Thursday 18 January 2018

Nope, This is Not A 'Random Rants'



I have a confession. Benda ni aku dah pendam lama gila sejak tahun lepas lagi. In fact perkara ni dah tercetus sejak akhir tahun 2016 lagi dimana pada masa itu dalam minda aku ligat berpusing dengan pelbagai idea apa intipati yang nak aku isi untuk dijadikan content untuk blog ini pada tahun 2017. Tapi macam biasalah setahun dah berlalu apa pun tak berlaku. Idea tinggal idea. Blog tenggelam timbul tak sudah.

Secara jujurnya aku rasa lega juga dengan keputusan aku untuk tidak langsung umumkan kepada pembaca apa rangka plan aku semua tu. I learnt from my past actions. Bagaikan tin kosong bising itu ini dengan teaser bagai nak buat semua benda lepas tu senyap membisu tanpa sebarang khabar berita. Ah! You guys know me better kan? Walaupun kali ini macam tak memalukan sangat sebab tak sebar pelbagai janji manis jadinya orang tak mengharapkan apa-apa, tapi jauh  disudut hati rasa macam sucks betul sebab tak achieve apa yang diri sendiri target pada awal tahun lepas. Self guilty macam tu.

Ok, cukuplah membebel bagai. Let me tell you what was my plan really about. Tapi aku akan reveal satu sajalah. Not all. Sebab aku percaya kalau aku cerita semua nanti satu pun tak akan menjadi. Macam kepercayaan karut kan tapi berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, rasanya selalu sangat terjadi. So to just to be cautious enough la ye. 

Actually awal tahun 2017 aku ada plan untuk buat satu siri macam untuk connect dengan readers melalui medium lain. Sama ada melalui YouTube ataupun Podcast. I want to try something new. Tapi masa tu still lagi tak decide untuk start platform yang mana satu dulu. Ditambah pula isu apa yang nak dikupas? 

Plus I have a camera but a shitty one. I bought this one like 5-6 years ago and I doubt I can make some good quality videos to be uploaded on YouTube. Manakala untuk podcast pula aku ada isu again alat yang sesuai untuk rakam suara. Nak guna recorder dekat phone purba sendiri memang kalau dengar balik macam bising pula. Kemudian nak guna bahasa apa? English atau Bahasa. Aku macam dilema betul tak tau nak guna bahasa yang mana sebagai bahasa pengantaraan. Nak target wider audience ke? Atau nak fokus specific group sahaja? Kalau nak guna English mampu ke? Dah lah bukan 'terror' mana pun speaking nanti buat malu kena kecam orang ramai.

At the end aku perasan sebenarnya ni semua alasan-alasan aku reka untuk mengaburi masalah sebenar yang aku cuba buat-buat tak nampak selama ni. Insecurity dan being a perfectionist. Dua sahabat ni lah yang jadi dalang sebenarnya. Hello! Kisah lah pulak orang dengan video quality dengan tak ada kualiti bunyi nak buat podcast bagai tu. People will come back if they like your stuff. Lepas tu masalah dilema nak pilih bahasa tu rasanya ko ingat lepas buat first episod akan terus meletup ramai orang akan subscribe ke kalau berjaya pilih bahasa mana yang sesuai? Ni semua alasan sahaja.

To be honest, I'm afraid to show my face. I'm afraid to speak and then getting judge by other people. I'm afraid how people will listen to my voice and laugh at it. I'm afraid of not getting the views that I initially hoping for. I'm afraid of rejection. I'm afraid of disappointment. These are the things that actually blocking me from creating the things I want. 

To make it worst, sifat perfectionist dalam diri dimana setiap hasil kerja pun rasa tak cukup bagus kononnya tak mengikut standard diri sendiri. Tapi yang sebenarnya set dekat tahap mana pun aku tak tahu. Takut kalau hasil kerja tak cukup bagus nanti orang komen itu ini. Entah berapa kali percubaan nak start gagal gara-gara sifat ni. Preparation semua dah siap cuma tunggu recording sahaja lepas tu rasa ragu-ragu nak buat sebab tak rasa apa yang nak dipersembahkan untuk orang ramai tak mencapai kualiti yang diinginkan. And I scrapped it all. Shame really. Sampai bila?

And then I remember my last year lesson. Kalau nak ikut pandangan orang sampai bila pun tak akan bergerak kemana-mana. You don't own something from them. Do what you want to do. Dan yang paling penting sekali, forget all your worries and just do it. Make the first step. Menjadi ke tak, itu belakang kira. Kalau tak mulakan macam mana nak tahu apa result dia bukan?

Memandangkan Januari 2018 pun akan tamat lagi 2 minggu yang mendatang aku bercadang untuk terus mulakan projek ini pada minggu depan. Lama-lama simpan last-last tengok dah masuk 2019. Biarlah macam tergesa-gesa. Kalau ended up messy gila. MARILAH KITA MESS IT UP BERSAMA-SAMA! Haha. Through thick and thin!

So plan siri pertama aku bercadang nak buat ialah untuk start book club. Ha! Ha! Dah ada nak start tidur dah. Haha. Dengar dulu! Book Club ni aku bercadang nak baca satu buku sampai habis bersama-sama dengan readers. Dia macam aku akan bagi schedule untuk semua orang ada masa baca certain chapters. Lepas tu aku akan post satu episod untuk discuss apa yang telah dibaca. Tak kisah lah trivia ke, pendapat ke, favourite scene ke aku akan cuba rangkumi semua tu dalam satu episod. Then after that korang pun boleh tambah komen atau pendapat masing-masing ataupun ada soalan yang boleh kita jawab bersama-sama. Kalau perlu aku akan buat lah satu episod bonus untuk Q&A atau mengenai isu-isu yang perlu dikupas lebih lanjut. Itu pun kalau ada lah. EXCITED GILA KAN?! Hahaha. Kalau tak ada sambutan pun tak apa lah. Janji dah buat hati pun senang.

Of course aku akan cerita lebih lanjut pasal benda ni dalam blog post yang lain. Yang lebih details. What medium I will use you say? Maybe trough a podcast. Tapi boleh je nak upload podcast tu ke YouTube. Tak ada masalah pun. But anyhow I will confirm it in the next proper blog post. Oh, btw I'm going to choose Harry Potter and The Philosopher's Stone as our first book for our book club. And! we will use both English and Bahasa version. Wuhuuu! Let's ride the hype train y'all!!

3 comments:

  1. Buku apa you nak baca? Kalau menarik dan aku boleh commit, why not!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis! Dekat ending ada tulis kan buku apa. Haha. Harry Potter & The Philosopher's Stone. ^^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...