Saturday 19 August 2017

Game of Serkap: Ep 5 'Eastwatch'

Previously on Game of serkap menyerkap:


Hello to all my bannerman. We meet again. Tapi sebelum tu boleh tak aku macam pelik betul lately ni makin kerap pula episod Game of Thrones (GoT) yang leaked. Masalahnya bukan dari sumber insiden hack 1.5 terabytes of data tu tapi daripada masalah internal mereka sendiri. Episod 4 leak dari Star India Service Streaming (HBO partner in India) dan Episod 6 yang paling latest sekali dah pun leak disebabkan oleh error dari HBO European and Spain Division. 

HBO, what's happening?! Get your shit together.

Nevertheless aku tak boleh tengok the latest leaked episod tu selagi blog post ini tak dipublish kan. Nampak tak komitmen penulis disitu?! 



1. Aku berharap lah kan White Walkers akan start serang ke apa untuk episod kali ni macam pelis lah. Tapi nope, apa yang kita dapat ialah segerombolan 7 orang yang mempunyai latar belakang berbeza pergi sendiri ke beyond The Wall untuk culik sekor White Walker untuk dibuat sebagai bahan bukti kepada Cersei di King's Landing. Macam wutttt!! *hampa* Simpan budget lagi lah tu.

Tapi sebelum tu lah kan aku memang langsung tak nampak plan ini akan menjadi macam ko rasa Cersei akan join ko ke kalau dia percaya White Walkers wujud sekalipun? Ingat dia akan berganding bahu acah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ke? I don't think so. She is now in a full mode of heartless beeetch and she doesn't care anymore. Bak kata dia sendiri "We fight and die or we submit and die" Dari kondisi dia sekarang aku rasa dia lebih rela bersepakat dengan White Walkers untuk kalahkan tentera Dany. 

Walau apa-apa pun benda dah terjadi, diorang dah pun bergerak melepasi The Wall. Makanya apa yang boleh kita buat sekarang ialah untuk membuat kuiz "Bakal Arwah atau Tidak". Jadinya diantara 7 orang itu aku akan teka siapa akan arwah dan siapa akan kekal. You guys can guess it too. But I guess masa post ni dah keluar dah terlambat kut disebab aku publish lambat sangat. lol. But well, here's my guess.

#TeamArwah


1. Thoros. LOL! Who? Watak sampingan so bye.
2. Beric. Apa lagi cerita nak diceritakan pasal dia? This is a good opportunity to kill him. Plus, kalau Thoros mati sapa lagi yang akan hidupkan dia lagi?
3. Thormund. Aww. So sad to see him gone. But I guess Brienne akan lebih bahagia disamping Jaime. #tetiba
4. The Hound. Ok, ni special sikit sebab aku rasa diorang tak akan dapat tangkap White Walkers instead The Hound yang akan mati tapi kemudian dia hidup balik as White Walker. So diorang bawak dia ni as bukti.

#TeamKekal



1. John Snow akan kembali sebab dia hero kut. Duh. Since GoT is becoming predictable and cliche as ever ko rasa dia akan mati?
2. Gendry. Episod ni muncul episod kemudian mati pula? lol. Too soon
3. Jorah. Penat-penat tunjuk scene sembuh dari Greyscale lepas tu mati? Nope.

But anything could happen sebab ini adalah jangkaan semata-mata. I will be shocked kalau bilangan yang mati cuma 1-2 orang saja sebab well, you are dealing with White Walkers kut. This is the time untuk tunjuk kekuatan mereka untuk bagi penonton tahu apa yang boleh mereka buat. But if that happens memang GoT makin klise lah sebab dah tak berani bunuh watak sesuka hati. Dan aku ada hunch yang pak sedara Jon, Benjern Stark akan muncul nanti.

2. Miss Bend The Knee membuat keputusan untuk membakar Dickon Tarly dan ayahnya sehingga rentung sebab acah taat setia macam mende korang ni. Drama sangat. Mula-mula Tyrion menasihati Dany untuk tidak menghukum mereka tapi Dany macam 'Bitch, watch me'. Aku makin lama tengok Tyrion ni semua keputusan dia tak munasabah tahu. Sejak jadi The Hand Dany dia macam dah lain. Dah tak sebernas dulu. All his strategies are not working lepas tu ko nak suruh Dany kesiankan mereka pula? Hellooo, Dany dah bagi choice kut, bend the knee or die. It is not like she randomly kills people. Kalau tak bertindak tegas mereka mana orang nak takut. This is war.  

3. Do you guys see the way Dany looks at John when he pets Drogon. INCEST ALERT! INCEST ALERT! Dia macam terbit bibit-bibit cinta disebabkan John boleh bermesra dan bergaul dengan 'anak-anaknya'. GURRLL~! And perasan tak masa John kata dia nak pergi Eastwatch, Dany terus spontan bagi arahan tak kasi dia pergi.

On the side note tetiba Drogon boleh 'feel' Jon tu berdarah Targaryen. lol.

4. This lead us to the scene masa Gilly duk bacakan salah satu fakta penting dalam sejarah GoT tetapi belum sempat habis ditepis oleh Samwell. So basically sekarang kita dapat tahu yang Rhaegar telah memansuhkan perkahwinan dengan isteri lamanya dan berkahwin dengan Lyanna Stark dekat Dorne. Ini membuatkan John Snow atau lebih tepat lagi John Targaryen lebih berhak untuk duduk diatas Iron Throne daripada Dany sendiri! lol. What a twist. 

Aku memang dah agak John ialah anak kepada Rhaegar but as a bastard. Tapi statement ni dah menjadikan Jon sebagai anak sah Rhaegar tu sendiri. Dan aku macam tak pasti ko boleh ke 'annul' perkahwinan ko zaman ni? Sebab annul tu macam ko menidakkan perkahwinan ko dengan someone. Macam perkahwinan ni tak terjadi sama sekali. Ini berlainan langsung dengan konsep cerai. And this is what? After having three children with her previous wife? So weird. 

5. Cersei mengandung? 



6. Sesi hendap mengendap diantara Arya dan Littlefinger di Winterfell adalah sangat kelakar aku macam korang ni dah kenapa!? lol. Arya duk mengendap 2-3 kali tepi dinding perati saja kelakuan Littlefinger. Last-last Littlefinger pula mengendap dari tepi masa Arya keluar dari bilik. ARYA! Ko patut perasan. 

Dengan perangkap yang cuba ditanam Littefinger untuk bagi Arya bergaduh dengan Sansa dengan kononnya cuba menyembunyikan surat lama pasal Sansa suruh Robb untuk menyerah kalah dan bend the knee to the queen adalah sangat licik! Sebab surat tu pun bukan 100 peratus datangnya dari Sansa sendiri. Ingat lagi masa Catelyn baca surat ni (RIP) terus dia kata. This is the queen words not Sansa. But I guess Arya mungkin akan percaya dengan isi kandungan surat ini. Since dia ada bagi sort of hint/warning dekat Sansa masa dekat dalam bilik parents mereka yang Sansa sebenarnya kepingin nak jadi Lady of Winterfell. She loves power some sort of that. Both Sansa and Arya are a mess to be honest. 2 of the main characters yang sampai sekarang apa motif kehidupan diaorang sangat lah messy dari season 1 sampai sekarang.

********
The next episode which is episode 7 is titled as 'Beyond The Wall'. So that's it. Aku rasa ini adalah peperangan yang aku harapkan terjadi dalam episod 6 terjadi. Fighting with the dead. Tolonglah lawan. Penat lah tengok White Walkers jalan dari Season 1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...