Wednesday 27 September 2017

Random Rants #9

Ahh~! It is that time again. Bukan sebab tak ada benda nak diceritakan lantas terus nak buat entry filler aka 'Random Rants' cumanya aku rasa demotivate lagi nak terus update blog ni. Kalau perasan gap antara entry usually aku buat gap antara 2-3 hari tapi lately ni paling lama dah jadi 5 hari. Which is not a good sign.



1. Isu dalam konsisten untuk update blog ni dah lama daah tersemat dalam jiwa ni kadang-kadang rasa macam sebati pula. Bukan dalam konteks untuk update blog saja tapi benda-benda lain juga. Aku suka beriya hype itu ini bagai masa nak mulakan apa-apa projek last-last terbengkalai ditengah jalan. Lagi-lagi kalau tak ada sebarang positive outcomes atau lebih teruk lagi tiada response langsung mengenai satu-satu benda yang aku dah buat. Namun mujurlah siri 'Game of Serkap' aku berjaya habiskan. I mean satu achievement lah kan. Walhal masa episod 5 aku mula dah start rasa suam-suam kuku semangat nak menulis. Kejayaan ini selayaknya dibuat kenduri pulut kuning (beserta kuah kari ayam dengan kentang, telur rebus, air sirap limau, eh mende tetiba list kan menu pula) kerana ia jarang-jarang berlaku.

Untuk apa tulis beriya-iya habiskan 5-6 jam untuk satu entry tak masuk lagi waktu dihabiskan untuk second edit pada hari kemudiannya kalau tak ada sebarang sambutan? Haa macam tu. Eh, jap? Macam dah pernah cerita je pasal kekecewaan ini dalam Random Rants sebelum ni kan? lol.

Ok, ok. Marilah kita berubah ke isu lain seperti ada satu-satu masa ni aku macam rasa reluctant nak teruskan buat Segmen 'Gigitan Pertama' dengan 'Hirupan Pertama'. Bukan disebabkan pasal segmen itu sendiri tapi pasal produk makanan atau minuman yang selalu menjadi pilihana aku ialah jenis murahan yang macam ada ke yang nak baca? Yelah, selalunya kan orang review benda-benda hipster dan trendy aka makanan mahal bayar sekali kalau tak RM50 tak sah. Tapi bila fikir apa salahnya kan at least aku bebel pasal benda yang orang lai tak terasa nak buat pun. Ada niche blog disitu. As time goes by kita naikkan lah budget segmen tu nanti. Daripada ais krim Paddle Pop watermelon murahan berharga RM1.50 kepada ais krim Magnum wow! RM4 sebatang. Kalau ada 5 perisa baru, lima-lima kita beli sekali harung buat review.

Blogger Famous N: "Hahaha *gelak bitchy* Magnum je taraf ko mampu ke dik? What about Affogato? Creme Brule? Poire belle Helene? Souffle?"

Me:









2. Aku baru lepas pergi Ipoh untuk mini trip weekend lepas. Tapi aku masih lagi berkira-kira nak cerita ke tak nak dalam blog ni. Kemudian nak cerita the whole trip ke ataupun selected destination. Plus, tahu tak aku masa trip tu langsung lupa macam nak ambil gambar banyak-banyak senang nanti nak tempek buat isi untuk blog post kan. Tapi aku bertukar jadi 100% jadi tourist yang jenis menikmati keadaan sekeliling and living the moment. Terus terlupa aku ni seorang blogger kenalah ambil gambar beribu-beribu. FANS NAK TAHU!! *krik krik krik* Tapi sebenarnya aku bukan jenis 24/7 teringat nak amik gambar. Lepas tu macam sedikit menyesal sebab ada satu destinasi ni aku macam ghairah untuk bercerita tapi stok gambar sendu semacam. Ada juga gambar-gambar yang out of fokus lah, blurry lah. Spoil pula rasa nak up cerita. Tengoklah macam mana kalau aku boleh adjust mana-mana patut gambar-gambar tu kasi lawa sikit.

3. Sajalah nak bagitau lately ni aku dah try several recipes melagho lagi mendebabkan. Yang best pula semuanya menjadi macam fuhh! Martha Stewart is shook!! Here are some pictures of it that us taken from my personal Instagram.

A post shared by WZ (@wz_imlih) on


A post shared by WZ (@wz_imlih) on


A post shared by WZ (@wz_imlih) on
Perkataan 'Homemade' itu adalah penting ya. Nanti ingat beli kat kedai pulak. To be honest lah usually kalau aku nak cuba try resepi lagi-lagi western food ni bahan-bahan dia agak mahal aku macam kadang-kadang fed up pula nak buat baik beli terus dekat kedai. Contohnya macam ice cream chocolate tu anggaran nak buat adalah dalam RM20+ nak buat walhal ko boleh je beli satu bekas besar yang jauh lagi murah kan. Pematah semangat betul kalau fikir harga kos dia. Cumanya yang extra kalau buat sendiri lepas tengok dia menjadi macam lebih satisfy lah dalam diri sendiri. Itupun kalau hasilnya berjaya dibuat. Tapi in this case kalau ko tengah tak ada duit kasi pagi makan pagi, kais petang makan esok paginya; value money > satisfaction. He he he.

4. Bercakap mengenai media sosial diatas, bagi mereka yang kehidupannya hanya berkeliaran di dunia Facebook, tak ada account microsite lain, good news! Anda kini boleh follow fan page blog ini dimana jikalau ada entry baru tup tup terus akan ada notification disana memberi peringatan. Mudah bukan!



Bukan apa kalau tak cerita kat sini semua buat menoheng tak tahu. Penatlah buat widget bagai dekat sidebar tu tapi langsung dipandang enteng. Yelah bilangan like pun masih lagi 0 kan? Wakakak *meratap*

5. Lately ni macam sedih lah sebab makin lama makin banyak pula Podcast kesukaan aku yang tamat siarannya. Macam apa ni?! Oh ye, mana yang tak tahu Podcast tu apa boleh semak post trilogy aku mengenai benda alah ni. Lepas ni jangan tanya podcast tu apa dah.

Part 1: Podcast 101 or Some Sort - Introduction

Part 2: Podcast 101 or Some Sort - How To Listen To It

Part 3: Podcast 101 or Some Sort - Personal Favourite

Pada tengah bulan lepas 'Millennial' dah terbitkan episod terakhir mereka, which is aku macam dah boleh agak lepas baca tajuk episod dia yang bertajuk 'Saying Goodbye'. Tapi kemudian aku rasa ntah-ntah clik bait-y punya tajuk kut. Last-last betul ko lepas baca official statement dia dekat Facebook. Dia bukan apa aku dah dengar podcast ni dari dia start buat episod 1 lagi dan mengikuti secara dekat sampailah episod 47. Lama tak journey dia. Dari tahun 2014 kalau tak silap.

Tapi aku faham lah sejak masuk season 2 dia macam tercari-cari arah sikit tak tahu nak buat apa dengan podcast ni. Susah kut nak cari tajuk yang sesuai. But still, it is such a lost. Aku ada moment sedih, gembira, hasad dengki(lol) sepanjang experience aku mendengar podcast ni. Highly recommended. Nak tahu pasal apa podcast ni? Boleh rujuk Part 3 dalam link yang aku bagi dekat atas. To be frank aku tak dengar lagi episod terakhir lagi walaupun dah nak masuk bulan 10 HAHA. Sedih laaa. Nanti bila dah bertenang aku dengar lah dan memberi penghormatan terakhir. To Megan, thank you!

Haa, tapi ada juga khabar gembira. Ada juga podcast kegemaran aku kini akan diterbitkan sebagai drama series. MACAM WOW! Sapa sangka kan. Here is the trailer.


Can't wait for October 13th. Harap-harap keseraman yang aku lalui masa dengar dalam podcast boleh ditranslate pula dalam bentuk media visual.

6. Minggu lepas aku install game 'Angry Birds Seasons' balik. Dimana aku rindu nak main game yang menyebabkan aku obsess nak dapatkan 3 bintang dalam setiap level. Walaupun dah kurang orang main game ni dah aku peduli apa kan? Tapi tulah season last yang dia update ialah pada tahun lepas. Macam mendeeee ni? Tahun ni tak ada update ke? Tapi takpelah ada berlambak level dalam tu yang akan buat aku preoccupied untuk sementara waktu. Cuma aku nak tunjuk lah sikit..


*hidung kembang*

Friday 22 September 2017

Game of Serkap: Ep 7 'The Dragon and The Wolf'

Previously on Game of serkap-menyerkap:


Helloo all you wildlings, Unsullied and lowborn people! Kita kembali lagi dengan episod Game of Serkap dan ini adalah siri recap terakhir untuk Season 7 Game of Thrones (GoT). Lepas ni kalau nak baca siri ini kena tunggula Season 8 GoT itupun entah bila dia nak tayang somewhere around late 2018 or early 2019. Wuhuuu lama gila.

Sebenarnya aku hampir terlupa nak buat episod terakhir ni sebab kononnya nak selang selikan dengan cerita lain. Asyik-asyik pasal ni sahaja berturutan rasa macam obsses pula. Macam takde kehidupan ke? Sikit-sikit GoT. Walhal memang ia pun. Sebelum aku completely lupa terus key point yang best dan menarik dalam episod kali ini mari kita mulakan!



Next season 'Game of Serkap' aku akan pastikan banner segmen ini akan kelihatan lebih professional dan menarik. Barulah nampak macam ada kredibiliti sikit kan? lol. Takde lah nampak macam cut and paste. KORANG TUNGGU!!

But before anything, aku nak ceritalah sebelum nak start tulis episod kali ni aku macam excited nak tulis key point pertama ialah mengenai kesedihan aku dengan scene naga Dany mati ditusuk lembing oleh bekas atlet Olimpik kita iaitu Night King. Tetapi kemudian aku macam 'What a minute.... tu kan scene dari episod 6 bukan episod kali ni'. Punyalah forgettable episod kali ni sampai aku hampir terlupa plot dia yang sebenar sehingga mixed up dengan episod lain. Namun apa nak terkejutkan sangat kan sebab GoT pun makin lama memang makin predictable cerita dia. 

1. Scene di King's Landing dimana semua karakter akhirnya bertemu secara berjemaah membincangkan tentang isu yang lebih penting daripada 'Iron Throne'. Bukan isu climate change tetapi isu mayat yang mati hidup kembali. Scene ni nampak macam fan service sangat sebab semua orang akhirnya bertemu. The Hound dengan Brienne bersembang tentang Arya, Brienne carut ke Jaime(Yass!), Tyrion dengan Bronn, Cersei dengan Dany, John dengan Cersei. Sebab sebelum ni kita dah dibiasakan dengan satu-satu watak terpisah antara sama lain. Bila kumpul ramai-ramai lagi-lagi pada waktu yang sama macam fantasi pula. Walaupun cerita ni pun sebenarnya fantasi tapi macam susah lah nak terima. GoT kan selalunya berkait rapat dengan realism.

Tetapi tak dinafikan lah bila semua duk berkumpul macam ni aku boleh rasa ketegangannya. Rasa macam bila-bila masa sahaja mungkin akan ada macam 'Red Wedding' 2.0 ke. This will be epic! Tapi akhirnya semua gaduh-gaduh mulut je. Berdiplomasi macam tu. Zzzz. Haha. And guys aku perasan lah lately ni bila ada scene watak yang first time jumpa naga semua macam cool saja. Kalau terkejut pun macam 'Eh!'. Tu je. Macam weh! It's a freaking dragon. You should be scared or at least ternganga sikit. 

Namun reaksi mereka dengan Wights lagi menakutkan bila jumpa naga. lol.

Najis mughallazah jangan dekati aku!

Tapi macam tak boleh lah nak salahkan pelakon 100% sebab naga tu pun CGI, in real life diorang hanya nampak rangka kayu kepala naga yang digerak-gerakkan oleh manusia soo susahlah nak emulate perasaan kengerian itu. But still!  They paid you millions tau. You better act scared.

Props to John Snow yang dibantu oleh The Hound di atas demonstrasi yang bertajuk 'Inilah Rupa Sebenar Kejahatan Dan Bagaimana Untuk Menghapuskannya'. Sangat berinfomatif.



2. Cersei macam berdalih itu ini dengan syarat yang memacam sebelum akhirnya bersetuju nak berganding bahu dengan seluruh Westeros untuk join genjatan senjata buat sementara untuk fokus menghapuskan White Walkers dahulu. Walhal aku dalam hati memang tahu ko ingat sesenang Cersei nak setuju buat apa-apa tanpa ada agenda tersembunyi.

Euros pulak tetiba macam 'I'm outta here!' selepas melihat sesi demonstrasi itu. While this action seems appropriate with his character but not with Cersei letting him go unscathed. Ingat tak Cersei pernah bagi warning yang semua orang tak boleh lepas daripada genggaman dia semudah ABC? Well, turns out memang betul rupanya Euron sedang bergerak menuju ke Essos untuk mengiringi The Gold Company ke Westeros. Ni macam nak buat serangan hendap lah kan masa semua busy prepare nak bunuh White Walkers, Euron akan try bunuh semuanya secara mengejut. That's more like his character. Walaubagaimana pun aku rasa strategi ni tak akan menjadi pun mesti akan ada something yang terjadi before that.

3. Masa scene Tyrion deal dengan Cersei selepas perjumpaan pertama yang tak menjadi tu (thanks to Jon! dia tak boleh menipu kena honest), ada satu part yang macam terus cut tak tunjuk apa-apa pun. Last-last Cersei terus datang ke tempat mesyuarat setuju bagai semua. SUNGGUH MENCURIGAKAN! Aku rasa tak sedap hati lah mesti Tyrion ada deal something with her. Mesti plan something untuk next season. Nanti tiba-tiba surpriseee!! Plot twist.

4. There was one scene masa Jaime marah ke Cersei lepas dapat tahu dia tak honest dengan perjanjian genjatan senjata tu. At one point aku ingat Cersei akan bagi perintah dekat The Zombie Mountain tu suruh kelar kepala Jaime. I WAS ROOTING FOR IT! We need a big death blow from a major character since it is a finale episode. Last-last nan hado. ZZZZZZZ. Tak berani wei nak bunuh! Adui. Memang betul lah watak fan favourite susah nak mati. I miss old GoT. Apa?! Ko suka Ned Stark? Bunuh dia. Dah makin suka dengan Renly Baratheon? Bunuh juga dia.

Bak kata George R.R. Martin "Art is not a democracy" atau dengan kata (kasar) lainnya. Aku sebagai creator kisah apa dengan watak mana yang korang suka janji cerita aku best dan mengikut pemikiran aku sendiri tanpa pengaruh orang lain.

But aren't most dramas are about their fans? Kalau tak follow certain teori or kehendak nanti lari pula viewers. Rating jatuh terus kena cancel. Sama lah macam blog juga. Kalau ko tulis apa yang ko suka tapi orang tak suka tak boleh juga. Unless ko tulis bukan sebab nak dapatkan traffic ataupun nak jadi famous boleh lah nak tulis apa pun. Eh? Lari pulak tajuk. Tiba-tiba masuk segmen bicara hati pula.

Brienne: The moment bila Jaime berpisah
dengan Cersei

5.  Nak cerita pasal Theon tapi macam bosannya. I mean ok lah tetiba datang keberanian sanggup bunuh orang demi nak selamatkan Yara. Kalau tak lari je kan. Ada lah character development disitu. Thanks to his missing ehem he finally have some advantage to win the fight. Kena hentak kuat dekat situ berkali-kali pun tak rasa apa-apa. Varys pasti bangga! Sebenarnya aku baru tahu yang Theon punya kemaluan tu kena potong habis ke? WOW!! 

6. Semua orang macam 'HAMAGAD TERKEJUTNYA PLOT TWIST SANSA DAN ARYA!'
*bisik-bisik dengan jiran tetangga* Tetapi aku sebenarnya dah agak macam eleh ntah-ntah Sansa dengan Arya berpakat nak kenakan Littlefinger. Sudahnya betul. Aku punya option either Sansa jadi bengap jadi boneka Littlefinger ataupun berpakat dengan Arya jatuhkan Littlefinger. So aku macam takdelah terkejut sehingga nak lari keliling bilik. 


Dengan insiden Littlefinger mati macam tu saja korang tak rasa macam easy route ke. Sebab tak tau nak buat apa dengan watak dia last-last matikan terus saja. I mean from season 1 to 7 dialah ular, dialah dalang dalam semua perkara major yang berlaku dalam GoT. He is actually a very interesting character. Tapi underdeveloped.  Sama macam Tyrion lah. Dalam season ni terus jadi hambar. Where is his wit? His charm? 

7. Sam tetiba muncul di Winterfell (lajunya!) kepochi nak bagi tau Jon yang dia sebenarnya terjumpa info legit mengatakan bahawa Jon adalah Aegon Targaryen. Walhal Gilly yang jumpa dulu kan? Kemain amik kredit orang! And surprisingly our own heartless and emotionless Bran tak tahu pasal ni. Oh mai! Kata Three-Eyed Raven kan. Rupanya kuasa dia ada limit. Ko kena bagitau certain point dalam satu-satu event tu then baru lah dia boleh kembali ke masa lampau tengok betul ke tak ko punya statement tu. Macam Wikipedia lah tapi versi Westeros.

Disebabkan teori ni dah lama sangat orang speculate (orang namakan teori R+L=J, means Rhaegar couple dengan Lyanna dapat Jon) bila dah berlaku betul-betul rasa macam oh! Lepas tu move on. Dah tak jadi plot twist dah. Bayangkan kalau takde teori ni tak terasa terkejut ko!

8. Dany akhirnya buat hubungan kelamin dengan Jon diatas bot and I just can't. The incest is real you guys! Sementara itu Tyrion mengendap dari sudut tepi semasa mereka masuk ke bilik bersama-sama lantas menimbulkan rasa creepy dalam diri aku. Ko nak apa sebenarnya? 

9. Lagi sekali bila The Wall runtuh aku macam ok lah make sense pun. Dah akhir season kan? Punya lah lama aku tunggu bila nak runtuhnya. By the way aku ada persoalan naga ais tu sebenarnya apa jenis api dia? Sebab biru so nak kata api tak juga. Ais ke? Kalau ais mana boleh ais musnahkan dinding ais. Makin tebal adalah. Ke some sort of force semata? Macam Cyclops X-Men tu. What do you think?


Lepas tu perasan tak masa rombongan Wights dan White Walkers masuk melepasi The Wall sikit punya baik jalan clear takde pun serpihan batu-batu ais pun dekat tengah-tengah jalan. WOW! JKR datang bersihkan ke? 

Overall nampak macam aku membebel tak puas hati banyak kan dalam season ni? Haha. Nak buat macam mana. Makin lama GoT ni makin predictable. Walaupun ramaaaaai dekat luar sana tak setuju dengan aku. Entah lah  Tapi aku akan still tengok the next final season. Nak tengok apa ending dia. Macam mana diorang handle semua watak-watak ni etc.

What about you guys? Apa pandangan korang dengan keseluruhan season kali ni? Best? Menarik? Leave your comment below. I would love to read it. Kalau aku rajin mungkin aku akan up lagi post pasal GoT. Macam spin off lah. Bukan lagi segmen utama Game of Serkap tapi macam sub topik pasal benda lain yang aku rasa menarik untuk diutarakan. Ko ingat GoT je yang boleh buat sampai 5 spin off? 

Makanya secara rasminya sudah tamat Game of Serkap untuk tahun ini. Berjumpa lagi pada akhir tahun 2018 ataupun awal tahun 2019!!

Friday 15 September 2017

Melawat Kembali Monyet-Monyet di Taman Paya Bakau (Edisi Reunion)

Dalam blog lama dahulu aku ada publish satu blog post mengenai lawatan singkat aku ke Taman Paya Bakau yang terletak di Manjung dimana main attraction dia sebenarnya bukan pokok bakau tetapi monyet-monyet yang berkelakuan liar, psycho, tidak beradap dan rakus yang hidup berkeliaran didalam kawasan tersebut. I managed to get tons of pictures dan pada hari itu juga kerjaya aku seolah-olah sudah bertukar kepada photographer untuk majalah National Geographic. Boleh baca entry lama dengan klik link dibawah.


Favourite gambar aku dalam post lama ialah gambar Mak Monyet tengah emo sambil anaknya terlentok memandang ko sambil buat muka pyscho. 

Female monkey with her cub

But this was waaaay back in 2012. Sekarang selepas 5 tahun kemudian, aku mengambil keputusan untuk kembali ke 'medan peperangan' untuk melawat kawasan ini semula dan melihat jikalau ada sebarang perubahan telah berlaku. Mana tahulah kan kalau monyet-monyet ni (mostly new generation) dah beradap setelah mendapat proper education terhadap visitor ke apa. Kita tak tahu.

Oh hell I was wrooong.

Masuk-masuk sahaja dekat bahagian entrance dah terjegat monyet-monyet ni duk melepak dekat depan macam gengster meminta diberi makanan. WHAT IS THIS YOU GUYS?? Where is your manners!?

Nampak tak macam mana style diaorang mendapatkan makanan. Terus pergi
 ke sumber yang memberi tanpa segan silu.
Aku tak tau lah kereta putih ni pengunjung tetap ke apa, tapi dia slumber sahaja masuk park depan entrance ni lepas tu bagi makanan umpama memberi dedak kepada ayam kemudian cepat-cepat tutup tingkap semua. Like wutt! Ada satu time memonyet ni semua panjat kereta tu siap duduk atas bumbung lah, bergayut dekat side mirorr lah. Berkelakuan macam nak buat rusuhan pun ada aku tengok tapi aku tengok rileks saja orang dalam kereta tu tak bergerak lari seolah-olah dia macam terhibur memonyet ni berkelakuan begitu. Gamaknya effect 4D ride ke apa ntah lah.

Kelakuan monyet-monyet ni aku rasa lagi liar compare dengan monyet dekat Batu Caves. Gila betul. Kemudian aku dikejutkan dengan kedatangan ketua dia macam what the wutt!! Besar gila!

  
Kualiti gambar pun macam dah kabur sikit sebab aku macam hilang sekejap sifat 'keprofesionalan' aku lantas mula rasa gabra nak amik gambar monyet ni. Terus snap laju gila lepas tu blah. lol. Sekarang korang tengok ketua dia ni dengan konco-konco dia dekat belakang. Saiz dia berbeza bukan? Dalam gambar ni macam tak berapa sangat nampaknya. Tapi sepatutnya monyet dewasa normal tak bersaiz begini melainkan kalau dia amik protein untuk tumbuh muscle macam orang dekat gym selalu buat tu.

Aku rasalah kelakuan monyet-monyet ni berkait rapat dengan faktor bagaimana cara mereka memperolehi makanan lah. I mean, lagi kita bagi makanan-makanan dekat dia lagi liar dia jadi. Kadang-kadang sampai satu tahap boleh serang pengunjung sebab tak puas hati kenapa tak diberi makanan. Last-last bergantung dengan makanan dari orang ramai saja. Patutlah aku tengok ada satu family ni park kereta jauh sikit dan lebih berpuas hati memberi makanan dekat burung-burung merpati (still bagi dalam kereta) instead of pergi menggadai nyawa nak bagi makanan dekat monyet-monyet ni. THEY KNEW.

Anyhow mujur aku dah parking jauh-jauh sikit dari entrance kalau tak balik dengan side mirror hilang sebelahlah jawabnya. And guyss! Did I tell you entrance masuk dia macam masuk hutan puaka niyang rapik. Scary betul. Ni baru pergi waktu siang terang benderang. Tambahan pula tempat ni macam tak bersih dan tak dijaga. Kalau korang perasan dalam gambar mula-mula yang aku letak tu pun dah bersepah dengan makanan dekat depan tu. Walaupun masa ni proses nak baik pulih taman ni sedang dijalankan tapi at least jagalah kebersihan kawasan tu. Tapi entahlah macam terbiar saja lagaknya. Tapi ada renovation. Pelik aku.

Bila kita masuk dalam taman ni kita akan melalui
pathway yang dibina untuk kita explore kawasan
 paya bakau ni sampailah ia berakhir dekat tepi sungai.
Mujurlah semakin jauh ke dalam, pokok-pokok pun mula tumbuh menjauhi antara satu sama lain jadinya kawasan sekeliling menjadi semakin cerah kalau tidak creepy betul. Masa ni boleh dengar bunyi ketuk-ketuk dekat dalam. Tapi bukan disebabkan oleh perbuatan momok ke apa cuma pekerja binaan sedang tukar lantai papan kepada lantai simen.

Lantai simen macam ni lah.

Tapi tak bestnya ada certain part yang ada lubang-lubang bahaya betul kalau aku duk khusyuk tangkap gambar boleh terjatuh dalam ni. Langsung tak ada tanda amaran ke apa. Bukan satu lubang saja tapi ada 3-4 lubang lagi dekat tempat yang berbeza. Kena hati-hati kalau korang nak melawat ke kewasan ini. 

Lepas beberapa minit kemudian, terjumpalah 2 ekor monyet yang sedang bertenggek tepi rail. Macam biasalah apa lagi diorang buat. Cari kutu lah tu.

Ni adalah 2 ekor monyet yang sama ye. Ko tengok posisi
 monyet-monyet ni berubah-ubah setiap minit macam
wow! monyet kecil tu patut caj extra untuk full body treatment.
Ok, yang ni aku perasan lah bila kita masuk lebih dalam ke paya bakau ni, kadar monyet-monyet untuk berkelakuan ganas akan menurun secara drastik sebab kalau korang nak tangkap gambar dekat-dekat pun ok. Tapi jangan lah dekat sangat nak hilang hidung ke? Tapi aku rasalah depends juga tengok aura korang tu friendly ke tak. Kalau macam busuk hati ke, kuat dengki mesti diorang akan berasa tak selesa lantas meninggalkan korang terpinga-pinga disitu.

Akar-akar pokok bakau dekat sini semua panjang-panjang belaka. 

Waktu ni air tengah surut maknanya boleh lah tengok hidupan lantai dekat bawah macam ikan belacak, ketam kecil dan sebagainya. Aku perasan juga ada bunyi 'clak' clak' kuat gila tapi tak tahu dari mana datangnya sumber bunyi tu. My wild guess is bunyi kepah/lokan duk berlaga cengkerang. Sebab apa ntahlah. Musim mengawan kut. #SerkapJarang

Tak taulah apasal result gambar macam gloomy tapi time ni
 pemandangan agak cantik sebenarnya.
Dekat pengakhiran pathway ni akan ada semacam 2 jeti yang korang boleh tengok pemandangan paya bakau secara menyeluruh. Sadly atap jeti-jeti ni macam usang aku risau betul bila-bila masa dia nak jatuh menyembah bumi. Ada juga tangga nak turun ke bahagian bawah. Kalau rasa adventurous boleh lah turun tapi kalau kaki tenggelam masuk dalam selut tu ko redho je lah mereput dekat situ sebab tak ada orang yang akan tolong kau. Kawasan ini agak sunyi juga lagi-lagi kalau korang pergi pada waktu awal pagi or tengah hari. Dan usually ramai lebih suka lepak dekat entrance saja.

Anak monyet bersama ibunya sedang leka mengunyah tebu.Wait, tebu?

Kemudian ada terjumpa monyet tengah main
 dengan lori mainan. Comel betul perangai macam
budak.
Masa nak balik semula ke entrance, (boleh spent around setengah jam dekat sini kalau ambil masa tengok-tengok kawasan, cari-cari monyet etc.) TIBA-TIBA! *pause 3 saat untuk kesan dramatik*

Satu group monyet yang terdiri daripada 12-15 ekor tanpa mengira saiz, jantina, rupa dan berat datang ke arah aku macam wuutt!! Gangster nak peras ugut 'duit perlindungan' ke apa? Lagi sekali? Dulu pun macam ni juga.

Macam mana nak lalu?
Ni baru first wave sebab ada lagi dekat belakang. Aku time ni duk fikir sama ada nak melarikan diri terjun dalam sungai ataupun berlagak stay there and fight! (lol). Namun naluri aku seolah-olah memberi petunjuk tak payah takut pun. Dan masa group ni lalu berjemaah kiri dan kanan aku pun mereka ni relaks saja tak kacau. Gamaknya lalu nak balik rumah(?) lah kut nak kejar waktu dinner.  

Sempat tangkap gambar salah sekor monyet yang lalu. Tapi lawak tengok
reaksi muka dia macam blur tengok mende human ni duk tercegat berdiri
dekat sini. Aku pun pada masa yang sama blur tengok monyet ni.
Eloklah dua-dua blur.
Sebelum nak akhiri blog post ni aku nak cerita pengalaman waktu dekat entrance. Ye, group yang sama. Masa ni nak balik dah. Last gambar katanya. Masa nak tangkap gambar ada satu monyet ni (dah lah rupa macam gangster dengan mata sebelah macam buta) dia tenung baik punya. Gamaknya since aku tak offer dia makanan tetiba dia meroyan siap buat bunyi "Syruughhhhh!" (lebih kuranglah) siap tangan sebelah buat gesture macam nak rembat hidung aku. Gila!

Lepas tu tetiba bergerak datang macam nak melompat ke arah aku. Dan aku tau ni adalah masanya yang sesuai untuk aku berambus dari sini. Tapi kalau lah in case aku macam kena serang lepas tu koma ke apa ni lah gambar terakhir yang korang akan jumpa dalam kamera aku. 


Tuesday 12 September 2017

Tips Untuk Mencari Tajuk Lagu Kpop

Hello guys!

Pernah tak mengalami situasi dimana disaat terdengar satu-satu lagu Kpop di radio tiba-tiba rasa tersuka dengannya namun bila lagu tersebut dah habis, DJ radio langsung tak bagi tau apa-apa details mengenai tajuk atau penyanyi lagu tersebut tapi duk sibuk kecoh bebel pasal benda lain yang tak relevan langsung? Lantas membuatkan anda terpinga-pinga macam mana nak cari dan dengar lagu itu semula di Youtube mahupun di Spotify.



Jangan risau wahai pendengar-pendengar yang clueless sekalian, this time around aku, sebagai ex-guru Kpop (2007-2013, RIP) akan cuba menolong anda dalam menyelesaikan isu ini dengan memberi sedikit tips and tricks. Walaupun sekarang rasanya dah kurang dengar lagu Kpop macam dulu. But at least pengalaman 7 tahun ini tidak terbazir begitu sahaja.

Tips ini juga sesuai dengan pendengar lagu Kpop yang:

➪ noobs, iaitu hanya tahu perkataan basic Korea seperti 'Saranghae', 'Annyeonghaseyo' dan 'Kamsahamnida' sahaja namun bila dengar lagu Kpop terus blur apa yang disebutnya. Nak teka siapa yang nyanyi lagu tu apatah lagi. Lagu terakhir kegemarannya ialah daripada kumpulan Kpop zaman dinasour iaitu Wonder Girls 'Nobody'.

➪ low-key liking Kpop songs tapi since rakan-rakan sebaya memberi persepsi dan pressure lagu Kpop ni rubbish dan tak maskulin untuk didengari ataupun yang jenis 'Sokonglah lagu tempatan buat apa nak dengar lagu luar?', maka dia terpaksa hidup didalam penafian dan terpaksa senyap-senyap mencari lagu-lagu ni sendiri tapi no idea where to start.

➪ galak tak bertempat, jenis nak impress orang sekeliling dengan pengetahuan lagu-lagu Kpop yang trend lagi terkini namun pengalaman Korea yang paling dekat dengannya ialah dengan memakai facial mask made in Korea masa sale buy 2 free 1 di Watson.

➪ tiada smartphone ataupun apps untuk detect sesuatu lagu (Shazam etc.) tetapi, diulangi TETAPI masih lagi ada connection Internet. You need the Internet.

Whichever group you are it's ok. I'm not judging. This entry is for you. But first! A few disclaimers:

1. Hanya boleh diaplikasi kan lagu yang datang dari radio mainstream. Kalau dari sumber lain macam terdengar dekat pasar malam ke, masa makan dekat Seoul Garden ke ia agak susah lah sebab possibility untuk lagu itu diteka jadi sangat susah. It can be anything.

2. Not 100% will work out but a least there is something we could do to find the song instead of getting frustrated by doing nothing at all.

So let's start:

 "Bagaimana nak tahu tajuk lagu Kpop kalau terdengar dekat radio?"

TIPS #1 - Radio Charts

Ini langkah yang paling mudah dan cepat. Selalunya lagu Kpop yang diputar dalam playlist radio adalah lagu Kpop yang betul-betul famous dan diminati oleh general listener. Maknanya tak akan ada lagu random Kpop yang akan dipasang secara tiba-tiba. Jadi bila lagu ni banyak demand untuk diputar di radio, kebarangkalian untuk lagu ini berada didalam carta sesuatu radio tu saaaangat tinggi.

You guys boleh check website radio tersebut mesti ada senarai carta lagu yang boleh disemak. And if you are lucky setiap lagu dalam carta tu ada preview atau link yang akan bawa straight ke Yotube terus senang tak payah susah-susah.

TIPS #2 -  Google Is Your Friend

Or Yahoo! or Bing or whatsoever but I prefer Google. Tips ni macam banyak kerja sikit nak buat tapi sangat-sangat membantu jikalau berada didalam keadaan terdesak. Terdesak tu macam lagu ni terngiang-ngiang setiap masa sehingga mengganggu kosentrasi diri. Tak tenang selagi tak tau sapa nyanyi.

Tapi sebelum menggunakan tips ini I want you to do this jikalau lagu ini diputarkan sekali lagi di radio. Make sure...

1. Besarkan lubang telinga dan cuba detect mana-mana sebutan dalam Bahasa Inggeris. I can guarantee you that 98% majority of Kpop songs will include at least one English word in it. This is crucial. Ignore the Korean part. Focus the English part especially in the chorus.

2. Tak berjaya identify English word sebab rasa sama aje English, Korea sebutannya. Jangan panik. Cuba identify mana hook part yang diorang selalu ulang-ulang. Seperti 'Oh la la', 'Na na na', 'Du du du', 'Boom boom booom' dan sebagainya.

3. Got all information you need? Now we can start Googling.

Dalam box search taip

'[English Word] or [Hook Part], Kpop, Lyrics'

Dah cuba tapi masihlagi tidak berjaya? Redha jelah. Move on dengan lagu lain. Perhaps lagi 5-6 tahun ko akan jumpa lagu itu juga. Mana lah tahu.

Selalunya aku guna tips #2 dan ia menjadi. Tapi sekarang aku jarang guna dah sebab dah lamaaa tak dengar lagu Kpop di radio. Selalunya dengar sendiri. Tapi kalau lagu English believe me tips #2 ni macam berkesan gila. Kalau ingat satu ayat lagu tu pun dah cukup. Tapi kalau lagu Korea or any non English song agak sukar sedikit.

Selamat mencuba! Kalau berjaya sila beritahu kami, kalau tak diam-diam saja. lol.

Sunday 10 September 2017

Reacting to My First Blog Post

Aku masih lagi ingat post pertama aku di published somewhere around April 2010. Yes, I've been around doing this blogging stuff for about 7 years now. Tapi still lagi tak femes-femes dan tidak membawa sebarang keuntungan pun. *air mata menitis sebelah mata*

At that time blogging ni trendy gila semua orang yang ada connection Internet especially student, majoriti akan ada blog personal termasuklah diri aku sendiri. Let's just say that 2007-2012 ialah era emas blogging dimana orang boleh buat duit dengan menulis tentang benda melagho, review barang dan masalah sendiri di alam maya. Sekarang *ketawa kecil* mostly semua dah tinggalkan blog masing-masing mereput biar terabai. Aku pun hampir pernah terjebak dengan situasi ini dengan hiatus selama 2 tahun tapi kemudian kembali menulis secara aktif semula pada bulan lepas. Yuhuuu! But still progress dia punyalah slow nak dapat satu, YE SATU follower pun ya ampun payahnya. 

Nak cerita pasal sejarah blogging ni dia punya panjang macam cerita kisah hidup ala novel trilogy mesti ramai tak kisah pun so aku akan terus straight to the point. Marilah kita bersama-bersama react to my first post blog ever walaupun aku rasa macam segannyaaa. Haha. You can read the original version right here on my old blog. Tapi aku ada letakkan blog post tu dekat bawah ni untuk tatapan dan kemudahan kita bersama. My comment will be marked in red small numbers. Kemudian korang boleh refer nombor tersebut pada dibawah entry lama ni dimana aku ada buat seperti satu list mengikut turutan supaya tampak (WOW tampak ko!) lebih kemas. Mengerti? Ok mari kita mulakan.


*****************************************************
Date Published: April 17th 2010
Title: Finally!![1]

[2]

After struggling like mad for about 2 days!! I finally managed to complete my own blogs!!!.[3] Based on my experience creating this blog. I finally make some conclusion that is building your own blog it is not an easy job!! I mean it!! These are the reasons why:[4]

[5]


<Find Suitable Pattern and Colours>
     Yup!! People seems don’t care to forgot that colour give an IMPORTANT roles in creating your blog. Sam[6] goes to human. Bad colour match means your  fashion IQ taste are low. [7]


<Understand Some Basic Code>
        Another thing to look out!! At least you know what it is HTML (This code always remind me about HL Low Fat Milk), Buttons, Header etc. And understand it well. [8]

           <Create Your Own Identity>
    Try to be yourself when writing a Blog, don’t imitate other people!!(OK!!! i prefer the REAL Britney!!) [9]


[10]



     Ok basically this blog is all about everything that I think is interesting (any topics maybe about people,food, gadgets, especially MUSIC!!) and I will post it here!! From now own lets be BFF!!![11]
      P/S: Sorry about any grammar mistakes that i have made. Not really good tho.[12]


************************************

[1] Nampak tak simptom pertama aku ialah KETAGIHAN SEMUA AYAT NAK ENDING DENGAN TANDA SERU!! Even tajuk pun tak terlepas dengan ketagihan ini. Korang akan lagi perasan dekat dalam isi kandungan blog post ni lagi bersepah tanda seru aku salah gunakan. Aku pun tak faham macam kurang perhatian ke letak tanda seru banyak-banyak ni? Haha. Lepas tu bukan satu dua tapi tiga tanda seru. Oh, God. 

Oh, dan aku teringat sebab aku pilih tajuk ni ialah aku stress 2 hari full day design blog dengan pilih template semua siap kasi cantik. Dengan bersengkang mata lagi terus macam semangat nak merasmikan dah siap dengan ucapan DEAR WORLD, FINALLY!! (complete dengan dua tanda seru) instead of choosing tajuk yang lebih klise dan down to earth macam 'Entry Pertama Saya'. lol

And I do think pemilihan tajuk ni ada sedikit pengaruh dari lagu Fergie yang bertajuk 'Finally'. Rasanya.

[2] I told you guys that I was so damn happy bila semua preparation blog dah siap. Siap tempek gambar fireworks extra editing celah bedah mana ntah aku dapat tu. Kononnya tak cukup clear lagi kan dengan TAJUK tu, haa hambik ko bubuh gambar not one but two huge fireworks untuk memaparkan lagi keriangan dan kegembiraan masa tu.

[3] Selepas tanda seru ke tanda soal ke tak payah letak noktah dik. Aku selalu buat mistake ni a LOT dulu. 

[4] Cringe-y nyaaaa grammar berterabur macam esok tiada lagi. Haha.

[5] Motip gap spacing besar benar ni nak buat batas tanam sayur ke? Ignorant betul zaman dulu. Main tibai saja benda-benda ni. Aku laa ni tak leh pandang simple mistake macam ni.

[6] Sapa Sam?

[7] Point pertama ni macam tak jelas langsung bila baca sekarang. Tapi aku tahu aku macam nak sampaikan kononnya nak bagitau pemilihan warna dan pattern amat penting dalam merekabentuk sesuatu template blog. Tapi dia macam tak kena dan tak jelas. Lepas tu guna metafora fashion sense yang wutt?? Haha. Fashion forward sangatlah kan sampai membabitkan IQ orang bagai kan? So sassy. Bluerghh! HAHAHA. And don't let me start with the picture afterwards.

[8] Ahh! That food reference. HL Milk. Petanda pertama blog post aku lepas tu akan penuh dengan cerita-cerita pasal makanan. And I still hate HTML.

[9]  lol again with the reference? Kali ni comparison dengan pop culture?

[10] Aku part ni amatur gila tak reti nak gabungkan 2 gambar menjadi satu kemudian aku tarik 2 gambar tersebut sebelah menyebelah secara manual sampai format tulisan kat bawah dia jadi jauh tertulis ke kanan. Memang dah haru biru coding time ni. Nak betulkan pun memang susah masa tu. Messy gila. 

Untuk saja nak sedapkan hati meh sini aku gabungkan balik 2 gambar itu semula. Here we go...


[11] "Lets be BFF!!!"


[12] At least I'm apologizing here. Ah! One more important thing. Kenapa entry pertama aku ditulis dalam fully English walhal ke laut grammar dia. One thing only my friends. Money. Hahaha. Dulu aku siap ada strategi nak tulis blog post dalam English sahaja sebab nakkan audience lebih ramai. Kalau tulis dalam BM nanti macam akan lagi kecil lah peluang aku untuk dapatkan readers yang ramai sekaligus menipiskan peluang aku untuk dapatkan iklan-iklan banyak. Ko nampak! Start-start blogging dah pikir duit kan. Bukan sebab ikhlas menulis untuk kepuasan diri. Setiap kali aku nampak ada blogger tulis statement ni kemudian bila check trafik dia macam suam-suam kuku aku tau dia nak sedapkan hati je tu. Haha. 

Konklusinya walaupun aku duk komen kritikal gila. Aku sedar entry pertama ni lah yang menjadikan aku yang sekarang ni. Walaupun se-cringe-y mana pun blog post ni kalau ia tak ada, memang tak akan wujud lah entry yang seterusnya. And guys this is actually a really fun post to make. Rasa macam down memory lane kejap. Dan akhir sekali untuk semua readers yang baca blog ni sama ada yang lama mahu pun yang baru.

Lets be BFF!!! *pengsan berdiri*

Friday 8 September 2017

Gigitan Pertama: Ice Cream Paddle Pop Watermelon

Dikala tengah menunggu giliran untuk membayar barangan yang aku beli dekat kaunter, aku TERjeling lah dekat customer dia beli apa kan. Selalunya aku bersopan dan menundukkan pandangan macam tu. lol. Namun kali ni aku macam TERpandang pak cik tu macam beli ais krim Paddle Pop. Tapi pelik bukan main sebab bungkusan dia tunjuk ada ais krim berbentuk tembikai yang dipotong nipis. 

I was like (dalam hati lah tapi luaran still maintain cool and calm)... IS THIS SOME KIND OF NEW FLAVOUR THAT I'M NOT AWARE OF!? Maka lepas balik rumah buat quick Google research sikit betullah ada ais krim Paddle Pop Watermelon flavoured yang baru. You guys know how I am very supportive bila bab perisa-perisa baru yang bukan klise ni kan. 

Tanpa berlengah masa lagi terus selongkar peti ais kedai tersebut dan cari perisa tersebut. Dan dengan wang berjumlah RM1.50 you will get yourself this fella..


But wait a minute. WHO EXACTLY

ARE

YOU?!

Have we ever met before? Mana pak cik Paddle Pop singa dulu yang kepala dia lonjong semacam tu? Are you his son? Never mind. Ko tunggu situ kejap aku akan kembali sekejap nanti.

Ok, here is the ice cream will look like lepas bungkusan dibuka.

Pandangan hadapan
Cute bukan maiiiin. Aku tak boleh blah siap ada details biji tembikai 3 ketul hitam tu (Bukan tahi lalat). Tapi aku tak pastilah kalau korang dapat yang defect punya instead of dapat 3 biji hitam dapat dua ke ataupun kedudukan dia tak tentu hala nanti. Nasib badan lah ye.

Pandangan belakang
Bila belek belakang dia takde pula bijinya? Ok, sekarang untuk rasa dia pula kalau korang expect rasa ibarat jus tembikai kedai siam dengan harga belian RM1.50 tuu lupakan saja impian anda itu ye. Rasa dia macam tembikai tawar yang rasa artificial. Nothing fancy here. Tapi yang bestnya bila dalam situasi hangat pijar ke apa dan ko mula gigit ais krim ni rasa dia macam fresh betul. Takde macam kalau ko makan ais krim perisa lain especially yang ada susu lepas habis makan ko rasa makin dahaga terasa nak minum air kosong pula. This one ada rasa tu tapi tak sekuat dengan selepas memakan perisa ais cream milk based. And yes, 3 bintat hitam acah biji tembikai tu adalah coklat dripping semata. Tak terasa langsung pun kewujudan dia unless kalau ko cabut dan makan dia begitu saja.

Maybe sebab rasa dia tawar sebab tu rasa macam ala fresh? I mean kalau ko makan kiub ais pun rasa begitu juga kan? 

Pandangan sisi
Overall it was a good attempt. Kalau tak takde lah aku beli kan? Adult pulak tu. lol. Surpringly untuk produk yang berharga RM1.50 Paddle Pop siap ada buat iklan lagi. Macam wow!  Are you like setting some high target here konon Paddle Pop ni akan jadi viral dikalangan Instagrammers hipster lantas laku di pasaran? Maybe. Sebab aku pun akan upload gambar ais krim ni jugaa. But I'm not a hipster. 

You can watch the ad below.


Ok, back to this guy yang rambut macam Justin Bieber semasa pre-akil baligh. Who are you again? Paddle Pop punya maskot kena reboot juga ke? Where is he? The original mascot? Kenapa tiada dalam packaging kali ni? #MisteriNusantara #Konspirasi

Tuesday 5 September 2017

Santapan Mata: Edisi September 2017



I'm a big fan of movies and TGV's Popcorn Royale. Makanya adalah menjadi rutin untuk aku peka dan identify mana-mana filem akan datang yang berpotensi untuk best ditonton. Sayangnya pada masa blog post ini ditulis Summer Blockbuster Movies telah pun tamat seiring dengan permulaan bulan September. Walaupun summer dekat Malaysia ni sebenarnya bersamaan dengan cuaca hangat pijar diikuti dengan rombongan lalat-lalat yang datang merungsingkan kehidupan kita semua. Jadinya macam sayang pula sebab banyak benda aku boleh story mory pasal summer movies ni tapi macam terlepas pula. Tapi takpelah life goes on. We move on to more current stuff.

But first, for a clarification aku tak bercadang nak buat format tonton satu movie lepas tu bagi review kemudian bagi rating. Nope, nope you guys. I'm not doing that anymore. For this time around, aku akan buat macam one off entry for every month or so *ehem* untuk senaraikan semua movie yang aku rasa tertarik nak tengok sekali dengan sedikit pengisian atau lebih tepat lagi bebelan dan harapan. HARAPAN ko! lol. And to make it more interesting aku akan include sekali drama series dalam list ini. I love some good drama series y'all! It's not fair to not include them in this list. Itu pun kalau ada yang menarik lah.

Secondly, sebagai disclaimer (rasa dah macam baca terms & conditions dah sebab ada clarification lah, disclaimer lah) ini adalah list personal. DIMANA *start gaya penceramah* ingin  ditegaskan disini jikalau tiada movie atau drama favourite korang dalam list ni janganlah start royan. This is my personal list and maybe can act as my recommendation for all to watch. Kalau rasa berantakan sangat hati nak luahkan juga ketidakpuasan hati tu bolehlah salurkan diruangan komen dibawah. Since I might miss some of it.

Alhamdullilah. Sudah faham semua? Baiklah, mari kita mula kan.

*MOVIES*


IT 
(English)
Horror/Thriller
7th September 2017
Trailer

Sebenarnya badut creepy ni memang aku familiar betul sebab selalu sangat digunakan sebagai reference dalam drama, movie ataupun novel. Tapi aku tak tau sebenarnya dia adalah watak dalam buku novel terkenal Stephen King yang bertajuk 'IT'. Lepas kecoh-kecoh pasal nak adaptasi novel ini kepada movie kemudiannya baru aku dapat tahu rupanya pada zaman 1990 dah buat mini series 2 episod. Macam wuttt! Kenapa aku tak perasan? Tapi versi badut 'IT' ataupun nama famous nya yang lain Pennywise pada waktu itu berwajah begini.


Okaaayyy. Haha. Nevertheless during that time mini series tu famoooooousss gila sampai boleh tarik 30 million viewers. Game of Thrones is shook! (Their highest was 16 million viewers by the way). Dan pada saat itulah Pennywise mula menjadi macam icon seram dan menghantui kehidupan kanak-kanak dan para ibu bapa lantas membuatkan mereka sedikit gusar dengan kewujudan badut sarkas mahupun badut jemputan majlis hari jadi. To be honest aku tak lah takut mana dengan badut ni since masa kecik-kecik pun jarang jumpa plus bila nampak satu macam rasa nak pukul sebab duk terkinja-kinja sambil ikat belon sambil acah mesra dengan kanak-kanak. Walhal nak fed up dengan diaorang kan? Cuma kadang-kadang aku boleh rasa lah aura pelik seram dia. Sesiapa yang takut clown tu don't worry I got you. I will not judge.

That's why aku macam hype nak tengok movie ni disebabkan sebagai generasi baru, aku tidak berpeluang nak rasa zaman kegemilangan dia pada tahun 1990 tu. Pennywise version 2017 better be creepy or else! Tapi masalahnya dengan movie adaptasi daripada buku-buku Stephen King ni tak selalunya menjadi. Tengok lah 'The Dark Tower' tu. What a mess. 

EXPECTATION:  High Hope 


Logan Lucky
(English)
Comedy
7th September 2017

Filem ni dah lama aku dengar reviewer dok pot pet pot pet rupanya dekat Malaysia baru nak start tayang. Dekat US tengah bulan 8 lepas dah mula tayang. Aku tak tengok trailer dia lagi dan tak nak tengok pun (kalau korang nak tengok sila klik link perkataan trailer diatas) sebab aku completely nak rasa surprise dengan apa yang akan dipertontonkan nanti.

Cuma yang aku tau plot dia pasal heist dan komedi. That's all. Oh! Dan para pelakon dia pun tak kurang famous jua seperti Channing Tatum, Katie Holmes, Daniel Craig dan lain-lain. Lain-lain tu maknanya aku tak kenal lah. Speaking of Daniel Craig do you guys heard that he's going to be in the next Bond movie. Macam dulu aku dengar dia dah fed up berlakon dalam franchise movie ni siap cerca-cerca lagi last-last kena jilat ludah balik kena berlakon semula. I don't what is happening but poor this guy. 

EXPECTATION: Neutral


Kingsman: The Golden Circle
(English)
Action/Adventure/Comedy
21st September 2017

Aha! My favourite alternative spy movie is baaack. The first Kingsman was very enjoyable which was pada masa tu takde sapa pun expect cerita ni akan turned out menjadi best. Remember that church scene? Awesome kan. Makanya adalah normal apabila first movie menjadi hit, movie studio akan memeraaaaah duit penonton seperti lembu-lembu tenusu di Switzerland dengan menghasilkan movie yang kedua. But in this case I'm not complaining.

Pada kali ni Eggsy akan bertemu dan bekerjasama dengan ejen-ejen spy dari USA. Cowboy dengan rifle lah ada yang guna lasso. lol. Dan codename untuk spy-spy dari US ni berasaskan daripada minuman arak seperti Tequila, Champagne, Whiskey etc. Dia macam berbeza dengan codename spy dari British yang diambil dari nama-nama dalam kisah lagenda King Arthur; Lancelot, Merlin, Galahad etc.

Plus, villain kali ini adalah seorang wanita ala-ala Martha Stewart. Aku boleh bayang lah villain ni acah sopan tapi sebenarnya durjana di belakang! Yass, I'm rooting for this villain already!

EXPECTATION: High Hope but turns to Neutral so that I will not be disappointed. 



Mother!
(English)
Psychological Horror
28th September 2017

Guyss!! The trailer is making me intrigued to see this movie. Aku suka betul kalau trailer movie tu tak reveal apa-apa benda penting yang boleh masuk ke spoiler territory tapi pada masa yang sama buat kita tertanya-tanya untuk tahu apa sebenarnya berlaku. Macam apa ni? Kenapa ni? Eh? What? Eh? (Bingung).

Tapi aku dapat rasakan filem ini sama ada akan end up menjadi best ataupun tak best langsung. Jennifer Lawrence is in this movie. But that will not guarantee anything. Plus, is it me or masa Jennifer Lawrence berdiri depan pintu menghadap laman tu mengingatkan aku balik pada zaman Hunger Games dia. Haha.

Bila tengok tajuk dia yang berjudul 'Mother!' siap dengan tanda seru tu mula lah aku terbayang cerita ni akan bagi elemen plot twist yang akan terkejut sangat ke sampai ke satu tahap akan membuatkan orang melatah 'Eh emak kau!' nanti?

EXPECTATION: Neutral

*DRAMA SERIES*



Star Trek: Discovery
Season 1
(English)
CBS All-Access
24th September 2017

CBS ni kan gedik betul kan dia pun sibuuuk nak buat nak buat streaming content macam Netflix, Hulu, Starz macam ko ingat orang ada duit ke nak subscribe channel bebanyak? Mesti tak tahan lama (serkap jarang). Cumanya bila diaorang announce nak buat drama pasal Star Trek aku macam pandang dua tiga kali juga lah. Sebab let's be honest here aku lebih prefer Star Trek daripada Star Wars. But I don't hate Star Wars either.

As for me their world is soo interesting dengan makhluk asing pelbagai bentuk mampu berasimilasi dan bekerjasama untuk selesaikan misi-misi penting ataupun buat ekspedisi ke planet-planet luar. And I DO think Star Trek ni lebih baik jikalau diadaptasi dalam drama series daripada movie. Weekly adventures macam tu. Lagi banyak benda boleh explore. Cumanya aku dengar-dengar ada banyak masalah semasa pembikinan drama ni. Which again, I might watch the first two episodes and then I will conclude my opinion later. Did I tell you our own Malaysian born actress, Michelle Yeoh is in this.



Criminal Minds 
Season 13
(English)
CBS
27th September 2017

WUHUUUUU! My favourite team is baaack again with a new season lepas season cliffhanger lepas. Sedar tak sedar dah 13 tahun aku duk follow cerita ni macam weh dah lebih sedekad dah. Plus, salah satu impian aku sejak daripada season awal-awal lagi untuk ada asian member dalam team ni akhirnya tercapai. Daniel Henney, oppar dari cerita sister Criminal Minds yang berjudul Criminal Minds: Beyond Border (or should I say Beyond Flop) akan ditransfer dalam drama ini. Since Beyond Flop pun mampu tayang 2 seasons saja lepas tu kena cancel.

Walaupun aku rasa aku lah yang paling layak untuk mengisi tempat duduk itu sebenarnya. Hehe. Oh! Bila tengok poster dia aku macam perasan someone is missing. Is he dead?  



Duck Tales
Season 1 (Reboot Series)
(English)
Disney XD
23rd September 2017

DID I NEED TO INTRODUCE THIS SERIES??



Lagu theme dia pun epic gila sampai aku ada masukkan dalam list personal aku sebagai lagu kegemaran semasa membesar. Read it here. Cumanya bila dengar new rendition lagu tema ni ok laaaa. Mana boleh beat the original kan? Plus, the cartoon design dia macam berubah jadi style 'comel'? Mungkin nak bagi current lah kut. I don't mind tho.

In addition akan ada David Tennat dalam ni as Scrooge Mcduck which I love him in 'Jessica Jones'. Walaupun kebanyakkan orang suka dia sebab 'Doctor Who'. Doktor who? (pun intended) Sebab aku tak tengok drama ni. Aku mungkin akan tonton 2-3 episod pertama dan kemudian baru aku akan decide untuk follow ke tak.

That's it for the month of September. Banyak bukan nak kena catch up. Entah ada masa ke tidak aku pun tak pasti. Walhal cerita-cerita lama pun banyak lagi tak tengok. Oh! Masa itu sungguh mencemburui kita. We will meet again next month then.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...