Monday 27 February 2017

Salah Satu Misteri Kehidupan Peribadi Terungkai

Tajuk bukan main sensasi bagai padahal bukan apa sangat pun. Begitulah cara nak dapatkan views zaman sekarang ni dik. Biar content hampeh asalkan tajuk biar bom kebabom bagi orang klik! lol. Sebenarnya memang betul pun sepanjang aku hidup dimuka bumi ni ada beberapa misteri yang belum terungkai sampai sekarang.  

Salah satunya ialah apa kebenda benda yang macam ulat lutsinar yang kadang-kadang tetiba muncul dekat mata aku? Kadang-kadang banyak pulak tu. Selain macam bentuk ulat ada jugak bentuk bulat-bulat duk terapung-apung dekat mata. Bila aku nak fokus dekat benda tu, bergerak-gerak pulak dia lari hilang daripada pandangan aku. Macam ko dah kenapa?! 

Dan aku tak pernah terfikir lah nak pergi jumpa pakar mata ke ataupun teringat nak Google pasal benda ni sebab dia tak sakit pun. So no big deal kan? Cuma annoying kadang-kadang tetiba dia muncul. Lagi-lagi bila datang dalam group! Ulat ada, bulat-bulat ada 2-3. Ingat kpop band ke? Until recently secara randomnya aku ternampak satu video pasal benda ni.



KUANG AJO. Nama dia rupanya Floaters! Aku tau korang tak akan tengok pun video tu so aku terangkan lah sikit pasal Floaters ni.

Yang paling penting sekali ialah ini adalah common phenomena which is fyiuuh! Aku ingat ada ulat dekat perut masuk dalam mata ke apa. Nama saintifiknya ialah 'Muscae Volitantes' dan ia bukan lah benda hidup ataupun berasal daripada benda luar masuk ke dalam mata.

Ia wujud di dalam mata tu sendiri, lebih spesifik lagi di dalam bebola mata. Secara teknikalnya (homai dah masuk bab sains keee? zzz) 'floaters' terdiri daripada tisu, sel darah merah ataupun protein yang ada di dalam bebola mata sekaligus menghasilkan bayang-bayang dekat retina mata. Sebab tu aku macam boleh nampak benda tu terapung-apung, meliang lentuk dekat visi pandangan aku. 

Lagi satu bila aku cakap masa aku try nak fokus tengok benda, nak perati apa beeeenda tu tapi dia boleh pulak bergerak-gerak lari sebenarnya disebabkan pergerakan mata aku sendiri yang bergerak. So dia pun bergerak lah. Susahnya nak eksplain rasa macam entry ilmiah pula. Senang cerita tengok lah video tu. Siap ada gambarajah bagai lagi senang paham weh daripada dok baca-baca ni karang confuse pula. 

TL;DR

Aku bukan berhasulinasi. Fenomena ini ialah normal. Terdiri daripada sel-sel dalam badan yang terapung-apung dalam bebola mata. 

Sekarang satu misteri dah terungkai, sekarang boleh move one dengan misteri lain pula diantaranya bunyi mengilai pada waktu malam yang kedengaran dekat luar rumah masa aku kecik tu bunyi apa sebenarnya??!

1 comment:

  1. Dulu aku ingat floaters ni habuk dalam udara yang lekat kat atas permukaan bola mata.
    Bila study rupanya betullah, sel dan tisu yang bergumpal DALAM bola mata. Patutlah pejam banyak kali pun tak hilang.

    Tapi floaters memang takkan hilang seumur hidup ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...