan risau aku tau kewujudan satu lagi perisa dia iaitu Durian Hokkaido Baked Cheese Tart. Perisa ni lagi laaama kewujudan dia daripada Matcha. Tapi since aku tak rasa lagi makanya aku tak boleh nak cerita lebih-lebih. But worry not, kalau aku dah rasa aku akan review kelak bersama dengan perisa-perisa baru yang lain.

Aaa.PA!? Perisa baru yang lain?! Yes! There will be more new flavours. Sebab aku ternampak branch HBCT dekat negara lain. Setakat ni mereka ada perisa blueberry dan strawberry. Aku macam eksaited pula nak rasa perisa strawberry ni. 

Friday 10 November 2017

Sign of the Times

Hey guys! It's been a while. Taking a month break from writing anything in this blog without any advance notice is quite tame coming from me y'all! Apalah sangat sebulan kan menyepi? Aku dah pernah buat lagi lamaa lagi daripada tempoh waktu ni. Still ok saja kan? No one is getting hurt. No one cares really. Bitter tetiba.

Let's say something came up and effect my whole mood. I no longer interested to write anymore. Despite of me having tons of ideas to write dozen of blog posts I felt demotivated. I felt what's the point with writing anymore. This feeling, this shitty felling is normal for me I guess. It will come on and off suka hati dia saja. Kalau ada yang follow blog ni sejak 2014 lagi, mesti perasan my personal pattern ni.

1. Beriya update blog. Siap kata this comeback will change the content of this blog. 
2. Promising tons of contents and constant update (janji manis, tanam tebu)
3. Everything seems good... for a while
4. Starts to miss deadline.
5. Vanish for a month or two or even years.
6. Repeat the cycle

Lepas tu merungut kata kenapa tak ada readers? Hello.. keep your blog updated consistently first and then we can start talk about numbers. lol. Ni macam split personaliti pulak tiba-tiba gaduh dengan diri sendiri dalam ni.

And I wish I could say this. "Hey guys! Guess what? Despite of me not actively writing post last month, I've secretly have completed a side project called 'XXX' and I will publish it soon. Yay!"
But guess what? I've done nothing. What a bummer. Life has become cruel lately and I'm not blaming life for it. It's solely because of me. Listening to Amy's Back to Black seems more appropriate now. ☺

This started to become a ranting post pulak kan? Sedar tak sedar panjang pula taipnya. And I've noticed if I am ranting in a super saiyan mode I will write in English more. Like wth? English will not turn your ranting stuff into some sophisticated high quality content. PLUS your English is not even that good. <<< Split personality lagi. Oh, jangan salah faham. I'm not writing this post to beg for supportive comments, motivation etc. It's more like a reminder to myself that I need to fix my shit up and not live in some delusional fantasy bubble anymore. Or maybe I'll stuck there and then gone forever. We never know~! *mengilai*. Wtf with me? Hahaha. Cerita pasal something lepas tu sidetrack cerita something yang dark and gloomy pula. 

The point is... I'll try to figure out what contents that I want to write after this because some of previous blog posts felt kinda 'off' or 'forced'. I need to fix this first. Then I'll write something up. Maybe about my cats? or my experience being a farmer in Stardew Valley or maybe nothing at all and vanish for another 3 months the write something similar like this post again but with GIFs! lol. You can start your betting now!

So see you soon?

Monday 2 October 2017

Weird Japanese Band/Group Names

Japanese pop ataupun lebih dikenali dengan singkatan J-Pop ialah genre muzik yang datangnya dari negara matahari terbit yang sememangnya tak payah diperkenalkan lagi semua orang dah tahu kewujudannya. Selain dinobatkan sebagai industri hiburan kedua terbesar didunia selepas Amerika  Syarikat(ka-ching!), J-Pop juga sering dikaitkan dengan imej group yang terdiri daripada ramaaaii manusia kadang-kadang ada berdozen-dozen ahli didalamnya. Tak kiralah kumpulan lelaki atau perempuan kalau yang first timer tengok boleh kejutan budaya lantas terus give up balik lari ke Malaysia semula dengar lagu dari Kumpulan Elite dan KRU sahaja.

In Japan once you have made a dedicated fan base for your group, mereka-mereka inilah akan beli semua produk keluaran ko tak kira lah apa jenis produk pun sama ada album ke, merchandise, handshake event ke, tiket konsert ke sehinggalah ke benda sekecil-kecil alam seperti tuala pengelap peluh, semua diorang akan beli tanpa berfikir dua tiga kali. Malah ada yang obsess akan beli sampai lebih dari 1 unit. WOI KAYA LAH! Kalau aku macam buat badge bodoh-bodoh guna MS Paint lepas tu jual dengan harga mahal. He he he. Amalan terkutuk. Disebabkan ini lah banyaaaaaak sangat group baru akan muncul setiap hari di Jepun untuk mencuba nasib sampai industri ni jadi saturated dengan kewujudan pelbagai jenis kumpulan. Sampai tak terkejar lah.

Kalau nak cerita pasal J-pop ni memang banyak benda boleh cerita sampai subuh pun tak habis. Sebab banyak interesting facts dan strategi perniagaan daripada record labels ni untuk bagi artis diorang laku yang boleh aku boleh kupas dan cerita. Kalau korang macam berminat untuk aku cerita pasal benda ni boleh lah komen di ruangan bawah atau mention me dekat any my other media social dengan hashtag #KamiMahuLagi. Haaa! Taulah aku ada orang berkenan nak dengar cerita pasal dunia yang melagho dan bersifat duniawi ini. lol. Walaupun aku rasa tiada yang akan buat. Aku macam acah-acah je lah berlakon nanti aku nak cerita juga di masa hadapan.

Tapi kali ini kita amik topik yang 'light' sikit dimana kita akan bercerita pasal kumpulan yang nama dia pelik-pelik belaka. Tapi aku akan ambil nama daripada group-group yang sama ada sudah mainstream, famous or at least termasuklah dalam carta macam tu. Kalau nak amik group indie atau yang suam-suam kuku nanti sampai ke sudah tak habis. Sebab ada baanyaaak. Mungkin aku akan lanjutkan dalam bahagian kedua ke apa. Haa! ko tengok belum apa-apa dah fikir nak buat segmen kedua dah. Zaman ni kan kalau ada peluang nak buat sequel memang dia nak buat.



Tapi sebelum tu guys, J-Pop dan K-Pop adalah dua benda yang berbeza tapi kadang-kadang aku stress bila wujud manusia ignorant lagi-lagi konon nak mengeji perbuatan mendengar lagu-lagu K-Pop itu ialah perbuatan terkutuk tapi pada masa yang sama dia tak perasan yang lagu yang dia kutuk tu adalah lagu yang berasal dari Jepun bukan dari Korea. Bukan main pum pang pum pang keji tapi fakta salah. Selain faktor bahasa ada beza style dua muzik genre ini but I'm not going to talk about this now. Sempat lagi berceramah kan. Tengoklah intro pun dah panjang lebar begini. Baik buat podcast lah!!

Oh by the way, kali ni aku amik dalam 5 group sahaja. Ada lagi banyak dalam list tapi kita mestilah bersikap bersederhana. Jangan over lah bebel sampai 20 group woi sapa larat baca. Walhal aku sebenarnya macam penat taip dan cari info. Wakakak. Bukan apa, nampak saja blog post pendek macam ni tapi dalam 2 hari lah juga duk buat. 

Ok, marilah kita mulakan dengan kumpulan pertama.


1. Mr. Children (ミスターチルデレン, Misuta Chirudoran)

First Impression:

Bila pertama kali aku dengar nama group ni aku macam wuut the wuuut! Ni group terdiri daripada budak-budak remaja ke tapi nak bagi imej matang sikit letak lah perkataan Mr. dekat depan tu. Plus aku pernah fikir ke satu tahap entah-entah ni group orang dewasa tapi kena berlakon happy riang tak bertempat kena menari disamping kanak-kanak tadika macam cerita High 5 dekat TV tu. Dah lah kena berlakon happy lepas tu kena pakai baju ketat warna-warni. =(

Fact:

Mr. Children ialah diantara kumpulan rock yang ditubuhkan pada tahun 1989 dan mula femeeeesssss di arena hiburan mainstream di Jepun dengan album debut mereka pada tahun 1992. LAMA GILA DAH! Pangkat atuk-atuk dah ni. Tapi jangan dipandang enteng, mereka sudah terjual 50 juta records dan 30 kali berturut-turut lagu-lagu mereka menduduki tempat pertama dalam carta. Back to back! Impressive! Atuk masih berbisa ataupun atuk kaya loaded masih berbisa!!

Mesti korang macam pessimist kan sekarang tahun 2017, relevan lagi ke? I mean kumpulan macam Wings, Search dekat Malaysia pun dah lama terkubur tu pun kalau perform repeat lah lagu-lagu lama zaman kegemilangan mereka. Dik, *gelak sinis* their latest single, single yang ke 37 bertajuk 'Himawari' dapat nombor 1 untuk both carta Oricon dan Japan Billboard Chart. See atuk-atuk ini masih lagi berbisa.

Origin Nama Kumpulan:

Alkisahnya masa diorang tengah dinner tetiba masa borak tetiba mereka rasa sedap pulak nama Children ni kalau dibuat nama band. Orang Jepun sebut as Chirudoran. Secara amnya perkataan English dalam dunia Jepun ni selalunya kedengaran macam cool bunyi dia. Lainlah macam kita mesti macam mende letak children-children ni. Tapi culture lain-lain dik kena paham. Tapi disebabkan diorang ni sedar diri tu dah berusia, maka lebih afdal kalau diletak Mr. dihadapan perkataan children tu supaya tampak lebih sesuai.

Bonus:
I love, I love, I love their song titled 'Hanabi' (Fireworks). Kalau waktu sedih dengar lagu ni terus ada semangat sedikit untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Definitely one of my personal favourites.

2. L'arc~en~Ciel (ラルク アン シエル, Raruku an Shieru)

First Impression:

Astaga sis! bro! Macam mana nak sebut nama kumpulan ni? Boleh belit lidah. Ada pengaruh-pengaruh french ke? Aku punya lah tak kuasa nak tahu sebutan betul group ni sampailah saat aku buat entry ni. Nampak tak bertahun-tahun aku macam buat dek je. Kalau nampak nama ni aku macam 'hurmm'. Haha. Lepas tu aku mesti duk bayang ni group ni persis metal grunge rambut serabut gerbang-gerbang ke?

Fact:

Aha! This time around tekaan aku hampir tepat. Nama kumpulan ini memang berasal dari french yang bermaksud 'The Rainbow'. Tapi pelangi tak pelangi ini adalah kumpulan rock! Cumanya style rambut masing-masing macam model iklan produk Gatsby. Takde gerbang-gerbang macam rock kapak tu. Tu era bila kan? Semua orang dah move on lah. Aku duk imagine yang dari kanan tu mungkin pakai wax Gatsby packaging warna oren, kemudian yang tengah maybe biru. lol. Cumanya yang beza group ni dengan Mr. Children ialah of course faktor usia dan style lagu mereka. L'arc ni lebih kepada fast pace dan banyak diiringi dengan electric guitar. Muzik rock  berjiwa muda macam tu while Mr Children macam rilek steady mengundang nostalgia.

Origin Nama Kumpulan:

Ok ada dua versi tapi mana satu yang betul aku pun tak pasti. Yang pertama katanya salah satu member dia mengambil inspirasi nama kumpulan ni dari sebuah filem french yang dia tengok masa muda-mudi dulu yang bertajuk 'The Rainbow'. Versi kedua pula diorang amik nama kumpulan ni dari sebuah cafe. Wakakak. Cafe kan kadang-kadang nama dia kalau in french mesti orang terpegun kagum tapi entah-entah maksud dia telur dadar.

Bonus:

Kalau pernah tengok anime Samurai X, lagu mereka yang bertajuk '4th Avenue Cafe' ada pada salah satu ending anime ini. Lepas dengar rasa macam kembali pada zaman sekolah pula. =") Yelah Samurai X kan masa zaman silam dulu waktu TV2 pasang anime diwaktu petang. Aku ingat lagi.

3. Momoiro Clover Z (ももいろクルーバーZ, Momoiro Kuruba Zetto)

First Impression:

Dah lah panjang nama dia lepas tu macam berbelit-belit nak sebut. To be honest aku kenal group ni masa ter stumble dengan cover single diaorang yang ni dalam satu artikel. Macam random encounter macam tu.



Aku stressss tengok apa benda yang balut muka diorang ni siap ada duri-duri tajam macam durian musang king ni. Group pelik mende ni? Walaupun style ni extreme aku rasa tapi aku tak terasa pun nak check out style muzik diorang. Sampailah berita mereka akan menyanyikan opening song untuk siri reboot Sailormoon yang terbaru.

Fact:

Rupanya setelah membuat sedikit kajian Momoclo ni rupanya idol group cumanya style diorang bawa kadang-kadang agak sedikit extreme. Muka balut macam kulit durian tu adalah salah satu imej yang mereka selalu bawa. Tapi selalunya imej mereka macam gambar dekat atas. Setiap member ada warna mereka sendiri. Setiap lagu ada imej atau tema baju tersendiri tapi warna mereka tetap sama. Konon ada satu masa pakai baju samurai lah, power rangers lah tapi warna tu tak boleh lari. Dan jangan pandang sebelah mata, mereka ni nampak je kawaii tapi live performance energetic, melompat-lompat macam gymnastik. Terkinja-kinja atas pentas tapi tak mengah. Damn. Plus mereka ni pernah jadi opening act untuk konsert Lady Gaga. Mampu? Tak kan. 

Origin Nama Kumpulan:

Nak dijadikan cerita dulu-dulu masa group ni ditubuhkan ada 6 members dan dinamakan sebagai 'Momoiro Clover'. Momoiro ialah warna 'pink' dalam bahasa Jepun dan Clover tu refer kepada daun kelopak 3 atau 4 dimana orang-orang anggap ia akan membawa tuah. So literally kumpulan ini dipanggil sebagai 'Pink Clover' yang membawa erti gadis-gadis inesen yang ingin membawa kegembiraan pada dunia ini. Kemain moto kumpulan kan. Tup-tup tetiba salah satu member berenti macam apa ni kan? Last-last management diorang tambahlah huruf Z di akhir nama kumpulan tu. Katanya di Jepun huruf Z ni membawa erti evolution. Macam mati hidup semula macam tu. Sekali femeeeees pulak. Adoi! Berkepuklah akaun bank masing-masing.

Bonus:

Lagu tema diorang untuk 'Sailormoon Crystal' yang bertajuk 'Moon Pride' terus menjadi kegemaran selepas sekali dengar rasa tiba-tiba bersemangat nak tendang orang. Macam level adrenaline tu naik mencanak. Gila kau muzik bridge dia ada electric guitar dengan alunan piano yang sungguh bersemangat!

4. Greeeen (グーリン, Gurin)

First Impression:

Ok, aku kenal mereka dari lagu OST JDorama, kalau tak jangan harap aku akan tetiba datang interest minat nak dengar. Lepas tu check nama penyanyi dia ialah 'Greeeen'. Ye, dengan empat huruf 'e' lantas membuatkan aku menjerit keberangan eeee!! Gatal mata tengok macam nak betulkan ejaan tu balik. Ejaan dengan extra huruf ni seolah-olah nak suruh kita eksaited pula nak sebut nama dia.

Fact:

Greeeen ialah kumpulan pop rock/hip-hop yang berasal dari daerah Fukushima yang terdiri daripada 4 ahli kumpulan dimana identiti masing-masing adalah rahsia. Macam kumpulan Gorillaz lah ni. Sebab tu gambar pun tunjuk bayang-bayang saja. Dikatakan sebab menutup identiti bagai ni bukan sebab malu ataupun ingin menutup aurat tetapi takut nanti clash dengan profession diorang sebagai dentist. Yes, you read it right. Empat-empat ahli kumpulan ini adalah dentist. Tak sangka lah aku pun baru tahu sebenarnya. Sudahlah ada kerjaya tetap kemudian ada pula side income jadi artis. Femes pulak tu. Duit mesti berkepuk-kepuk dalam bank. Tiba-tiba rasa diri ni suck gila. Demmit.

Origin Nama Kumpulan:

Aku stress sebab tak dapat info kenapa huruf e tu sampai ada empat. Diorang punya berahsia sampai info ni pun susah nak cari. Tapi kalau korang perasan dalam gambar dekat atas tu logo group ni seakan smiley yang nampak gigi kan AND I WAS LIKE MIND BLOWN KEJAP. Memang sah lah ada pengaruh doktor gigi mereka ni kuat betul. 

Bonus:

JDorama yang aku maksudkan ialah 'Voice'. Tajuk lagunya ialah 'Setsuna'. I really like the lyrics. PV dia random gila jalan cerita dia aku stress tengok. Hahaha. Kumpulan ni mengundang tekanan betul.

That's it for now. Ni baru 4 aku ada lagi beberapa group nak cerita di kemudian hari. 4 pun dah berjelan. Ni baru nama Japanese band tak masuk lagi nama Korean band yang pepelik lagi. Tak ke banyak benda boleh cerita. Berbuih-buih mulut lah rasa woi. Haha. So what do you guys think? Setakat ni dalam list diatasa nama mana yang paling pelik dan menimbulkan perasaan tak puas hati korang? Tinggalkan komen anda dibawa untuk melempiaskan emosi korang tu. See you in the next entry.

Wednesday 27 September 2017

Random Rants #9

Ahh~! It is that time again. Bukan sebab tak ada benda nak diceritakan lantas terus nak buat entry filler aka 'Random Rants' cumanya aku rasa demotivate lagi nak terus update blog ni. Kalau perasan gap antara entry usually aku buat gap antara 2-3 hari tapi lately ni paling lama dah jadi 5 hari. Which is not a good sign.



1. Isu dalam konsisten untuk update blog ni dah lama daah tersemat dalam jiwa ni kadang-kadang rasa macam sebati pula. Bukan dalam konteks untuk update blog saja tapi benda-benda lain juga. Aku suka beriya hype itu ini bagai masa nak mulakan apa-apa projek last-last terbengkalai ditengah jalan. Lagi-lagi kalau tak ada sebarang positive outcomes atau lebih teruk lagi tiada response langsung mengenai satu-satu benda yang aku dah buat. Namun mujurlah siri 'Game of Serkap' aku berjaya habiskan. I mean satu achievement lah kan. Walhal masa episod 5 aku mula dah start rasa suam-suam kuku semangat nak menulis. Kejayaan ini selayaknya dibuat kenduri pulut kuning (beserta kuah kari ayam dengan kentang, telur rebus, air sirap limau, eh mende tetiba list kan menu pula) kerana ia jarang-jarang berlaku.

Untuk apa tulis beriya-iya habiskan 5-6 jam untuk satu entry tak masuk lagi waktu dihabiskan untuk second edit pada hari kemudiannya kalau tak ada sebarang sambutan? Haa macam tu. Eh, jap? Macam dah pernah cerita je pasal kekecewaan ini dalam Random Rants sebelum ni kan? lol.

Ok, ok. Marilah kita berubah ke isu lain seperti ada satu-satu masa ni aku macam rasa reluctant nak teruskan buat Segmen 'Gigitan Pertama' dengan 'Hirupan Pertama'. Bukan disebabkan pasal segmen itu sendiri tapi pasal produk makanan atau minuman yang selalu menjadi pilihana aku ialah jenis murahan yang macam ada ke yang nak baca? Yelah, selalunya kan orang review benda-benda hipster dan trendy aka makanan mahal bayar sekali kalau tak RM50 tak sah. Tapi bila fikir apa salahnya kan at least aku bebel pasal benda yang orang lai tak terasa nak buat pun. Ada niche blog disitu. As time goes by kita naikkan lah budget segmen tu nanti. Daripada ais krim Paddle Pop watermelon murahan berharga RM1.50 kepada ais krim Magnum wow! RM4 sebatang. Kalau ada 5 perisa baru, lima-lima kita beli sekali harung buat review.

Blogger Famous N: "Hahaha *gelak bitchy* Magnum je taraf ko mampu ke dik? What about Affogato? Creme Brule? Poire belle Helene? Souffle?"

Me:









2. Aku baru lepas pergi Ipoh untuk mini trip weekend lepas. Tapi aku masih lagi berkira-kira nak cerita ke tak nak dalam blog ni. Kemudian nak cerita the whole trip ke ataupun selected destination. Plus, tahu tak aku masa trip tu langsung lupa macam nak ambil gambar banyak-banyak senang nanti nak tempek buat isi untuk blog post kan. Tapi aku bertukar jadi 100% jadi tourist yang jenis menikmati keadaan sekeliling and living the moment. Terus terlupa aku ni seorang blogger kenalah ambil gambar beribu-beribu. FANS NAK TAHU!! *krik krik krik* Tapi sebenarnya aku bukan jenis 24/7 teringat nak amik gambar. Lepas tu macam sedikit menyesal sebab ada satu destinasi ni aku macam ghairah untuk bercerita tapi stok gambar sendu semacam. Ada juga gambar-gambar yang out of fokus lah, blurry lah. Spoil pula rasa nak up cerita. Tengoklah macam mana kalau aku boleh adjust mana-mana patut gambar-gambar tu kasi lawa sikit.

3. Sajalah nak bagitau lately ni aku dah try several recipes melagho lagi mendebabkan. Yang best pula semuanya menjadi macam fuhh! Martha Stewart is shook!! Here are some pictures of it that us taken from my personal Instagram.

A post shared by WZ (@wz_imlih) on


A post shared by WZ (@wz_imlih) on


A post shared by WZ (@wz_imlih) on
Perkataan 'Homemade' itu adalah penting ya. Nanti ingat beli kat kedai pulak. To be honest lah usually kalau aku nak cuba try resepi lagi-lagi western food ni bahan-bahan dia agak mahal aku macam kadang-kadang fed up pula nak buat baik beli terus dekat kedai. Contohnya macam ice cream chocolate tu anggaran nak buat adalah dalam RM20+ nak buat walhal ko boleh je beli satu bekas besar yang jauh lagi murah kan. Pematah semangat betul kalau fikir harga kos dia. Cumanya yang extra kalau buat sendiri lepas tengok dia menjadi macam lebih satisfy lah dalam diri sendiri. Itupun kalau hasilnya berjaya dibuat. Tapi in this case kalau ko tengah tak ada duit kasi pagi makan pagi, kais petang makan esok paginya; value money > satisfaction. He he he.

4. Bercakap mengenai media sosial diatas, bagi mereka yang kehidupannya hanya berkeliaran di dunia Facebook, tak ada account microsite lain, good news! Anda kini boleh follow fan page blog ini dimana jikalau ada entry baru tup tup terus akan ada notification disana memberi peringatan. Mudah bukan!



Bukan apa kalau tak cerita kat sini semua buat menoheng tak tahu. Penatlah buat widget bagai dekat sidebar tu tapi langsung dipandang enteng. Yelah bilangan like pun masih lagi 0 kan? Wakakak *meratap*

5. Lately ni macam sedih lah sebab makin lama makin banyak pula Podcast kesukaan aku yang tamat siarannya. Macam apa ni?! Oh ye, mana yang tak tahu Podcast tu apa boleh semak post trilogy aku mengenai benda alah ni. Lepas ni jangan tanya podcast tu apa dah.

Part 1: Podcast 101 or Some Sort - Introduction

Part 2: Podcast 101 or Some Sort - How To Listen To It

Part 3: Podcast 101 or Some Sort - Personal Favourite

Pada tengah bulan lepas 'Millennial' dah terbitkan episod terakhir mereka, which is aku macam dah boleh agak lepas baca tajuk episod dia yang bertajuk 'Saying Goodbye'. Tapi kemudian aku rasa ntah-ntah clik bait-y punya tajuk kut. Last-last betul ko lepas baca official statement dia dekat Facebook. Dia bukan apa aku dah dengar podcast ni dari dia start buat episod 1 lagi dan mengikuti secara dekat sampailah episod 47. Lama tak journey dia. Dari tahun 2014 kalau tak silap.

Tapi aku faham lah sejak masuk season 2 dia macam tercari-cari arah sikit tak tahu nak buat apa dengan podcast ni. Susah kut nak cari tajuk yang sesuai. But still, it is such a lost. Aku ada moment sedih, gembira, hasad dengki(lol) sepanjang experience aku mendengar podcast ni. Highly recommended. Nak tahu pasal apa podcast ni? Boleh rujuk Part 3 dalam link yang aku bagi dekat atas. To be frank aku tak dengar lagi episod terakhir lagi walaupun dah nak masuk bulan 10 HAHA. Sedih laaa. Nanti bila dah bertenang aku dengar lah dan memberi penghormatan terakhir. To Megan, thank you!

Haa, tapi ada juga khabar gembira. Ada juga podcast kegemaran aku kini akan diterbitkan sebagai drama series. MACAM WOW! Sapa sangka kan. Here is the trailer.


Can't wait for October 13th. Harap-harap keseraman yang aku lalui masa dengar dalam podcast boleh ditranslate pula dalam bentuk media visual.

6. Minggu lepas aku install game 'Angry Birds Seasons' balik. Dimana aku rindu nak main game yang menyebabkan aku obsess nak dapatkan 3 bintang dalam setiap level. Walaupun dah kurang orang main game ni dah aku peduli apa kan? Tapi tulah season last yang dia update ialah pada tahun lepas. Macam mendeeee ni? Tahun ni tak ada update ke? Tapi takpelah ada berlambak level dalam tu yang akan buat aku preoccupied untuk sementara waktu. Cuma aku nak tunjuk lah sikit..


*hidung kembang*

Friday 22 September 2017

Game of Serkap: Ep 7 'The Dragon and The Wolf'

Previously on Game of serkap-menyerkap:


Helloo all you wildlings, Unsullied and lowborn people! Kita kembali lagi dengan episod Game of Serkap dan ini adalah siri recap terakhir untuk Season 7 Game of Thrones (GoT). Lepas ni kalau nak baca siri ini kena tunggula Season 8 GoT itupun entah bila dia nak tayang somewhere around late 2018 or early 2019. Wuhuuu lama gila.

Sebenarnya aku hampir terlupa nak buat episod terakhir ni sebab kononnya nak selang selikan dengan cerita lain. Asyik-asyik pasal ni sahaja berturutan rasa macam obsses pula. Macam takde kehidupan ke? Sikit-sikit GoT. Walhal memang ia pun. Sebelum aku completely lupa terus key point yang best dan menarik dalam episod kali ini mari kita mulakan!



Next season 'Game of Serkap' aku akan pastikan banner segmen ini akan kelihatan lebih professional dan menarik. Barulah nampak macam ada kredibiliti sikit kan? lol. Takde lah nampak macam cut and paste. KORANG TUNGGU!!

But before anything, aku nak ceritalah sebelum nak start tulis episod kali ni aku macam excited nak tulis key point pertama ialah mengenai kesedihan aku dengan scene naga Dany mati ditusuk lembing oleh bekas atlet Olimpik kita iaitu Night King. Tetapi kemudian aku macam 'What a minute.... tu kan scene dari episod 6 bukan episod kali ni'. Punyalah forgettable episod kali ni sampai aku hampir terlupa plot dia yang sebenar sehingga mixed up dengan episod lain. Namun apa nak terkejutkan sangat kan sebab GoT pun makin lama memang makin predictable cerita dia. 

1. Scene di King's Landing dimana semua karakter akhirnya bertemu secara berjemaah membincangkan tentang isu yang lebih penting daripada 'Iron Throne'. Bukan isu climate change tetapi isu mayat yang mati hidup kembali. Scene ni nampak macam fan service sangat sebab semua orang akhirnya bertemu. The Hound dengan Brienne bersembang tentang Arya, Brienne carut ke Jaime(Yass!), Tyrion dengan Bronn, Cersei dengan Dany, John dengan Cersei. Sebab sebelum ni kita dah dibiasakan dengan satu-satu watak terpisah antara sama lain. Bila kumpul ramai-ramai lagi-lagi pada waktu yang sama macam fantasi pula. Walaupun cerita ni pun sebenarnya fantasi tapi macam susah lah nak terima. GoT kan selalunya berkait rapat dengan realism.

Tetapi tak dinafikan lah bila semua duk berkumpul macam ni aku boleh rasa ketegangannya. Rasa macam bila-bila masa sahaja mungkin akan ada macam 'Red Wedding' 2.0 ke. This will be epic! Tapi akhirnya semua gaduh-gaduh mulut je. Berdiplomasi macam tu. Zzzz. Haha. And guys aku perasan lah lately ni bila ada scene watak yang first time jumpa naga semua macam cool saja. Kalau terkejut pun macam 'Eh!'. Tu je. Macam weh! It's a freaking dragon. You should be scared or at least ternganga sikit. 

Namun reaksi mereka dengan Wights lagi menakutkan bila jumpa naga. lol.

Najis mughallazah jangan dekati aku!

Tapi macam tak boleh lah nak salahkan pelakon 100% sebab naga tu pun CGI, in real life diorang hanya nampak rangka kayu kepala naga yang digerak-gerakkan oleh manusia soo susahlah nak emulate perasaan kengerian itu. But still!  They paid you millions tau. You better act scared.

Props to John Snow yang dibantu oleh The Hound di atas demonstrasi yang bertajuk 'Inilah Rupa Sebenar Kejahatan Dan Bagaimana Untuk Menghapuskannya'. Sangat berinfomatif.



2. Cersei macam berdalih itu ini dengan syarat yang memacam sebelum akhirnya bersetuju nak berganding bahu dengan seluruh Westeros untuk join genjatan senjata buat sementara untuk fokus menghapuskan White Walkers dahulu. Walhal aku dalam hati memang tahu ko ingat sesenang Cersei nak setuju buat apa-apa tanpa ada agenda tersembunyi.

Euros pulak tetiba macam 'I'm outta here!' selepas melihat sesi demonstrasi itu. While this action seems appropriate with his character but not with Cersei letting him go unscathed. Ingat tak Cersei pernah bagi warning yang semua orang tak boleh lepas daripada genggaman dia semudah ABC? Well, turns out memang betul rupanya Euron sedang bergerak menuju ke Essos untuk mengiringi The Gold Company ke Westeros. Ni macam nak buat serangan hendap lah kan masa semua busy prepare nak bunuh White Walkers, Euron akan try bunuh semuanya secara mengejut. That's more like his character. Walaubagaimana pun aku rasa strategi ni tak akan menjadi pun mesti akan ada something yang terjadi before that.

3. Masa scene Tyrion deal dengan Cersei selepas perjumpaan pertama yang tak menjadi tu (thanks to Jon! dia tak boleh menipu kena honest), ada satu part yang macam terus cut tak tunjuk apa-apa pun. Last-last Cersei terus datang ke tempat mesyuarat setuju bagai semua. SUNGGUH MENCURIGAKAN! Aku rasa tak sedap hati lah mesti Tyrion ada deal something with her. Mesti plan something untuk next season. Nanti tiba-tiba surpriseee!! Plot twist.

4. There was one scene masa Jaime marah ke Cersei lepas dapat tahu dia tak honest dengan perjanjian genjatan senjata tu. At one point aku ingat Cersei akan bagi perintah dekat The Zombie Mountain tu suruh kelar kepala Jaime. I WAS ROOTING FOR IT! We need a big death blow from a major character since it is a finale episode. Last-last nan hado. ZZZZZZZ. Tak berani wei nak bunuh! Adui. Memang betul lah watak fan favourite susah nak mati. I miss old GoT. Apa?! Ko suka Ned Stark? Bunuh dia. Dah makin suka dengan Renly Baratheon? Bunuh juga dia.

Bak kata George R.R. Martin "Art is not a democracy" atau dengan kata (kasar) lainnya. Aku sebagai creator kisah apa dengan watak mana yang korang suka janji cerita aku best dan mengikut pemikiran aku sendiri tanpa pengaruh orang lain.

But aren't most dramas are about their fans? Kalau tak follow certain teori or kehendak nanti lari pula viewers. Rating jatuh terus kena cancel. Sama lah macam blog juga. Kalau ko tulis apa yang ko suka tapi orang tak suka tak boleh juga. Unless ko tulis bukan sebab nak dapatkan traffic ataupun nak jadi famous boleh lah nak tulis apa pun. Eh? Lari pulak tajuk. Tiba-tiba masuk segmen bicara hati pula.

Brienne: The moment bila Jaime berpisah
dengan Cersei

5.  Nak cerita pasal Theon tapi macam bosannya. I mean ok lah tetiba datang keberanian sanggup bunuh orang demi nak selamatkan Yara. Kalau tak lari je kan. Ada lah character development disitu. Thanks to his missing ehem he finally have some advantage to win the fight. Kena hentak kuat dekat situ berkali-kali pun tak rasa apa-apa. Varys pasti bangga! Sebenarnya aku baru tahu yang Theon punya kemaluan tu kena potong habis ke? WOW!! 

6. Semua orang macam 'HAMAGAD TERKEJUTNYA PLOT TWIST SANSA DAN ARYA!'
*bisik-bisik dengan jiran tetangga* Tetapi aku sebenarnya dah agak macam eleh ntah-ntah Sansa dengan Arya berpakat nak kenakan Littlefinger. Sudahnya betul. Aku punya option either Sansa jadi bengap jadi boneka Littlefinger ataupun berpakat dengan Arya jatuhkan Littlefinger. So aku macam takdelah terkejut sehingga nak lari keliling bilik. 


Dengan insiden Littlefinger mati macam tu saja korang tak rasa macam easy route ke. Sebab tak tau nak buat apa dengan watak dia last-last matikan terus saja. I mean from season 1 to 7 dialah ular, dialah dalang dalam semua perkara major yang berlaku dalam GoT. He is actually a very interesting character. Tapi underdeveloped.  Sama macam Tyrion lah. Dalam season ni terus jadi hambar. Where is his wit? His charm? 

7. Sam tetiba muncul di Winterfell (lajunya!) kepochi nak bagi tau Jon yang dia sebenarnya terjumpa info legit mengatakan bahawa Jon adalah Aegon Targaryen. Walhal Gilly yang jumpa dulu kan? Kemain amik kredit orang! And surprisingly our own heartless and emotionless Bran tak tahu pasal ni. Oh mai! Kata Three-Eyed Raven kan. Rupanya kuasa dia ada limit. Ko kena bagitau certain point dalam satu-satu event tu then baru lah dia boleh kembali ke masa lampau tengok betul ke tak ko punya statement tu. Macam Wikipedia lah tapi versi Westeros.

Disebabkan teori ni dah lama sangat orang speculate (orang namakan teori R+L=J, means Rhaegar couple dengan Lyanna dapat Jon) bila dah berlaku betul-betul rasa macam oh! Lepas tu move on. Dah tak jadi plot twist dah. Bayangkan kalau takde teori ni tak terasa terkejut ko!

8. Dany akhirnya buat hubungan kelamin dengan Jon diatas bot and I just can't. The incest is real you guys! Sementara itu Tyrion mengendap dari sudut tepi semasa mereka masuk ke bilik bersama-sama lantas menimbulkan rasa creepy dalam diri aku. Ko nak apa sebenarnya? 

9. Lagi sekali bila The Wall runtuh aku macam ok lah make sense pun. Dah akhir season kan? Punya lah lama aku tunggu bila nak runtuhnya. By the way aku ada persoalan naga ais tu sebenarnya apa jenis api dia? Sebab biru so nak kata api tak juga. Ais ke? Kalau ais mana boleh ais musnahkan dinding ais. Makin tebal adalah. Ke some sort of force semata? Macam Cyclops X-Men tu. What do you think?


Lepas tu perasan tak masa rombongan Wights dan White Walkers masuk melepasi The Wall sikit punya baik jalan clear takde pun serpihan batu-batu ais pun dekat tengah-tengah jalan. WOW! JKR datang bersihkan ke? 

Overall nampak macam aku membebel tak puas hati banyak kan dalam season ni? Haha. Nak buat macam mana. Makin lama GoT ni makin predictable. Walaupun ramaaaaai dekat luar sana tak setuju dengan aku. Entah lah  Tapi aku akan still tengok the next final season. Nak tengok apa ending dia. Macam mana diorang handle semua watak-watak ni etc.

What about you guys? Apa pandangan korang dengan keseluruhan season kali ni? Best? Menarik? Leave your comment below. I would love to read it. Kalau aku rajin mungkin aku akan up lagi post pasal GoT. Macam spin off lah. Bukan lagi segmen utama Game of Serkap tapi macam sub topik pasal benda lain yang aku rasa menarik untuk diutarakan. Ko ingat GoT je yang boleh buat sampai 5 spin off? 

Makanya secara rasminya sudah tamat Game of Serkap untuk tahun ini. Berjumpa lagi pada akhir tahun 2018 ataupun awal tahun 2019!!

Friday 15 September 2017

Melawat Kembali Monyet-Monyet di Taman Paya Bakau (Edisi Reunion)

Dalam blog lama dahulu aku ada publish satu blog post mengenai lawatan singkat aku ke Taman Paya Bakau yang terletak di Manjung dimana main attraction dia sebenarnya bukan pokok bakau tetapi monyet-monyet yang berkelakuan liar, psycho, tidak beradap dan rakus yang hidup berkeliaran didalam kawasan tersebut. I managed to get tons of pictures dan pada hari itu juga kerjaya aku seolah-olah sudah bertukar kepada photographer untuk majalah National Geographic. Boleh baca entry lama dengan klik link dibawah.


Favourite gambar aku dalam post lama ialah gambar Mak Monyet tengah emo sambil anaknya terlentok memandang ko sambil buat muka pyscho. 

Female monkey with her cub

But this was waaaay back in 2012. Sekarang selepas 5 tahun kemudian, aku mengambil keputusan untuk kembali ke 'medan peperangan' untuk melawat kawasan ini semula dan melihat jikalau ada sebarang perubahan telah berlaku. Mana tahulah kan kalau monyet-monyet ni (mostly new generation) dah beradap setelah mendapat proper education terhadap visitor ke apa. Kita tak tahu.

Oh hell I was wrooong.

Masuk-masuk sahaja dekat bahagian entrance dah terjegat monyet-monyet ni duk melepak dekat depan macam gengster meminta diberi makanan. WHAT IS THIS YOU GUYS?? Where is your manners!?

Nampak tak macam mana style diaorang mendapatkan makanan. Terus pergi
 ke sumber yang memberi tanpa segan silu.
Aku tak tau lah kereta putih ni pengunjung tetap ke apa, tapi dia slumber sahaja masuk park depan entrance ni lepas tu bagi makanan umpama memberi dedak kepada ayam kemudian cepat-cepat tutup tingkap semua. Like wutt! Ada satu time memonyet ni semua panjat kereta tu siap duduk atas bumbung lah, bergayut dekat side mirorr lah. Berkelakuan macam nak buat rusuhan pun ada aku tengok tapi aku tengok rileks saja orang dalam kereta tu tak bergerak lari seolah-olah dia macam terhibur memonyet ni berkelakuan begitu. Gamaknya effect 4D ride ke apa ntah lah.

Kelakuan monyet-monyet ni aku rasa lagi liar compare dengan monyet dekat Batu Caves. Gila betul. Kemudian aku dikejutkan dengan kedatangan ketua dia macam what the wutt!! Besar gila!

  
Kualiti gambar pun macam dah kabur sikit sebab aku macam hilang sekejap sifat 'keprofesionalan' aku lantas mula rasa gabra nak amik gambar monyet ni. Terus snap laju gila lepas tu blah. lol. Sekarang korang tengok ketua dia ni dengan konco-konco dia dekat belakang. Saiz dia berbeza bukan? Dalam gambar ni macam tak berapa sangat nampaknya. Tapi sepatutnya monyet dewasa normal tak bersaiz begini melainkan kalau dia amik protein untuk tumbuh muscle macam orang dekat gym selalu buat tu.

Aku rasalah kelakuan monyet-monyet ni berkait rapat dengan faktor bagaimana cara mereka memperolehi makanan lah. I mean, lagi kita bagi makanan-makanan dekat dia lagi liar dia jadi. Kadang-kadang sampai satu tahap boleh serang pengunjung sebab tak puas hati kenapa tak diberi makanan. Last-last bergantung dengan makanan dari orang ramai saja. Patutlah aku tengok ada satu family ni park kereta jauh sikit dan lebih berpuas hati memberi makanan dekat burung-burung merpati (still bagi dalam kereta) instead of pergi menggadai nyawa nak bagi makanan dekat monyet-monyet ni. THEY KNEW.

Anyhow mujur aku dah parking jauh-jauh sikit dari entrance kalau tak balik dengan side mirror hilang sebelahlah jawabnya. And guyss! Did I tell you entrance masuk dia macam masuk hutan puaka niyang rapik. Scary betul. Ni baru pergi waktu siang terang benderang. Tambahan pula tempat ni macam tak bersih dan tak dijaga. Kalau korang perasan dalam gambar mula-mula yang aku letak tu pun dah bersepah dengan makanan dekat depan tu. Walaupun masa ni proses nak baik pulih taman ni sedang dijalankan tapi at least jagalah kebersihan kawasan tu. Tapi entahlah macam terbiar saja lagaknya. Tapi ada renovation. Pelik aku.

Bila kita masuk dalam taman ni kita akan melalui
pathway yang dibina untuk kita explore kawasan
 paya bakau ni sampailah ia berakhir dekat tepi sungai.
Mujurlah semakin jauh ke dalam, pokok-pokok pun mula tumbuh menjauhi antara satu sama lain jadinya kawasan sekeliling menjadi semakin cerah kalau tidak creepy betul. Masa ni boleh dengar bunyi ketuk-ketuk dekat dalam. Tapi bukan disebabkan oleh perbuatan momok ke apa cuma pekerja binaan sedang tukar lantai papan kepada lantai simen.

Lantai simen macam ni lah.

Tapi tak bestnya ada certain part yang ada lubang-lubang bahaya betul kalau aku duk khusyuk tangkap gambar boleh terjatuh dalam ni. Langsung tak ada tanda amaran ke apa. Bukan satu lubang saja tapi ada 3-4 lubang lagi dekat tempat yang berbeza. Kena hati-hati kalau korang nak melawat ke kewasan ini. 

Lepas beberapa minit kemudian, terjumpalah 2 ekor monyet yang sedang bertenggek tepi rail. Macam biasalah apa lagi diorang buat. Cari kutu lah tu.

Ni adalah 2 ekor monyet yang sama ye. Ko tengok posisi
 monyet-monyet ni berubah-ubah setiap minit macam
wow! monyet kecil tu patut caj extra untuk full body treatment.
Ok, yang ni aku perasan lah bila kita masuk lebih dalam ke paya bakau ni, kadar monyet-monyet untuk berkelakuan ganas akan menurun secara drastik sebab kalau korang nak tangkap gambar dekat-dekat pun ok. Tapi jangan lah dekat sangat nak hilang hidung ke? Tapi aku rasalah depends juga tengok aura korang tu friendly ke tak. Kalau macam busuk hati ke, kuat dengki mesti diorang akan berasa tak selesa lantas meninggalkan korang terpinga-pinga disitu.

Akar-akar pokok bakau dekat sini semua panjang-panjang belaka. 

Waktu ni air tengah surut maknanya boleh lah tengok hidupan lantai dekat bawah macam ikan belacak, ketam kecil dan sebagainya. Aku perasan juga ada bunyi 'clak' clak' kuat gila tapi tak tahu dari mana datangnya sumber bunyi tu. My wild guess is bunyi kepah/lokan duk berlaga cengkerang. Sebab apa ntahlah. Musim mengawan kut. #SerkapJarang

Tak taulah apasal result gambar macam gloomy tapi time ni
 pemandangan agak cantik sebenarnya.
Dekat pengakhiran pathway ni akan ada semacam 2 jeti yang korang boleh tengok pemandangan paya bakau secara menyeluruh. Sadly atap jeti-jeti ni macam usang aku risau betul bila-bila masa dia nak jatuh menyembah bumi. Ada juga tangga nak turun ke bahagian bawah. Kalau rasa adventurous boleh lah turun tapi kalau kaki tenggelam masuk dalam selut tu ko redho je lah mereput dekat situ sebab tak ada orang yang akan tolong kau. Kawasan ini agak sunyi juga lagi-lagi kalau korang pergi pada waktu awal pagi or tengah hari. Dan usually ramai lebih suka lepak dekat entrance saja.

Anak monyet bersama ibunya sedang leka mengunyah tebu.Wait, tebu?

Kemudian ada terjumpa monyet tengah main
 dengan lori mainan. Comel betul perangai macam
budak.
Masa nak balik semula ke entrance, (boleh spent around setengah jam dekat sini kalau ambil masa tengok-tengok kawasan, cari-cari monyet etc.) TIBA-TIBA! *pause 3 saat untuk kesan dramatik*

Satu group monyet yang terdiri daripada 12-15 ekor tanpa mengira saiz, jantina, rupa dan berat datang ke arah aku macam wuutt!! Gangster nak peras ugut 'duit perlindungan' ke apa? Lagi sekali? Dulu pun macam ni juga.

Macam mana nak lalu?
Ni baru first wave sebab ada lagi dekat belakang. Aku time ni duk fikir sama ada nak melarikan diri terjun dalam sungai ataupun berlagak stay there and fight! (lol). Namun naluri aku seolah-olah memberi petunjuk tak payah takut pun. Dan masa group ni lalu berjemaah kiri dan kanan aku pun mereka ni relaks saja tak kacau. Gamaknya lalu nak balik rumah(?) lah kut nak kejar waktu dinner.  

Sempat tangkap gambar salah sekor monyet yang lalu. Tapi lawak tengok
reaksi muka dia macam blur tengok mende human ni duk tercegat berdiri
dekat sini. Aku pun pada masa yang sama blur tengok monyet ni.
Eloklah dua-dua blur.
Sebelum nak akhiri blog post ni aku nak cerita pengalaman waktu dekat entrance. Ye, group yang sama. Masa ni nak balik dah. Last gambar katanya. Masa nak tangkap gambar ada satu monyet ni (dah lah rupa macam gangster dengan mata sebelah macam buta) dia tenung baik punya. Gamaknya since aku tak offer dia makanan tetiba dia meroyan siap buat bunyi "Syruughhhhh!" (lebih kuranglah) siap tangan sebelah buat gesture macam nak rembat hidung aku. Gila!

Lepas tu tetiba bergerak datang macam nak melompat ke arah aku. Dan aku tau ni adalah masanya yang sesuai untuk aku berambus dari sini. Tapi kalau lah in case aku macam kena serang lepas tu koma ke apa ni lah gambar terakhir yang korang akan jumpa dalam kamera aku. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...