Wednesday 28 February 2018

Random Rants #10

Haaa! Hold your eyes from rolling you guys sebab aku post Random Rants ni. Simpan serkap jarang mu itu teman-teman sekalian. Bukan, bukan sebab aku tak cukup content nak publish blog post baru. Cumanya dah lama tak buat entry word to word (read: face to face) dengar readers (kalau wujud). Disebabkan dah nak masuk bulan baru, agak molek juga untuk publish post macam ni. Tapi sebelum tu aku nak ingatkan, aku lebih suka kalau kita anggap post ni lebih ke arah 'Coffee Session' supaya tampak santai dan ada 2-way conversation macam tu.


#1 Kalau perasan, aku dah start publish blog post berunsurkan makanan. Ada yang back to back pulak tu. Lagak macam ghairah nak update kan. Sebenarnya aku tak plan pun nak post pasal makanan secara berterusan pun. Lagi-lagi selepas insiden *ehem* 'rehat' selama dua bulan lebih daripada menulis apa-apa dalam blog ni. Rehat pun sebab Sebab tu aku decided untuk terus fokus dengan kategori 'makanan'. Tak payah mengada-ngada nak buat sneak peek lah apa lah. Terus update. I'm done with hyping things up but at the end nothing happens.

Walaupun bukan professional food critic ke apa aku rasa lebih selesa nak bebel pasal topik ni. I love foods and I know you guys love it too. In fact zaman dulu-dulu pun aku lebih banyak up entry mengenai makanan kan walaupun tentang kerepek pedas murah yang dibeli di tepi jalan pun. I miss this innocent and naive life. Cumanya kadang-kadang bila budget tengah tight susah sikit aku nak beli makanan yang tengah hangat diperkatakan oleh orang ramai. Dan aku juga have tons of ideas pasal makanan atau minuman apa yang nak tulis, tapi tulah bila budget dah ciput skop jadi limited sangat. Namun aku cuba lah berharapkan dengan kreativiti yang tak seberapa ni untuk atasi masalah limited budget ni. Budget kecil tapi isi menarik. Maybe I should create my own Patreon? What do you say?

Oh ya sedar tak sedar rupanya secara tak langsung aku dah ada 3 segmen pasal makanan. Tak plan pun. Bila taip ni baru macam sedar and they are:

Gigitan Pertama: Lebih tertumpu kepada makanan on the go, yang mana boleh dibungkus bawak balik dan dimakan ditengah jalan tak payah nak cari meja bagai dan selalunya saiz dia kecil sahaja. Selalunya dessert lah masuk dalam kategori ni. AND I LOOOOVE DESSSERT.
Hirupan Pertama: Sama macam segmen Gigitan Pertama tetapi well dah nama ada perbuatan menghirup mestilah berkisar pasal air kan? Boleh ke nak hirup karipap? Usually aku lebih terarah nak cuba minuman-minuman manis since well, I am a 'sweet tooth' afterall. Tapi minuman apa je dekat Malaysia ni yang usually tak manis ye dak?

Kunjungan Pertama: Sesi melawat restoran-restoran tak kira dia overrated ke underrated ke semua aku akan cuba pergi janji aku ada dengar ulasan positif mengenai tempat tersebut. Lately ni semua restoran yang aku pergi adalah dekat kawasan Ipoh. Make sense lah kan sebab aku selalu ke sana tapi tak bermakna aku akan ignore kawasan lain. Kalau ada masa dan ruang (read:uang) mungkin ada tempat lain juga. Lagi satu since segmen ini bukan ditaja oleh Coca-Cola ke ataupun Digi ke apa budget nak makan tu selalunya limited. So cafe hipster ke ataupun restoran mahal-mahal tu memang kalau boleh aku cuba avoid pergi. Melainkan kalau contohnya ada kek dekat cafe ni orang kata sedaaaaap sangat sampai menjadi buah mulut orang ramai, maybe aku akan pergi rasa. Macam tulah konsep nya.

Kalau korang ada suggestion untuk aku cuba certain makanan atau minuman baru ke bolehlah drop komen dekat blog ke, Twitter ke, Facebook, I'll consider to try it. Contoh macam ada satu ais krim nasi lemak baru dari Marrybrown. 

MarryBrown

Kalau tak ada orang cerita memang aku tak tau. Tak tau ada lagi ke tak sebab rasanya dah 2-3 bulan juga. Aku nak rasa tapi Marrybrown kan. Susah sikit nak cari. Bukan macam KFC selambak merata ada. Fun fact, kawasan aku atau daerah aku mana ada Marrybrown. lol.

#2 Speaking of foods, don't worry you guys. Bukan semua entry akan berkisar mengenai makanan. Aku akan cuba variasikan dengan benda lain juga. I love travelling. Kalau boleh hari-hari rasa nak explore tempat baru. Jadinya buat masa ini dengan budget yang super limited aku akan ceritakan pengalaman aku melawat kawasan-kawasan sekitar yang menarik. Kalau tak menarik pun aku olah lah entry tu jadi menarik walaupun tempat tu sendu. Hahaha. Tapi jangan risau lah 'kawasan-kawasan sekitar' tu bukan bermaksud area belakang rumah aku ke ataupun taman rekreasi hujung kampung ke. Bukan, bukan!

Cumanya jangan lah berharap tajuk-tajuk yang akan keluar akan kelihatan seperti 'Bacalah Pengalaman Menarik 2 minggu di Eropah!' atau 'Aktiviti Mandi di Onsen Jepun' HAHAHA gila budget ko besar betul. But I wish some day I could go to amazing places out there and share it with you guys here. Really. As for now let's go to some famous local places together. Nanti kalau dapat ada peluang pengalaman naik kapal terbang pun (sebab tak pernah naik lagi) aku akan cerita kat sini. Setakat ni ada beberapa tempat aku dah pergi. Boleh lah baca dengan klik mana-man link dibawah ni.

Jejak Langkah Ipoh Mural Art Trail
Kek Look Tong Temple Ipoh
Melawat Kembali Monyet-Monyet di Taman Paya Bakau (Sesi Reunion)

#3 Aku jugak bercadang macam nak kongsikan pengalaman atau progress aku mempelajari Bahasa Jepun. Cerita lah bulan ni buat apa, atau tunjuk buku rujukan mana best, apps apa yang bagus, website apa yang menarik. Sebab at this point aku rasa tak konsisten betul proses pembelajaran aku. Tak konsisten. Biasalah kan hangat-hangat tahi ayam. So dengan adanya blog entry macam ni at least aku lebih excited nak belajar dan ada rasa malu sikitlah dengan diri sendiri kalau aku start slacking off sebab dah post kan so orang akan perhati progress ko. Cumanya satu perkara yang menghalang aku daripada buat benda ni sejak dari dulu lagi ialah aku tak suka bila orang start assume eleh, nak menunjuk lah tu. Budget bagus. Tapi since aku dah start apply prinsip I don't freaking care what people think about me anymore maybe I will try to publish one.

#4 Ok, last month aku ada publish satu blog post kata nak buat Book Club versi Podcast. Rasa macam beriya dah nak buat kan. Tak menyempat-nyempat nak release. Tapi macam biasa lagi. Lepas tu senyap. Aku admit yang aku rasa struggle sangat nak record the first episode sebab macam benda baru yang belum pernah dibuat. And being an introvert yang biasanya akan memerhati dari tepi instead of speaking loudly in the middle of a group this seems like a HUUUUUGE step for me to take. Being a perfectionist also did not help me. Makin teruk lagi adalah. Dah siap buat artwork dengan entry pengumuman untuk jadual lagi. Tapi rasa susah sangat nak buat.


Tapi tak bermakna aku akan give up. Aku akan cuba lagi. Walaupun aku tahu project ni memang tak akan dapat sambutan aku lebih suka anggap ia sebagai personal project for me to try new things. Acah exploring uncharted territory lah. Haha. Lagi satu masalah yang aku hadapi ialah buku yang aku decided nak guna sebagai bahan rujukan iaitu Harry Potter and The Philosopher's Stone rasa tak cukup nak stretch buat sampai 4-5 episod. Kalau nak review as a whole bolehlah tapi kalau nak pecah-pecahkan rasa susah pula. Don't get me wrong. I love Harry Potter series. But the first book is just not suitable for this project. I've tried. Jadinya sekarang aku kena cari buku lain pula. And doo another artwork.

#5 I love, love, love watching drama series besides other trillion things. Kadang-kadang rasa stress sebab ada drama yang best tapi tak ada orang nak share perasaan tu. Kalau ada great moments ke memang syok sendiri lah. But thanks to forums and some other channels I could get this feeling over. Tak alone macam tu. Tapi jangan risaulah sebab aku dah tak buat dah blog post pasal drama-drama kesukaan dah ataupun review ke selain dari siri 'Game of Serkap' sebab aku tahu orang tak akan baca. Disebabkan aku excited ada drama-drama baru yang aku looking forward to, aku ada plan satu benda yang boleh aku ekspresikan keterujaan aku ini tanpa menjejaskan kandungan blog ni. Nak tahu? Datang balik singgah blog ni dalam 2-3 hari kemudian dan anda akan faham maksud ini.

So see you again in 3 days? lol.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...