Tuesday 29 August 2017

Gigitan Pertama: Durian Mcflurry & Pulut Hitam Pie

Aku selalu akan jadi extra excited untuk cuba Mcflurry dan Pie dari McDonalds apabila mereka mula memperkenalkan perisa baru yang bukan klise dan selamat. By means perisa chocolate, vanilla, strawberry etc. Ataupun perisa klise tetapi bertopengkan wajah baru cuma ubah topping ke ataupun tambah bahan baru ke. Contohnya perisa Chocolate Chip blah blah. (I'm looking at you Starbucks) 

But this year McD have already introduced us a few interesting flavours for their dessert section and then stepped up their game with the current release of Durian Mcflurry and Pulut Hitam Pie.



Suka saya disini ingin meng'highligt'kan betapa gembiranya saya apabila pihak pengeluar makanan berani mencuba perisa baru dan saya akan segera membelinya untuk menyatakan sokongan saya terhadap inisiatif yang proaktif ini. Haa macam tu. 

So here are my reviews:

1) Durian Mcflurry

I'm not a big fan of Durian. Sebelum anda mula melontarkan tohmahan tidak berasas kata aku gedik tak ingat root sendiri acah lidah mat salleh, aku nak bagi clarification aku kurang gemar memakan durian. Bukan tak suka. Tak suka is a very strong word. Aku hanya akan makan durian bila ia hadir dalam bentuk bubur durian yang dimakan sekali dengan pulut. Tapi kalau makan begitu sahaja... urmm I pass. Not because of its smell but maybe I just very bad at sucking or eating or whatever you called it when it is in at fruit state. LMAO! Jadi mungkin dengan faktor ini akan membantu aku akan tidak bersifat bias semasa memberi review perisa ini.


Let me tell you masa beli dia, fuhh semerbak bau durian bergelumang dalam kereta and I was just like, aku ada beli buah durian ke? The smell was very strong. Ini baru satu. Kalau 4? Yay! Air freshener Ambi Pur perisa baru.

Warna durian kuning dia surprisingly tak begitu kuat. Cuma macam moderate yellow-ish sikit. Plus is is it me or lately ni aku selalu dapat Mcflurry yang tak dikacau dengan sebati. Dia macam pusing dekat mesin tu dalam 2-3 kali dah siap. The rest aku yang macam kena kacau sendiri. 

Let me tell you the taste was good. Dia macam bubur durian cuma rasa dia lain siiikit sebab instead of santan dia digantikan dengan sundae. But the taste more or less felt the same but a bit more sweeter. Bukan perisa datang dari Malaysia lah kalau tak manis. The real bubur durian rasa creamy because of the santan and a bit of masin yang ni rasa manis gula dan creamy susu. Sama tapi tak serupa.

And don't be fooled by the faint yellow colour sebab rasa durian dia kuat betul. Tak rasa fake flavour ke apa. Even lepas beberapa jam pun kalau sendawa still ada rasa bau dia lagi. lol! I guess dia guna 'the real' D24 durian seperti yang ditulis dalam poster promosi itu? So selama ni perisa-perisa lain tak real ke? Sajalah nak tanya.

So D24 ni mende?? Here is some excerpt I got from Wiki,

"Popular cultivars in Malaysia and Singapore include "D24" which is a popular variety known for its bitter sweet taste; "XO" which has a pale color, thick flesh with a tinge of alcoholic fermentation..."

Hah! Paling best bila ada bits of durian dalam dia macam haa kalau ko tak percaya guna durian sebenar dalam dia kan? Ini buktinya. But the down side of it ialah harganya. A freaking RM7.90 for a unit. Harga biasa untuk Mcflurry ialah RM4.50 maknanya kena tambah 2 ringgit lebih untuk benda ni. It is quite expensive for a small serving size of dessert. Jadi probability untuk aku mengulang benda ni jadi berkurang. Boleh dapat full set makanan kut dengan harga ni. =(

Nonetheless aku akan beli lagi Mcflurry ni time ada duit (lol) just because one it is good and second because jarang-jarang nak dapat perisa macam ni.

2) Pulut Hitam Pie


Move on to the next one ialah Pulut Hitam Pie. Dia punya pastry nampak keras dan ranggup aku macam impress betul setiap kali beli any pie from McD rasa nak curik resepi dia dekat HQ lepas tu boleh berniaga sendiri buat bisness online di rumah. This one was no difference. Again the pastry was good and crunchy.


Surprisingly filling pulut hitam dia tak semanis perisa-perisa sebelum ni. So aku macam eh? McD nak menuju ke arah kempen 'Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman ke' because it is soo unlikely untuk pie mereka rasa macam ni. But maybe I was wrong ntah-ntah gula dia lebih banyak sebenarnya cuma tak perasan saja.


Bubur hitam dia pula rasa ok dan tekstur dia agak lembik macam tak rasa pun kehadiran pulut dalam mulut. Macam paste cecair sahaja tak rasa kasar. Overcooked I guess? Or maybe ni cara bubur pulut hitam normally dibuat. I don't know. You guys tell me. Sebab again bubur is not my ultimate favourite thing in the world. Plus, aku lebih suka personally kalau pulut tu rasa sedikit kasar dan tak selembik hingga jadi rasa licin semata dekat lidah.

It was ok but I like McD Bubur Cha Cha Pie better.

*Both D24 Durian Mcflurry and Pulut Hitam Pie are now available at McDonalds' restaurants nationwide since 24th August 2017. 

Wednesday 23 August 2017

Game of Serkap: Ep 6 'Beyond The Wall'

Previously on Game of serkap menyerkap:


Hello you wildlings and free folk. Sejak aku start buat segmen ni rasa macam cepat betul seminggu berlalu macam baru saja BERTUNGKUS-LUMUS kejar dateline nak tulis ep 5 lepas tiba-tiba kena tulis lagi. Kali ni aku nak publish awal sikit sebab tak nak terkejar-kejar dah kalau tulis last minute. Plus! Episod kali ni agak banyak benda yang aku nak komplain, I mean komen sebab tu aku tak sabar nak tulis semua ni sebelum api semarak nak membebel mula hilang dan basi.



Sebelum start apa-apa.. boleh tak aku nak highlight yang episod kali ni plot hole dia punyalah berlambak bertebaran kiri dan kanan. What a mess!!

1. Berapa banyak yang mati ni sebenarnya masa lawan White Walkers? AND WHO ARE THEY?
2. Lajunyaaaaa Gendry marathon nak bagi warning dekat Eastwatch.
3. Terror nya The Hound baling batu jauh gila sampai boleh kena sekor zombie tu.
4. LAJUNYAAA burung raven sampai ke Dragonstone nak minta bantuan Dany.
5. Drogon ada GPS ke tahu kedudukan Jon dan rakan-rakan?
6. Mana army White Walkers dapat rantai-rantai besi nak tarik bangkai naga tu?? 24 hours Hardware shop?
7. Terorr nya Jon boleh tenggelam lama-lama dalam air sejuk membeku lepas tu timbul balik.
8. Kuda tu muat untuk dua orang kan? Kenapa Uncle Benjern tak nak naik sekali?

1.  Ughh! Lagi sekali GoT tak berani nak matikan watak mereka. Rupanya hanya Thoros sahaja yang mati macam mendeee. Aku predict 4 orang at least akan mati. Empat! But instead yang banyak mati ialah pelakan extra yang tetiba muncul entah dari mana. Aku macam wuuut!! Hari tu yang keluar dari Eastwatch ada 7 orang saja. Confuse kejap. Masa scene lawan-lawan tu aku macam ni sapa? Eh, yang kena tarik tu Thormund ke? Eh, bukan. Sapa ko? Eh, ni sapa pula? Eh? Eh? Eh!

I love Thormund. But at least let him die in this one. Baru terasa the weight of this scene. GoT is becoming not GoT dengan simpan watak-watak kesayangan peminat. Let me tell you, I love Catelyn Stark tapi masa Red Wedding diorang bunuh dia tanpa belas kasihan it was unpredictable! I was shocked at that time. Even masa Ned Stark mati pun kita tak sangka sebab ingat mungkin ada orang akan selamatkan dia. Sebab dalam GoT there is no such thing as kalau ko baik ko akan selamat. Justice in GoT don't work in that way. Everyone can die. Unless if you are a fan favourite nowadays maybe you will survive.

2. Aku dah agak dah salah satu naga itu akan mati sebab aku ada ternampak poster ni masa awal-awal season.


Spoil gila kan? They should know better not to do this. Oh, plus masa Viserion mati walaupun tahu detik ini akan tiba bila-bila masa sahaja disaat lembing tu kena badan Viserion sambil darah keluar mencurah-curah I was like..


I wish Dany's reaction was more than that. I mean kalau aku dah meraung dah (Oscar worth punya meraung) sambil fikir macam mana nak pergi selamatkan Viserion. Lepas tu perasan tak masa Dany dah sampai dekat menara di Eastwatch dan dia tetiba termenung tengok hutan disebalik The Wall. Aku ingat dia nak have a time alone nak bersedih pasal Viserion rupanya dia duk tunggu Jon selamat balik ke tak. Macam hoi! Anak ko baru mati. Kenapa pikir pasal jate lain?

3. Oh ya, do you guys know the differences between White Walkers and Wights? Mereka adalah berbeza jenis sebenarnya walaupun dalam team yang sama.

i) Wights


Mereka-mereka ini ialah umpama zombie yang dihidupkan semula selepas mati oleh Night King dan sekutunya.

a. Wights boleh jadi dalam bentuk manusia dan binatang (anjing, polar bear etc.) janji diorang kena mati dulu baru boleh dihidupkan semula.
b. Bilangan mereka ialah ramai. 
c. Boleh mati dengan api, Sebab itu wildlings punya culture kalau ada antara mereka yang mati mayat mereka hendaklah dibakar takut-takut ia akan hidup semula.
d. Berdasarkan info baru daripada episod kali ini kita dapat tahu yang apabila kita berjaya membunuh White Walkers, automatik mereka akan mati. Sebagai contoh kalau White Walkers A dah hidupkan 500 Wights masa kehidupan dia, kalau dia mati terus 500 pengikut dia akan arwah sekali.

ii) White Walkers/Night King


a. White Walker ni macam general-general bagi Night King. Sebab tu siap ada proper baju dengan kuda sendiri. Dasar dah mati pun ada darjat-darjat ni.
b. Bilangan mereka agak sedikit tapi ada berapa tak tau lah pula.
c. Boleh menukarkan mayat kepada Wight (semak nota diatas).
d. Dijelmakan sebagai White Walker oleh Night King semasa bayi. Ingat tak kes Gilly punya family yang kalau ada baby lelaki lahir je kena sedekahkan dekat someone? That's probably is The Night King.
e. Boleh dibunuh dengan Valeryan Steel dan Dragonglass.

Night King
a. Ketua pemerintah White Walkers.
b. Setakat ni any details pasal kekuatan dia tak diketahui melainkan pakar membaling lembing dari jauh! Bekas atlet Olimpik katanya.

4. Lawaknya bila Sansa jumpa beg Arya dimana didalam dia berisi koleksi muka-muka limited edition dari seluruh pelusuk dunia. Aku ingat benda ni macam magik. Sekali siap ada beg. Bila ada beg ni mula lah aku pikir mana datang rambut palsu, pakaian masa Arya nak menyamar. I supposed all of this is magic. So bila ada beg ni macam banyak persoalan pula timbul. Patutnya tak payah tunjuk. Biarlah rahsia.

And don't let me start with Arya and Sansa. Korang berdua ni dah kenapaaaa?!! Bergaduh pula sesama sendiri macam weh ni dah Season 6 dah patutnya memasing dah boleh pikir. Lagi-lagi si Sansa tu ko ni acah jelah dah mengharungi pelbagai dugaan semua. YOU ARE NOT SUPPOSED TO BELIEVE LITTLEFINGER. Tak ingat ke dia yang bagi cadangan ko kahwin dengan Ramsay? Adoi. Tak belajar dari kesilapan langsung. 

Arya pulak tetiba jadi psycho mende budak ni. Hari-hari duk ugut Sansa mana tak perempuan tu jadi gusar dan buat plan untuk nyahkan ko dari Winterfell. Kalau Catelyn hidup pasti dah dua-dua kepala ni dia lagakan antara satu sama lain. Mende ntah.  

Bran pula mana pergi!? Woi adik beradik ko tengah bergaduh yang boleh membawa kematian ni ko tak kisah langsung kan. At least kalau ko explain sikit salah faham bagai ni kan habis cerita. Kata Three-Eyed Raven. Tau segala-galanya. Tolak wheelchair dalam tasik belakang Winterfell tu kang. Tengok boleh lagi tak nak ko nak act calm ke tak. 

5. Incest alert masa Dany melawat Jon sakit atas katil tu kan tak boleh blah betul. Kalau tak si John tu sakit terlentang mesti dah berlaku adegan lucah. SOMEONE PLEASE TELL THEM THEY ARE RELATED. At least Jon pasti akan fikir dua kali untuk tidak berfikiran tidak senonoh lagi. Walhal aku rasa Dany pasti akan ok saja meskipun dia tahu John tu related dengan dia. Even masa dia kecil lagi dia ingat dia akan kahwin dengan abang dia. Jezzz.

At least Jon dah setuju untuk bend the knee. 

6. I've told you Uncle Benjen akan muncul. Muncul untuk mati. ZZZzzzzZZZzzzz. Boleh je kalau nak lari sama-sama acah lah nak tunjuk hero.

RIP
Sampai sudah lah tak tau backstory dia kan? Dia tu kena gigit jadi zombie ke? Separa zombie ke? Manusia lagi ke? Terkubur macam tu saja.

Honourable mention

Dany is serving us classy style of winter coat. 

Beric is giving us some flaming sword awesomeness.
*******

Our next last episode for this season is titled as 'The Dragon and The Wolf'. Wuhuu adakah rahsia Jon akan terbongkar? Plus will there be another epic scene battle? (Depend tengok budget cukup ke tak). Kalau ada aku rasa lah ramai akan mati next episod. Mestilah extra actors yang banyak mati. lol. Dan cliffhanger dia aku rasa The Wall akan retak lepas tu White Walkers akan start serang Westeros all out. Aku dengar durasi untuk episode depan ialah 81 minit macam fuyoo dah jadi short filem dah. 

Saturday 19 August 2017

Game of Serkap: Ep 5 'Eastwatch'

Previously on Game of serkap menyerkap:


Hello to all my bannerman. We meet again. Tapi sebelum tu boleh tak aku macam pelik betul lately ni makin kerap pula episod Game of Thrones (GoT) yang leaked. Masalahnya bukan dari sumber insiden hack 1.5 terabytes of data tu tapi daripada masalah internal mereka sendiri. Episod 4 leak dari Star India Service Streaming (HBO partner in India) dan Episod 6 yang paling latest sekali dah pun leak disebabkan oleh error dari HBO European and Spain Division. 

HBO, what's happening?! Get your shit together.

Nevertheless aku tak boleh tengok the latest leaked episod tu selagi blog post ini tak dipublish kan. Nampak tak komitmen penulis disitu?! 



1. Aku berharap lah kan White Walkers akan start serang ke apa untuk episod kali ni macam pelis lah. Tapi nope, apa yang kita dapat ialah segerombolan 7 orang yang mempunyai latar belakang berbeza pergi sendiri ke beyond The Wall untuk culik sekor White Walker untuk dibuat sebagai bahan bukti kepada Cersei di King's Landing. Macam wutttt!! *hampa* Simpan budget lagi lah tu.

Tapi sebelum tu lah kan aku memang langsung tak nampak plan ini akan menjadi macam ko rasa Cersei akan join ko ke kalau dia percaya White Walkers wujud sekalipun? Ingat dia akan berganding bahu acah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ke? I don't think so. She is now in a full mode of heartless beeetch and she doesn't care anymore. Bak kata dia sendiri "We fight and die or we submit and die" Dari kondisi dia sekarang aku rasa dia lebih rela bersepakat dengan White Walkers untuk kalahkan tentera Dany. 

Walau apa-apa pun benda dah terjadi, diorang dah pun bergerak melepasi The Wall. Makanya apa yang boleh kita buat sekarang ialah untuk membuat kuiz "Bakal Arwah atau Tidak". Jadinya diantara 7 orang itu aku akan teka siapa akan arwah dan siapa akan kekal. You guys can guess it too. But I guess masa post ni dah keluar dah terlambat kut disebab aku publish lambat sangat. lol. But well, here's my guess.

#TeamArwah


1. Thoros. LOL! Who? Watak sampingan so bye.
2. Beric. Apa lagi cerita nak diceritakan pasal dia? This is a good opportunity to kill him. Plus, kalau Thoros mati sapa lagi yang akan hidupkan dia lagi?
3. Thormund. Aww. So sad to see him gone. But I guess Brienne akan lebih bahagia disamping Jaime. #tetiba
4. The Hound. Ok, ni special sikit sebab aku rasa diorang tak akan dapat tangkap White Walkers instead The Hound yang akan mati tapi kemudian dia hidup balik as White Walker. So diorang bawak dia ni as bukti.

#TeamKekal



1. John Snow akan kembali sebab dia hero kut. Duh. Since GoT is becoming predictable and cliche as ever ko rasa dia akan mati?
2. Gendry. Episod ni muncul episod kemudian mati pula? lol. Too soon
3. Jorah. Penat-penat tunjuk scene sembuh dari Greyscale lepas tu mati? Nope.

But anything could happen sebab ini adalah jangkaan semata-mata. I will be shocked kalau bilangan yang mati cuma 1-2 orang saja sebab well, you are dealing with White Walkers kut. This is the time untuk tunjuk kekuatan mereka untuk bagi penonton tahu apa yang boleh mereka buat. But if that happens memang GoT makin klise lah sebab dah tak berani bunuh watak sesuka hati. Dan aku ada hunch yang pak sedara Jon, Benjern Stark akan muncul nanti.

2. Miss Bend The Knee membuat keputusan untuk membakar Dickon Tarly dan ayahnya sehingga rentung sebab acah taat setia macam mende korang ni. Drama sangat. Mula-mula Tyrion menasihati Dany untuk tidak menghukum mereka tapi Dany macam 'Bitch, watch me'. Aku makin lama tengok Tyrion ni semua keputusan dia tak munasabah tahu. Sejak jadi The Hand Dany dia macam dah lain. Dah tak sebernas dulu. All his strategies are not working lepas tu ko nak suruh Dany kesiankan mereka pula? Hellooo, Dany dah bagi choice kut, bend the knee or die. It is not like she randomly kills people. Kalau tak bertindak tegas mereka mana orang nak takut. This is war.  

3. Do you guys see the way Dany looks at John when he pets Drogon. INCEST ALERT! INCEST ALERT! Dia macam terbit bibit-bibit cinta disebabkan John boleh bermesra dan bergaul dengan 'anak-anaknya'. GURRLL~! And perasan tak masa John kata dia nak pergi Eastwatch, Dany terus spontan bagi arahan tak kasi dia pergi.

On the side note tetiba Drogon boleh 'feel' Jon tu berdarah Targaryen. lol.

4. This lead us to the scene masa Gilly duk bacakan salah satu fakta penting dalam sejarah GoT tetapi belum sempat habis ditepis oleh Samwell. So basically sekarang kita dapat tahu yang Rhaegar telah memansuhkan perkahwinan dengan isteri lamanya dan berkahwin dengan Lyanna Stark dekat Dorne. Ini membuatkan John Snow atau lebih tepat lagi John Targaryen lebih berhak untuk duduk diatas Iron Throne daripada Dany sendiri! lol. What a twist. 

Aku memang dah agak John ialah anak kepada Rhaegar but as a bastard. Tapi statement ni dah menjadikan Jon sebagai anak sah Rhaegar tu sendiri. Dan aku macam tak pasti ko boleh ke 'annul' perkahwinan ko zaman ni? Sebab annul tu macam ko menidakkan perkahwinan ko dengan someone. Macam perkahwinan ni tak terjadi sama sekali. Ini berlainan langsung dengan konsep cerai. And this is what? After having three children with her previous wife? So weird. 

5. Cersei mengandung? 



6. Sesi hendap mengendap diantara Arya dan Littlefinger di Winterfell adalah sangat kelakar aku macam korang ni dah kenapa!? lol. Arya duk mengendap 2-3 kali tepi dinding perati saja kelakuan Littlefinger. Last-last Littlefinger pula mengendap dari tepi masa Arya keluar dari bilik. ARYA! Ko patut perasan. 

Dengan perangkap yang cuba ditanam Littefinger untuk bagi Arya bergaduh dengan Sansa dengan kononnya cuba menyembunyikan surat lama pasal Sansa suruh Robb untuk menyerah kalah dan bend the knee to the queen adalah sangat licik! Sebab surat tu pun bukan 100 peratus datangnya dari Sansa sendiri. Ingat lagi masa Catelyn baca surat ni (RIP) terus dia kata. This is the queen words not Sansa. But I guess Arya mungkin akan percaya dengan isi kandungan surat ini. Since dia ada bagi sort of hint/warning dekat Sansa masa dekat dalam bilik parents mereka yang Sansa sebenarnya kepingin nak jadi Lady of Winterfell. She loves power some sort of that. Both Sansa and Arya are a mess to be honest. 2 of the main characters yang sampai sekarang apa motif kehidupan diaorang sangat lah messy dari season 1 sampai sekarang.

********
The next episode which is episode 7 is titled as 'Beyond The Wall'. So that's it. Aku rasa ini adalah peperangan yang aku harapkan terjadi dalam episod 6 terjadi. Fighting with the dead. Tolonglah lawan. Penat lah tengok White Walkers jalan dari Season 1.

Saturday 12 August 2017

Game of Serkap: Ep 4 'The Spoils of War'

Hello there you wildlings and lowborn people! Pejam celik pejam celik sudah hampir separuh Season 7 Game of Thrones (GoT) sudah berlalu dan kita ada hanya lagi 3 episod untuk season ini berakhir. Kemudian kita akan ke season terakhir GoT; Season 8 dimana ia cuma ada total 6 episod sahaja. lol. Makin lama makin sikit episode dia tapi nak tunggu season baru macam nak tunggu White Walkers sampai The Wall. Punya lah lamaaaa.

Berdasarkan tajuk episod kali ini aku dapat rasakan peperangan berskala besar pasti akan terjadi. I mean sampai bila nak simpan budget tu? And thankfully we've got one! But we will talk about the war later.

Shall we begin?





1. Start-start episod saja kita dapat lihat bala tentera Lannister duk berkawad kaki punya lah ramai aku macam terkaget sebentar sebab ni semua pelakon extra tahu. Ramai gila. Nak siapkan kostum semua. Makan belanja banyak ni. Tapi memandangkan mereka sudah berjimat cermat selama 3 episode SEWAJARNYA gunakan budget yang ada. Ni macam random sikit tapi aku perasan masa Jaime bersembang kencang dengan Bronn tu muka dia dah nampak tua dah. 

Dari kiri Jaime dalam Season 1 dan Jaime dalam Season 7. Rambut pun
dah tak perang berkilat dah. lol

2. Semasa perbualan diantara Cersei dan wakil Iron Bank, Cersei ada mention pasal Qyburn tengah buat proposal dengan Golden Company dekat Essos. Dimana aku pun blur sebab tak pernah dengar. Kalau pernah dengar pun mungkin brief sangat sampai aku pun tak perasan. Namun jangan risau semua, selepas membuat penyelidikan secara intensif aku dah tahu siapa mereka. 'Golden Company adalah lebih kurang satu organisasi yang terdiri daripada 10 ribu bala tentera yang terror belaka dimana ko boleh upah mereka untuk bekerja dengan kau. Macam Unsullied tapi ada penis. Macam tu lah. lol! 

Plus dulu masa Stannis Baratheon masih lagi hidup nak takhluk King's Landing, Ser Davos ada bagi suggestion untuk upah mereka ni namun ditolak mentah-mentah oleh dia. Katanya diorang ni sellswords maknanya tak boleh dipercayai walhal tak de duit lah tu. Dan Golden Company ni lepas ko dah bind kontrak dengan mereka, insyaallah diorang tak akan belot. Berdasarkan moto diorang lah 'Our word is as good as gold'. Maknanya bertambah lah kekuatan tentera Cersei selepas ni. Dany is SHOOK!

Lagi satu Cersei ada sebut pasal nak retrieve barang miliknya dengan menggunakan bantuan Golden Company ni dan aku macam barang apa lagi sis?! Merata harta ko eh? Kena tengoklah episod seterusnya sebab aku pun tak pasti apa benda tu.

3. Beralih ke Winterfell, Littlefinger pula sedang sedang cuba menanam tebu dibibir dengan Bran katanya akan memberi sokongan padu kepadanya. Namun bila Bran sebut 'Chaos is a ladder' terus diam ko! Haha. For those who didn't know, ungkapan ni Littlefinger ada sebut masa sembang dengan Varys masa season lama dulu. Diorang duk berdebat apa yang negara akan dapat kalau berlaku peperangan. Varys kata 'Chaos is a pit' maknanya ia akan bagi impak negatif pada rakyat semua manakala Littlefinger kata 'Chaos is a ladder'. Maknanya bila berlaku kacau-bilau ini adalah peluang emas untuk dia naik dan maju kehadapan. Which is kena sangat lah bila Bran quote ni balik dekat dia dan menunjukkan Bran tahu yang Littlefinger ni sneaky gila dan palsu semata-mata. 

Ntahlah Littlefinger ni kan dari Season 1 sampai sekarang macam tak pernah ada benda malang berlaku pada dia. Kena seksa ke? Kena sabotaj ke? Asyik terlepas saja. Lepas tu sekarang duk macam belangkas dekat tepi Sansa. Mende ntah.

Dan macam biasa Bran jadi asshole dengan riak muka takde emosi masa Meera nak berambus balik ke kampung dia. Kalau aku jadi Meera lah aku tolak wheelchair Bran tu ke tangga. Poor Meera. Poor Summer. Poor Hodor. Poor Adik Meera (tak ingat nama). Stress aku. "I'm not Bran", "I'm not Lord Stark", "I'm a Three-Eyed Raven". ZZZZzzzzZZZZZ.

4. Arya, Arya, Arya, Arya. Finally your story is not a mess anymore. Her reunion with Sansa was sweet. Tapi aku tak berapa sokong lah dengan tindakan dia berlawan dengan Brienne tu. Fan service sangat. I mean she is an assassin now. Sekarang ni semua dah tahu dia hebat belaka. Nevertheless it was a nice fight tho I admit it.

Aku part ni macam terkejut betul ingat dia nak start berkungfu style mentadak ke apa.
Kemudian lepas habis fight tu tetiba Sansa pulak buat muka tak puas hati. Aku macam ko dah kenapa weh? Dengki ke adik ko dah pandai lawan?

IYE. AKU MEMANG TAK SENANG TENGOK ORANG
LAIN LEBIH SIKIT - Lady Sansa the Mess, 2017
Ye, ye. Aku macam berpura-pura tak ingat scene reunion Arya dengan Bran. Zzzzz. Sebab reaksi dia sama saja macam dia sahaja yang acah knowledgeable bagai tak ada masa untuk menjaga isu perasaan. Mr. I-Know-Everything. Jerk! Kalau aku jadi Arya lepas dapat dagger daripada Bran tu aku tinggal sahaja dia dekat situ. Biar dia sorong sendiri wheelchair dia. Tak pun suruh lah raven-raven dia tu sorongkan. #emotional 

5. Manakala di Dragonstone pula Jon Snow sedang sibuk menunjukkan mural dan gambar dalam gua kepada Dany bukti bahawa terdapat musuh yang lebih bahaya yang perlu dilawan aka White Walkers. Is it me or masa dalam gua tu the sexual tension between these two sangat tinggi. John siap pegang-pegang tangan Dany lagi nak tunjuk lukisan gambar tu semua aku macam INCEST ALERT! INCEST ALERT!! Please don't it you guys. Astaga.

That stare! Demmit Jon. Taulah dengan Ygritte pun ko 'beramas' mesra dalam
gua jua kan. She is your aunt! lol.
Manakala si Dany pulak tak habis-habis dengan 'Bend The Knee' dia. Macam gurlll~! Nampak saja ada peluang sempat ko nak jugak selit kan? Tapi aku suka bila Dany sebut

".... They chose you to lead them. They chose you to protect them. Isn't their survival more important than your pride?"

The same thing Jon sebut masa jumpa Mance Ryder (ketua wildlings) untuk suruh dia tunduk kepada tentera Stannis Baratheon. 'Bend the knee'. On the side note, korang tak rasa ke ntah-ntah Jon dengan Davos yang duk lukis gambar-gambar tu. lol! Manalah tahu. Tengah terdesak kan.

6. Finally selepas asyik saja dikalahkan Dany naik berang dan terus menyerang tentera Lannister somewhere dekat Highgarden.

PESTA BBQ BERMULA!!!


Kita dapat melihat dari pelbagai sudut Drogon menghembuskan apinya secara berleluasa.

Dari sudut tepi
Dari sudut depan

Dari sudut atas

Lagi satu scene yang aku impress betul ialah dimana Dothraki menunjukkan taring mereka dengan melompat dari kuda like it was nothing. Like a master.



This scene was really good and necessary sebab Dothraki adalah satu puak yang hidup mati adalah dengan kuda even their god is horse. With them handling horses like it was nothing and bravely attack the enemies like a brutal maniac is a correct depiction of them. Good job director!

The war was good but there are some things (yes, I'm being picky again) that I found weird:

i. Celah bedah mana Dany boleh bawak bala tentera dengan kuda-kuda dia daripada Dragonstone yang agak jauh itu ke Highgarden dengan masa yang singkat? Naik MRT ke? Damn. Dany should lend her MRTs to White Walkers I guess. Kalau difikirkan at least mesti ada orang hantar tips in advance ke bagitau there is a freaking huge of armies headed to their way. Ni macam serangan mengejut weh.

ii. It is not a war if no one is dying at least for the main characters. GoT terkenal dengan stunt mereka membunuh watak-watak secara berleluasa. Even Bronn tu pun gila terror mengelak api left and right tanpa sebarang kecederaan. Aku yakin betul dia akan mati rentung at least. But nope. It was a bummer really. Dickon pun gamaknya hidup lagi.

iii.This is small issue. Tapi Dany at least wear some armor ni pakai baju sama saja dari awal episod sampai sekarang? Takde tajaan ke? At least call some high branded houses to sponsor your attire.

Kalau berminat boleh tengok behind the scene peperangan ini pada video dibawah. Macam mana diorang set up semua api bagai. It's interesting.

    

Soalan Trivia: Mampukah Jaime hidup setelah tenggelam di dalam sungai dengan full plate armor di badan dan hanya mempunyai sebelah tangan yang berfungsi secara normal? 

*************
Aku tak tengok sedutan untuk episod akan datang, kalau boleh memang nak elak. But I do know the title of it. 'Eastwatch'. Damn! Is this the time? Eastwatch ialah salah satu castle dekat The Wall. Dalam 19 castles cuma ada 3 saja yang masih lagi aktif iaitu Eastwatch, Castle Black dan Shadow Tower. 


Adakah finally White Walkers akan sampai di Eastwatch dan sesi peperangan seterusnya akan bermula di situ? Are we going to get another epic war scene?! Let's us wait and see the next episode.

Wednesday 2 August 2017

Game of Serkap: Ep 3 'The Queen's Justice'

Hello there you lowborn people! Bertemu kita kembali dalam minggu ketiga Game of Thrones (GOT). Bagi yang macam pertama kali membaca post blog ini lepas tu blur kenapa terus episod nombor 3, well sis and bro semua anda telah terlewat! Namun jangan risau, boleh rujuk bebelan aku untuk episod-episod yang lepas dengan klik pautan dibawah ini.



Now are you ready? Let's us begin.



THANK GOD episode kali ini pace dia agak konsisten dan transition for each scene tak nampak aneh. Even scene Theon yang pendek tu pun tak nampak weird. Props to the director; Mark Mylod for this. Apa yang aku nampak sekarang ni ialah perubahan telah berlaku secara mendadak pada dominasi kuasa yang sebelum ini kita nampak Dany macam akan menang dengan membawa bala tenteranya ke Westeros dan Cersei mungkin akan kalah sambil meneguk 'Milk of Poppy' di atas Iron Throne. Namun bak kata Cersei "When you play the game of thrones, you either win or die". Sekarang ni Cersei pula mendominasi kuasa dalam permainan ini.

Aku dah agak dah sejurus diorang bersetuju dengan plan 'Divide and Conquer' method itu instead of terus all out serang King's Landing seperti dicadangkan oleh Yara, semuanya pasti akan musnah sedikit demi sedikit. Zzzzz. Sekarang mari kita semak apakah status untuk kedua-dua team Dany dan Cersei.

Dany's Team

1. Dragons (Drogon, Viserion, Raegal) - Terperuk buat pekasam dekat Dragonstone
2. Dothraki - Terperuk dekat Dragonstone jua bertindak sebagai pengawal-pengawal istana.
3. Greyjoy Fleet (Yara & Theon) - Kena bakar. RIP
4. Unsullied - Terkial-kial sangkut dekat Casterly Rock.
5. House of Tyrell - RIP
6. Dhorne - RIP

Cersei's Team

1. Greyjoy Fleet (Euron)
2. Emas dan harta pusaka House of Tyrell
3. Iron Bank
4. House of Lannister
5. House of Tarly
6. Modified weird gigantic Crossbow aka Ballistic. (zzzzzzz)

Well, at least Jon Snow mungkin akan berpihak kepada Dany nanti. We'll see about this.

1. Terkejut gila aku sebab Missandei sekali lagi ada lines dalam episode kali ni instead of jadi tunggul kayu dengan menyambut kedatangan Jon dan Ser Davos ke Dragonstone. Plus boleh tak aku kata Dragonstone ni walaupun gloomy dan dark tapi cantik.


Teringin nak tengok Citadel punya environment macam mana pula tapi apa yang kita dapat ialah benda-benda jijik pula. Takde ke buat shot-shot macam ni? Save duit ke?

2.

LOL at Varys' face when Malisandre casually gave out some prophecy about his death.

3. Masa Missandei duk bebel-bebel pasal status Dany yang panjang lebar tu korang tahu tak aku punya mata duk rolling sampai ke belakang.

"You stand in in the presence of Daenerys Stomborn of House Targaryen, rightful heir to Iron Throne, rightful Queen of the Andals and the First Men, Protector of the Seven Kingdoms, The Mother of Dragons, The Khaleesi of the Great Grass Sea, The Unburnt, the Breaker of the Chains."

ZZZZZZZZZZzzzzzZZZZZZZZ*tak habis lagi?*zzzzZZZZZZZZzzzzzz

But to be honest Missandei, mana title 'Queen of Meereen'? 'The First of Her Name'? Kalau nak brag bagi semua title terus habis-habisan. Plus, for each episod aku macam sikit demi sikit hilang rasa suka dengan Dany. She is now all about titles and want people to acknowledge her. Calm down girl!

4. And of course Jon Snow is getting hard time to convince Dany to fight together along with him instead of focusing towards war at the South. I wish somehow diaorang ada simpan satu kepala White Walker ke apa tunjuk bukti. Kalau aku pun mesti tak percaya juga.

Tapi masa Dany duk pot-pet pasal sejarah lama konon dia sorang saja menderita paling teruk sekali orang lain tak dia ada berkata,

"The world hadn't seen a dragon in centuries until my children were born. The Dothraki hadn't crosss the sea, any sea. They did for me..... blah blah blah" 

Tapi ko tak boleh pulak nak menimbang possibility yang White Walkers boleh wujud? KE-LA-KAR. But thanks to Ser Davos dia tolong pertahankan kredibiliti Jon Snow. Cuma part mati hidup kembali tu tak sempat kena cakap sebab kena jeling. lol. But at least they got the Dragonglass now. 

5. Rupanya hantaran lamaran Euron kepada Cersei ialah pembunuh anak perempuannya, Myrcella. Well, apa yang suka ialah jawapan Cersei kepada Euron 'You'll get what you want after we won the war' atau dengan kata lain 'Ko tunggu nanti aku bunuh kau pula'.

Kemudian kita dapat menyaksikan bagaiman Cersei bertukar menjadi Psychopath dengan menyeksa wanita Dornish itu dengan membuatnya melihat Obara mereput mati perlahan-lahan di depan mata. Begitu poetic cara penyeksaan ini. lol. You can give Cersei prop lah cipta cara kematian secara kreatif ni. Tapi yang paling creepy lepas menyeksa terus 'turn on' lantas bergegas jumpa Jaime untuk membuat hubungan kelamin. Beeeeetch!!

6. Well, this time around Sansa get to show some of her management skill. This is the Sansa that I like. Daripada duk bebel-bebel dekat tepi tak puas hati. Btw Littefinger ni bila nak move on? Aku rasa berdozen kali dah Sansa duk cerca dia. Every opportunity. Tapi dia gigih cuba memenangi hati Sansa. He really like Sansa doesn't he?

7. Bran is baaaack! With flawless skin and trimmed haircut manakala Meera looks like a mess. Nampak tak sapa yang buat kerja berat selama ni?! lol.



The reunion with Bran dengan Sansa was heart warming, tapi tapi.... Bran macam gila distant dan emotionless. Taulah ko Three-Eyed Raven kan tapi berlagak creepy pula macam tahu semua benda about the past and the future but won't say anything about it. Instead ko creep out your own sister dengan throwback kisah silamnya yang tragis???

Bran: I'm a Three-Eyed Raven (I know everything you insignificant mortal!)
Sansa: I don't know what that means (You are creeping me out!)
Bran: It's difficult to explain (I know everything you insignificant mortal!)
Sansa: Try, please for me (Ookaaaaayyy)
Bran: Blah, blah blah *Mengelak untuk jawab*

Bran: .....And you were so beautiful in your white wedding dress
Sansa: I have to go back inside, Bran. (Weirdo!!!)

8. Aku suka exposition daripada Tryion untuk describe penakhlukan Casterly Rock oleh Unsullied. Tapi it felt too short and sudden. Tetiba Lannister terus dapat conquer Tyrell punya istana dimana rupanya ada plot twist yang Cersei and team rupanya nak emas dan harta pusaka House of Tyrell. Tak kisah pun sebenarnya Casterly Rock tu. Aku rasa diorang duk save budget lah simpan untuk something huge untuk episod mendatang. Yang ni biar acah-acah light dulu.

Ah! lagi satu nampak tak masa Unsullied dah berjaya conquer Casterly Rock tetiba Euron punya fleet tetiba datang nak musnahkan kapal-kapal yand ada. Macam magic nya! Semua tempat ko ada. Dapat sekat Yara ke Dorne at the same time sempat pula pergi ke Casterly Rock. Aku macam tak boleh terima jap. 

9. GUYS!! One of my favourite character is officially arwah. Ini adalah tribute untuk Lady Olenna, The Queen of Shade aka Mother of Mulut Puaka.

 

Sebelum sempat mati pun sempat mencela kan. And I love the way she tries to plant the seeds of doubt into Jaime so that one day he can start seeing Cersei in a bad light. Korang tunggulah! Plus, betul ke Lady Olenna mati? Ingat tak rule drama kita, jangan assume satu-satu watak itu mati selagi tak nampak dia mati depan mata kita. Remember The Hound? Maybe Lady Olenna sempat minum antidote selepas Jaime berlalu pergi. We never know..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...